Lewat pukul 10 pagi, Aku mendapat panggilan dari kak su. Dimana dia sangat teruja bila dia dapat jogging dari mutiara damansara sehingga Hous (Pelangi damansara)..Wow nie agaknya kes cabaran aku baru-baru nie gamaknya..Hahaha
But aku cuma bangga pada kakak aku dimana setelah dia mendapat tahu berat badannya sudah mencecah lebihan 50kg maka dia telah mengambil insiatif untuk menguruskan badannya.
Aku pula baru mendapat tahu bahawa kak chak (okay nie plak kakak sulong) dengan jayanya mengambil instructor di Fitness First bagi menguruskan dua bahagian yang terlalu degil iaitu di bahagian pinggul dan perut. Dan kini (menurut apa yang kak su bgtau la) kak chak telah mendapat berat badan & shape / bentuk badan yang di-idamkan..Wow agak teruja aku bila dengar kes terbaru.. Huk Aku pula bila?
Aduihhh, perasaan tercabar sudah menguasai diri aku..Dah lepas nie aku perlu datang ke office bukan menaiki kereta tapi dengan berjalan kaki dari kota damansara ke kelana jaya..Waaahh agak-agak mampukah diri nie huk...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan