nuffnang ads

ads sense

Memaparkan catatan dengan label Da'Grafic // Celebration. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Da'Grafic // Celebration. Papar semua catatan

Khamis, 21 Oktober 2010

SHARK ATTACK XTREME PARK!!

Maiqel Ibrahim Affifudin Birthday Party!!!



Date : 16th October 2010
Venue : KFC Xtreme Park
Time : 4pm till 6pm
Theme : Shark's Birthday Party!!

Last saturday was maiqel 3rd birthday party..Yupp Jasmina's Son.. Kali nie tema for the party was SHARK's.. Compare last year party was about pirate... (Memang fanatik bout shark and dinosaur..Semua yang ganas2 dia kebas..So comey hehehe)..

Majority yang hadir was family sebelah din (ana's hubby), our family side (okay pak tam and mak tam pun datang tuh yang best) and her friends..

The party was tottaly awesome..Memang semuanya sporting. Yang paling best all mak tok2 pon join the games..Dapat bayangkan tak bertapa happeningnya the party...And the cake as usual sapa buat kalau bukan order from kak chik..

Okay malas nak story panjang2 sebab aku tak pandai nak cerita..Let's the picture tell you kay... *Notice : All picture i've grab from jasmina dan kak radziah album.(Jangan Marah)


Oh ya, the last picture yang ada buku shark tuh was mine and kak su's present (okay jangan comment pasal sharing hadiah kay)..Teramat laa susah nak cari benda pasal shark..Almost yang ada semuanya pasal dolphin..Tuh pun ada satu je buku shark and kami tau yang maiqel nie fanatik akan T-rex..(Ana please correct me if nana ada silap)..Tak kan nak bagi satu buku je kan..Cam tak best plak dah la share lepas tuh bagi satu buku  pulak cam kedekut plak bunyinya kan....Tak mo nampak cam kedekut aku cadangkan kat kak su to grab one of the dinosaur book..Alah takatdua buku for kids berapa je kan (sharing present plak kan)..Auntie nana harap the little cheeky maiqel love's the books.. (Geram bila tengok he dance with Mr. Chicky..)

Oh my, terlalu banyak gambar kalau nak post kat sini.Takut nanti jadi lembab plak my blog...(Hakikatnya takut tuan empunya gambar marah). Okay kalau rasa cam tak puas nak tengok gambar for this party.. Boleh ke sini untuk lihat lagi gambar-gambar yang terjadi semasa suasana party nie...Sila klik di sini atau disini..

Isnin, 18 Oktober 2010

Tunang Day's

(haipp kontroversi kan title kat atas tuh..macam melampau ehh nak buat kenduri dua kali..)..

Okay, sebenarnya semalam berlangsungnya majlis pertunangan plus Majlis Merisik adik bongsu-ku, Cik Farah Husna...Majlis bermula pada pukul 3.30petang..Alhamdulilah majlis berjalan dengan lancarnya..

Tetamu yang hadir seramai lebih 50orang (wow nie dah macam majlis perkahwinan kan).. Alhamdulilah majlis berlangsung dengan penuh adat istiadat yang mengambungkan dua adat dari negeri yang berlainan iaitu adat kedah and adat johor..Wow gempaq kan...Setelah selesai perbincangan dari dua belah keluarga sesi sarung cincin diadakan. Farah yang tampak angun memakai baju bertemakan pink and white memukau kesemua mata tetamu yang hadir (farah kak nana puji u have to blanja kak nana tau..hahaha)..

Selesai je majlis, tetamu dijemput menjamu selera..Makanan terdiri dari
::  Mee Rebus Medan Selera Setiawangsa (Sponsor by Papa & Mama),
::  Sirap Bandung Bancuhan (Nana, Yusof and Abang Aje),
::  Karipap Gulung (Sponsor By kak chaq),
::  Wajik Pinkish Menawan Hati (Sponsor by Mak teh),
::  Bihun Goreng Secukup Rasa (Sponsor by Mak teh & Mama),
::  Sosej Puff (Sponsor By kak su),
::  Cream Puff (Sponsor by Kak Noredah),
::  Roti Jala & Gulai Ayam (Sponsor by Mak teh),
::  Pinggan Mangkuk (Sponsor by Pak Tam),
::  Tembikai (Sponsor by Papa)

So, lastly aku nak wish CONGRATULATION kat my adik...Tak sabaq nak menunggu bulan tiga nie..OURWEDDING..Insyallah.. Okay now masa untuk posting some picture plak..Jom tengok gambaq..

more picture please click here (disini okay)...thanks...

nota kecil : wow rajin untuk orang lain..but my e-picture plak bila mau publish..auchhh..nanti laa...

Khamis, 23 September 2010

Biskut arabku dah teroka pasaran jepun!!

