nuffnang ads

ads sense

Sabtu, 19 Oktober 2013

Raya Qurban dan Aqiqah

Nie kali kedua aku bersalin time dekat2 dengan raya qurban. Time adam dulu lahir 3hari sebelum raya haji manakala aryan plak 2 hari lepas pantang baru raya haji (kira bergumbira laa aku kan bleh melantak lemang dan ketupat time tuh)

Raya qurban memang tak meriah kat kedah nie berbanding raya aidilfitri. Dan as usual tak semua my sister balik kampung. Diaorang sambut kat KL je...

This year, rasa macam meriah sikit la bagi aku sebab aku request nak makan rendang ayam ngan ketupat. Ye la namanya baru lepas pantang (hari ke 46) hambik kaw maunya nak belasah makan sedangkan time pantang dalam mood diet tuh katakan...

So, malam raya tuh suami terchenta bergegas pie beli lemang (cheh tuh nak bukti chenta dia kat bini kaah? cheh). Siap keluar pie beli dua kali tuh. First time pie dah order, penjual lemang tak layan dia boleh dia pie bagi kat orang yang mai kemudian. Memang mengamuk juga dia kat aku.. Tapi dasar bini nie memang tak paham bahasa mau juga makan lemang. Di redahnya juga pie beli time pukul 12tgh malam tuh dan aku tak tau dia balik rumah pukul berapa sebab bini dia nie dah flat (tidor)

Besok pagi lepas subuh bila bangun untuk masak rendang ayam terkejut mak bila tengok ada 2 batang lemang kat atas meja.. Sayang juga ye kat bini.. hehehe...

Aku just cut the story, pada mulanya memang en. y nak bawa adam pie tengok lembu kat masjid taman nie. Alih2 dalam pukul 9 pagi hujan lebat mula membasahi bumi kedah.. So agak disappointed juga laa si mama nie sebab adam tak dapat nak tengok cam mana lembu di qurbankan (apa punya mak laa aku nie). Bukan apa, hari sebelum raya qurban, adam mula excited bila tengok banyak lembu2 kat sekitar masjid. Siap buat bunyi "Moo Moo" lagi tuh... That's why bila hujan turun mama dia yang kuciwa teramat.

Tak pa, insyallah next year adam bleh laa pie tengok macam mana umat islam menyambut raya qurban. Mudah mudahan adam dapat hargai raya qurban nanti. Insya allah

-----------------------------------------------------------------------------

Alhamdulilah, niat untuk buat aqiqah aryan dah laksanakan. Pada mulanya kelam kabut gak sebab my dad lupa nak habaq kat masjid sini (masjid di perumahan kami) malah bila pie check tengok untuk aqiqah dah penuh. Lagi pun my dad AJK kat masjid tuh je ingatkan senang laa kan..

Mau stress gak aku, sebab dah bagitau kat my dad sebelum bersalin lagi (since tengok due date before raya haji). Bukan takat aku je, my mom pun ada bagitau jugak. Okay faham tok ketua sibuk dengan meeting kat masjid sampai lupa (nak sejukkan hati nie)..

So, hari sabtu bila en. y balik kampung dia terus call his cousin tanya ada tak kosong kat masjid derga. Alhamdulilah ada tapi cuma boleh buat satu tompok je. Aku suruh booking terus takut nanti nyesal bila tak ambik.. Discuss ngan en. y and my parents . My parents cakap biarpun anak lelaki kena dua tompok tapi tak pa tahun nie buat je dulu setompok tahun depan kita buat lagi setompok. While my dad cakap tak pa next year kalau ada lebih rezeki bleh buat korban terus untuk aryan. Insya Allah

So the next day, bila time nak pie bayar alih2 ada lagi setompok (sebab ada orang cancel). Alamak nak buat cam mana kan duit pun dah bawak cukup2 untuk setompok. So we just stick to our plan je. Alhamdulilah, aqiqahnya dilakukan pada raya haji yang kedua. Daging tuh kami sedekahkan pada fakir miskin. Cuma en. y tak dapat nak pie tengok penyembelihan lembu so pak cik tuh bagitau tak pa depa ada wakil. Janji aqa

Sama juga macam si abang, kami tak buat kenduri aqiqah tapi dah pesan kat orang yang handle qurban supaya daging aqiqah aryan dibagikan kepada orang supaya buat kenduri (tuh terserah la pada orang yang menerima). Rasanya aku ada buat entry tentang aqiqah untuk adam (macam laa ada yang nak bacakan..hehehe).

Insyallah mudah mudahan next year kalau ada rezeki aku dan suami akan buat qurban untuk aryan. Amin


Buat sesiapa yang sudi baca blog aku nie. Aku nak ucapkan salam aidil adha.



Tiada ulasan:

nuffnang