nuffnang ads

ads sense

Khamis, 17 Oktober 2013

Aidilfitri 2013 : Day 1

Masya Allah, baru nak update pasal hari raya puasa sedangkan dua hari lepas baru je hari raya qurban..

Bukan apa, aku buat entry nie for my memory mana tau kot2 dah tua2 nanti nak tau apa yang dah jadi pada kehidupan aku kaa.. chis..

Alhamdulilah, raya tahun nie merupakan raya kali ke tiga aku celebrate as a wife manakala raya kali ke dua aku celebrate as a mother dan juga kali ke dua aku celebrate masa ngandung..bleh kira tak tuh..hehehehe

Tahun nie, raya tak semeriah macam last year sebab this year 2 family member (kak su + family dan adik aku + family) celebrate sebelah their husband side. Manakala my auntie (mak teh) and family pun tak balik. Memang kurang meriah.

This year, menu pagi raya selain dari ketupat daun palas dan rendang ayam. Tahun nie, kami hanya order our main dish iaitu laksam from my mother's cousin from kuala kedah. Memang kalau sebut laksam kuala kedah memang my auntie (mak cik zaharah) nie orang kuala kedah kenal laa... Selalunya tiap2 tahun orang2 masjid mai rumah kami nak makan my mom punya mee kari. Tapi disebabkan my mom punya condition tak berapa sihat, tuh pasal kami tukar menu lain. Tuh pun, kawan2 tok ketua (gelaran utk papa aku hokey) request tahun depan suruh buat mee kari lagi (insyallah..).

Kuih muih plak, aku ada buat 3jenis (choc chip, crystal ball dan biscotti) dan aku ada order kuih gunting from my neighbour (sedap.. fav adam tuh). My mom plak order kerepek2 dan a few kuih juga. While my eldest bawak dalam 3-5jenis kuih. Tuh pun my mom bising sebab banyak kuih2 dan tak habis...

Tahun nie, kami ada sediakan mineral buat budak2 yang mai minta duit raya. Ye la, kalau ajak masuk makan jenuh depa tak mau. So, tahun nie my 2nd sister decide nak sediakan mineral untuk diaorg. Haa, mau semua yang mai sure akan ambik punya. Kami tau, bukan senang nak redah panas dan hujan. Penat kan.. Aku penah pengalaman pie beraya dari rumah ke rumah. Memang tuh first and the last laa.. sakit badan2 dan kulit dari putih teruih tukaq warna (puiitt putih kaa?..hahaha)

As usual, lepas habis orang semayang raya after 10-15minute orang2 masjid (tok ketua punya kawan laa) akan mai beraya. Biar pun penat nak melayan tapi we enjoy it. Hahaha, yang bestnya my black coffee mendapat pujian tau..hahaha tetiba pungkok nie semakin membesaq plak..hahahha

Oh ya, adam plak bangun awal pagi pukul 5lebih dah kejutkan kami (aku dan en. y). Bila time lepas je org habis semayang raya, dia pun mula laa nak flat (ngantuk). Terus dam tidur. Time tuh rasa lega sebab bleh tolong mama settlekan apa yang blom selesai. Bila dia bangun, nasib baik laa en. y ada so dia bleh tolong jagakan si adam nie plak..

Bila time pukul 10-11pagi, baru laa we all sempat nak beraya dengan my parents. Rutin macam biasa, bila dah salam wajib bagi duit raya. Hahaha tahun nie, kami memang save banyak sebab banyak anak sedara tak balik..hehehehhe...

Bila tengah hari, tetiba cuaca berubah. Hujan mula turun. Time tuh mata pun dah mula nak pejam dan kepala plak mula laa nak cari bantal. Tup2 sedaq2 dah pukul 5petang, semua pakat kalut laa sebab dah lambat nak kena pie perlis rumah my cousin (anak pak tam).

Sampai perlis nak dekat maghrib. Oh ya, selalunya kami pie perlis raya kedua. Tapi this year kami tukar plan sebab raya pertama bila masuk time tengah hari memang activity dah tak dak apa2. So, dari buhsan 1st raya baik kami tukarkan plan pie beraya.

My cousins nie twin so rumah pun sebelah menyebelah. Kawin pun ngan twin cuma anak jaa tak da yang twin. My cousin's name is kak zila (kakak) dan kak dila (adik). kay2 lari topic plak. Kami memang tak sabar bila pie perlis bukan sebab nak pie padang besaq tapi, kami menanti nasi minyak yang disediakan oleh kak dila.. Memang yummylicious laa... Aku yang time tuh dok mengandung bleh tambah 2 kali tau..hahahha gelojoh sangat...

Rumah kak zila plak, ada tersedia makanan. tapi lupa plak makan apa ntah (tuh laa dah sebulan baru nak buat entry..nie la padahnya...). So dok sana mau sampai lepas isyak (dekat pukul 9malam), baru bertolak pulang ke kedah...

Okay la, bawah nie ada a few picture masa raya pertama. Insyallah next entry, akan aku cerita sambungan pada raya kedua dan ketiga plak..




Kiri : Inilah rupanya laksam.. Kanan : perencah2 laksam

sebahagian dari orang masjid yang datang beraya...

belum sampai pukul 10pagi dah flat anak mama sorg nie...

suasana di dapur.. mak yong pembuat kopi..

35weeks. Time ngandung baru dapat merasa pakai baju peplum

En. Y dan Adam Hadhri...

Mama dan Adam Hadhri. 


Tok Abah.. Minta maaf kalau adam ada terkoyak buku tok abah ke... 
Bagi tok abah marah ke.. Sorry ye..

Mak tok, Sorry ye.. Kalau adam ada buat semak ke.. Memunggah barang ke.. 
Bagi pecah pasu2 kat rumah mak tok ke.. Sorry ye...  Nak duit Raya?

Here we go to Perlis...Yeaaa

Masa bergossip..hehehe

Tiada ulasan:

nuffnang