Betul..Betul..tak tipu..biskut arab raya aku dah sampai kat jepun...Tak caya...?? Nak bukti?

 -
-
-
-


Kan...kan..sebenarnya ceritanya cam nie..Abang ipar aku terpaksa beraya di Jepun gara-gara kerjanya yang tak dapat dielakkan (1st syawal kena keja dohh)..Saja nak bagi hangat title diatas je..Hehehe..

So atas permintaan dia yang perlu dilaksanakan dimana setiap sorang perlu bawak satu jenis juadah. So kakak aku (kak su) mintak aku tolong buatkan kuih fav. abg ipar aku nie. Tak lain tak bukan biskut arab. (Yang tahun lepas dia cakap rasa macam da' boom dan memenuhi syarat kuih arab)

Yang baju biru dari kiri tuh abang ipar aku Okay..siap pakai baju melayu..Tabik Spring TEIN laaa pakai baju melayu sama songkok.. Yang perempuan kat sebelah tuh adalah orang jepun..Siap pakai baju kebaya okay..

Siap baca doa lagi tuh...Tanda Hormat..

So tak nak dia kuciwa, aku pun dengan rela hati sediakan satu bekas (uiihh sampai tido tak cukup nie...).. Selain dari tuh, mama pun ada gak packing ketupat daun palas untuk abang ipar aku. Haa laa, first time beraya jauh dari family dia (dari kak su ngan dua kenik).

Rasa-rasanya kalau jepun makan ketupat daun palas, mesti depa kata "haiiipp, wahh ini melayu pun makan sushi masa raya kaa"..(tuh dialog aku yang tambah..nanti aku try tanya abang ipar aku, kot2 ada depa kata cam tuh kaaa..)..

Apa-apa pun aku dah terover rasa bangga yang kuih raya aku dah sampai kat jepun..So apa lagi nana tahun depan buat laa bisness? Muahahahaha...

nota kecil : semua gambar2 nie aku kidnap dari facebook abang ipar aku..

Rabu, 22 September 2010

Hari Raya..Hari yang Mulia...[Part2]

Bukan sengaja aku melenggah-lenggahkan masa untuk menulis entry pasal raya..Cuma mood untuk beraya masih lagi terpahat di jiwa ini sedangkan aku dah melaksanakan tugas harian (kerja) aku dah dekat TIGA hari..

RAYA PERTAMA: 10 September 2010
Okay-okay aku tak nak cerita panjang lebar. Hari Raya aku seperti biasa, sambutan tiap-tiap tahun adalah seperti selalu dimana pada pagi raya, kami semua bersiap sedia untuk ke masjid. Lepas selesai solat, kami menanti ketibaan orang masjid bertandang di rumah. Kali ini mama masak mee abu berbanding tahun-tahun sudah mama sediakan mee bandung.

Masa untuk makan..Okay agak juling mata tengok juadah di atas meja..

Kemudian sesi bergambar (hat nie macam wajib untuk semua family kan) dan pohon restu kemaafan sesama family diadakan seperti selalu. Tahun ini, tagisan atau ayat slalu aku, syahdu shahdan tak dak..mungkin tak mo mama sedih kot..Ohh tahun nie raya agak tak best sangat sebab kesihatan mama tak berapa sihat dimana mama dilanda selsema dan batuk. Seperti biasa Mr. Y akan datang berkunjung cuma kali nie, dia macam amboii awalnya datang beraya... Slalunya dia datang masa waktu petang. Mungkin sebab datang awal dengan alasan boleh terus ke masjid untuk semayang jumaat kot. Agaknya..

Sesi kutip duit raya: Budak yang mendapat sambutan terhangat di rumah pak ketua..Kalah kak brina dia..

 
Sesi mintak maaf dan di-ikuti sesi bergambar (posing time)

Okay-okay melalut plak.. Seperti biasa pada raya pertama kami semua hanya menyambut kedatangan tetamu. Cuma aktiviti kami dilakukan pada hari seterusnya..

Pada sebelah malam, macam biasa aktiviti main bunga api dan mercun diraikan oleh kanak-kanak kecil.. (Aku hanya mampu sponsor mercun pop-pop je..)

 Gambar disedut dari : Kak Radziah


RAYA KEDUA : 11 September 2010

Sambutan raya kedua agak meriah buat kami sekeluarga. Dimana hari kedua terdapat pelbagai aktiviti.. Pukul 12 tengah-hari, sepatutnya kami sekeluarga perlu bertandang ke rumah aunty musalmah yang terletak di taman badlishah. Namun akibat ketidak stabilan kesihatan mama, aku ngan kak su ak dapat pie, cuma hantar wakil papa, farah ngan kak cik da' family..Kak su plak hantar wakil da' little Ainstein.

 Gambar disedut dari : Hazirah Mahadzir

Di sebelah petang pulak, aktiviti menyambut birthday syafiq dan firdaus diadakan.. Juadah disediakan oleh Mak teh manakala minumam disediakan oleh aku (wow nak gak credit..hahaha..oh lupa air sarsi tak salah aku kot)

Sila ignore budak kenik di belakang (agak sibuk)

Ini bukan sesi bergambar dengan NORA..
(okay yang sebelah kanan si kenik tuh (miqel) mungkin tak sabar nak tunggu his own birthday kot..)

Okay laksa...fav. semua orang.. Agak sekejap berada diatas meja bila diserbu oleh rakusan family che long..

Menjelang waktu malam pulak, kami menanti ketibaan family sebelah papa pulak..Macam reunion untuk family laa..Cuma pada tahun nie aktiviti tangkap gambar tak dilakukan. Semua agak sibuk menikmati juadah makan malam yang disediakan oleh pak tam catering. Nasik jagung pak tam agak sedap dan semua memuji akan kesedapan juadah pada malam itu..

(nak promo nie : pak tam catering terletak di area changlon..mereka menyediakan khidmat catering untuk segala jenis jamuan tak kira kenduri kawin atau cukur jambul..kalau nak cuba msg la aku..bleh bg no fone.harga agak berbaloi tak mahal laa orang kata)..

Raya Ketiga : 12 September 2010
Pada raya ketiga, plan kami semua adalah berkunjung ke rumah pak tam dan mak tam yang terletak di area changlon (kalau nak sebut biaq changlooon..)..

Plan bertolak dari rumah pukul 8pagi..tapi biasa laa janji melayu yang lain bertolak pukul 10pg. Aku ngan kak su lagi lambat pukul 12 baru bertolak..Biasa kena siapkan anak-anak kak su dulu (dialog slalu kak su laa)

Bila sampai di rumah pak tam, haihhh semua dah nak bertolak ke padang besar..agak tak sopan laa kalau aku pun nak pie sama..So kami pun dok kat rumah pak tam agak lama jugak laa. Ohh nabila tak mau ikut kak chak balik, so dia pun dok sama ngan kamu..Sesampai kami di padang besar..Hujan turun agak lebat, macam biasa bila dah sampai di padang besar hat lain dah nak bertolak. Kami mengambil keputusan nak dok lagi di padang besar. Cuma perasaan tak mau beli diselubungi akibat cuaca yang teruk (hujan lebat)..

Agak caca-merba jugak laa jadinya bila nabila dah ada ngan kami.Sebab kak chak agak risau mana nak tau kot-kot anak dia hilang (uihh tak kan laa kami kejam macam tuh kan)..So kami pun ambil keputusan untuk berangkat pulang..

Haa, yang bestnya dengan akal yang aku rasa aku miliki agak genius..Aku ambil keputusan nak ikut jalan perlis (ingatkan dekat..). Alih-alihnya perjalanan kami yang sepatutnya dalam masa sejam (kalau ikut jalan bkt kayu hitam) alih-alih jadi 3 jam..Mak datok serit woo tak mau dah jadi genius macam nie..Dari pukul 6 petang, sampai di aloq setar pukul 9malam..Mak datok nie dah boleh pie ipoh nie.. Seperti biasa nak cover malu yang teramat dari kak su, aku hanya mampu kata.."nie nak dekat nie..nie nak dekat (tapi hakikatnya mak datok 3 jam dohh).."

Pada sebelah malam pulak, aku nak cover malu dan rasa bersalah. Aku bawak kak su ngan anak-anak pie makan keoy teow iman yang terletak di Mergong...Mau senyum sampai telinga gak kak su tuh...

(promo lagi : okay kalau sapa singgah pie aloq setar..Wajib cuba makanan ini..Kedai dia betul-betul kat tepi jalan dan tertulis IMAN KEOY TEOW..Kalau dah order makanan, minumam pulak wajib order teh ais..Baru meletup..dan tertelan air liur berkali2)..

nota kecil : tak mo cerita panjang..alih2 nahaii...mau nala punya panjang kata-kata aku.. jangan marah ye.

[update : lupa nak bagi credit pada photograhper amature yang terdiri daripada : paq-paq, kak radziah, ana, farah, kak cik dan of coz AKU )

Khamis, 9 September 2010

[Raya] PREparation for Syawal

Besok dah nak raya... Aku tengok dah ramai orang asyik sibuk menceritakan akan kisah persiapan nak menyambut hari raya..

Aku plak..macam biasa masih dalam keadaan sahdu sesahdunya..Tapi dalam dok sahdu shahdan, preparation raya masih dikekalkan (dah macam tradisi bila nak sambut raya kan).. Tapi preparation raya aku memang tak sehebat seperti tahun lepas..Agaknya laa..

Dimana tahun lepas, baju raya aku wajib sediakan 2 atau 3pasang baju kurung. Kasut Raya, dan kuih raya. Cuma yang bezanya bagi tahun nie adalah dari segi penjimataan :

1 . Baju Kurung
 Aku beli sehari sebelum raya (bagi mengelakkan macam tahun-tahun sebelumnya tak punya size). Kali nie baru aku tahu, kalau beli awal kebanyakkan baju kurung yang murah masih available berbanding seminggu atau 3hari sebelum nak raya..Mesti baju kurung lebih dari RM100...Okay yang beza bagi tahun nie, penyediaan baju kurung aku cuma beli sepasang je dan kali nie aku dapat baju kurung hanya dengan bermodalkan RM90.

Okay! dengan perasaan yang happy, raya tahun nie mama dengan baik hati telah menghadiahkan sepasang baju kurung kat aku. Aku hope that baju kurung tuh dah siap laa (hantar sebelum puasa, agak-agak dah siap ke blom?)..Niat nak pakai masa ke rumah bakal mak mertua..Hehehe.. Okay masa raya pertama, aku plan akan pakai baju masa tunang aku.

So dengan kesimpulannya, aku dah ada 3pasang baju kurung. Kira save banyak laa compare tahun lepas kan...

2. Kasut Raya
Tahun nie tak beli, sbb kasut lama aku masih elok untuk dipakai. Tapi tengok la, mana nak tau balik kedah nanti pie city plaza tup2 terbeli sepasang. (aku nie payah nak diramalkan dan pantang tengok kasut yang murah sahih grab)

3. Handbag
Last few weeks, pegi ke FJ Benjamin. Niat nak cari barang for my hantaran. Tup-tup terbeli extra handbag (Bleh plak terbeli extra handbag kan..Alasan..alasan). And the handbag aku akan pakai masa my hari raya pertama. Tapi yang sedihnya aku boleh tertinggal my new handbag kat KL..Gedebushhh terasa mau menjerit...

4. Kuih Raya
Pembikinan kuih raya yang aku rasa terover lebih berbanding tahun sudah.. Over macam mana? Over buat kuih raya sebanyak 4jenis. Sebelum nie aku ngan kak su buat cuma 2jenis plus 1jenis biskut leper yang tak menjadi tuh..Kalau tak caya tengok kat sini..Masih mengekalkan biskut mazolla dan biskut arab..Cuma kali ini kami tambah variety biskut kami. Biskut Kelapa turun temurun dan Biskut Sarang Semut. 

Ahad, 5 September 2010

(Musim Kedua) Raya datang lagi

Selalunya bila dah tinggal beberapa hari je lagi nak menjelang hari raya..Perasaan tak sabar nak pulang ke kampung akan terpancul di ruang hati ini.. Bukan aku je, anak-anak perantauan macam aku mesti la punya perasaan macam nie kan...

Time nie laa kalau dengar lagu Balik Kampung, Mak aihh mau satu KL boleh dengar sora kita jaa menandakan tak sabar kita nak balik kampung kan..Kan..Kan..

Tuh dulu...tahun nie bagi aku ada sedikit kelainan dalam diri aku..Yup perasaan aku tak sama macam tahun-tahun lepas...Perasaan Hiba tetiba menyelubungi benak hati nie..Aku rasa macam nak je pause akan putaran masa..Tak mo biar masa tuh berdetik laju menandakan besok hari akan menjelang..

Okay, kenapa perasaan nie bleh muncul..Mengada nak muncul-muncul plak kan..

Aku rasa sapa yang akan menamat zaman bujang tak lama lagi..Mungkin punya perasaan nie..Atau aku je kot yang terover nak sedih..Tak boleh pisah dengan family...Ohh sahdu seketika...(Bukan sahdu tapi emo).

Kadang-kadang terasa macam "Ehh nana kenapa engkau over tahap gaban nak sedih. Sedangkan bakal laki ko tuh pun orang kedah. Tak salah, rumah dia tuh tak sampai 15min pun dari rumah hang..Kan mengada bunyinya kan...Lain laa macam adik aku nanti tuh, bakal laki dia orang johor..Nala punya sorang utara sorang selatan..Mau boleh meraung kat tepi highway gayanya (Pehh terasa macam cerita hindustant kan).."

Nanti aku try tanya adik aku, apakah perasaan beliau sama seperti aku atau dia memang tak punya perasaan langsung (tak..tak adik aku bukan patung doraemon okay)? Tapi aku akan sedaya upaya cuba mengelak dari mendegar lagu-lagu raya. Biarpun aku tahu yang aku tak mampu nak elak di office sebab skarang nie di corong-corong radio dah kedengaran lagu raya yang shadu shahdan. