nuffnang ads

ads sense

Isnin, 21 Oktober 2013

HOSPITAL CHECKLIST..

Perkara penting buat para2 bakal ibu sebelum ke hospital. Make sure packing seawal yang boleh (Time aryan je tak sempat nak packing coz bersalin sebulan awal..).

Bagi aku, time aryan nie memang agak kelam kabut. Dah la masuk kena warded secara mengejut. Minta balik nak packing pun doctor tak bagi. Haru biru jadinya.

So aku hanya listkan barangan2 yang perlu bawak ke hospital. Aku minta en. y bawakkan barang2 aku dulu then kemudian baru bawak barang baby. Lagipun aku kena tahan kat hospital 3hari, so sempat lah en. y tolong basuhkan baju2 baby tuh (alhamdulilah, nasib baik dia nak buat..hehehehe). Lagipun nasib baik aku ada asingkan satu kotak barangan baby (siap labelkan lagi kotak tuh) dan dah letakkan dalam bilik.

Meh aku nak share checklist yang perlu disediakan before kita masuk hospital. Kalau boleh sediakan 2bulan awal coz if jadi cam aku on 36weeks dah terberanak. Memang kalut kan...

MOTHER
- Toiletries : Berus gigi, sabun, shampoo, sikat, towel, pencuci muka

- Books : Novel or magazine
(Yang nie memang aku akan bawak time sebab dok hospital memang borink...)

- Cawan / Spoon / fork

- Flush Air Panas
(Aku bawa sebab senang nak buat. Nak tunggu nurse buatkan mmg kekadang lambat or tak dapat langsung)

- Milo / Biskut / Roti

- Sanitary Pad
(Akan dipakai selepas bersalin. Aku jenama pureen. Madame Matenity)

- Baju : 2 pasang
(Aku memang akan bawa berbutang senang nak menyusu.)

- Seluar : Sepasang
(Aku bawak seluar jenis lembut senang Dipakai masa discharge.)

- Kain Batik : 2-4 pasang (bergantung pada hospital)
( Macam hospital time bersalinkan adam diaorang tak sediakan baju hospital. While time bersalinkan aryan plak sepanjang hari wajib pakai baju hospital. So aku hanya bawak 2pasang je.)

- Stokin : 2 pasang (Aku bawak sepasang je. Lagipun lepas je bersalin. The next day dah boleh keluar.)

- Selipar (untuk digunakan dalam toilet.)

- Breastpump (In case baby masuk NICU)


BABIES : Aku hanya bawak sepasang untuk digunakan time discharge dari hospital.

- Baju : Lengan panjang dan lengan pendek

- Barut

- Mitten and Booties

- Pampers

- Botol Susu (in case baby masuk NICU. So susu badan yang dipump dapat disimpan)

Barang2 time adam dulu. Beg pink tuh barang2 untuk ke hospital. 
Packing 1month before deliver Adam.


Kalau2 ada yang aku termiss. Boleh laa share kan..

Tiada ulasan:

nuffnang