nuffnang ads

ads sense

Isnin, 30 Julai 2012

REZEKI PUASA DAN RAYA...AMIN

Sabtu lepas aku mendapat tempahan cupcakes sebanyak Mini 20pcs, Medium 50pcs. Alhamdulilah ini merupakan rezeki untuk raya.. Besok aku dah kena mula siapkan tempahan cookies dan fruitcake. So buat yang nak order boleh emailkan kat kami di mycuppycupcake@yahoo.com.

buttercream cupcakes

Fruitcake - RM70/box. Email us at mycuppycupcake@yahoo.com


Semalam aku dan en. y pie tengok rumah sewa kami buat kali kedua. Sebelum nie dah pie tengok, rumah dalam keadaan tak mengalakkan. Alhamdulilah semalam bila jejak kaki ke dalam rumah, aku semakin jatuh cinta dekat rumah sewa baru nie. Biar pun rumah nie bukan rumah modern (rumah batu) tapi aku suka sebab rumah nie ada lamannya sendiri. Yang paling suka sapa lagi EN. Y la.. ye la tak payah nak pening2 kepala nak berebut parking. Dah la tuh, alasan yang best dia bagi "SUKA SEBAB TAK PAYAH BAWAK KETA PIE CUCI KAT KEDAI DAH LEPAS NIE.." 

Selain dari tuh, Sewa plak masih lagi dalam budget kami. Yang paling best rumah kat tengah2 bandar KL. Haa kau memang betul2 pusat laa.. Dah la tuh, duit lagi cepat habis laa sebab dekat dengan tesco, carrefour dan jugak mydin mart.. WAAAAA...

Semalam masa aku sampai je kat rumah tuh aku tengok tuan rumah dok sibuk cat rumah. Suka..suka dah la tuh siap cucikan lagi rumah tuh untuk kami.. Banyak tuan rumah dah ubah. Dalam bilik air sebelum nie adah kolah air tapi dia pecahkan kolah air tuh (alasan bocor). Tapi aku suka sebab tak la aku risau bila adam besar nanti. Lagipun bahayakan bila ada kolah air tuh...

Insyallah next month kami dah boleh masuk. So now aku dah kena start packing sikit2 barang masuk dalam kotak.. Adushhh, terus rasa nak migrain...

2 ulasan:

lokmanfirajunior berkata...

weyyy,
aku tak tau gosip ko dah..
pindah mane pulak nih?? haaa kl kah?
nanti Raya buatla open house ala house warming..aku nak datang!!hihi :P

NanAFarhanA berkata...

aku pindah ke area KL (pandah indah gitu..hahaha.. takut tak dan laa nak buat house warming..rumah masih lagi tongang langang.. tak berkemas lagi (sebab dok berkobar2 nak balik raya..)Nanti laa kalau dah settle aku jemput korang datang naa.

nuffnang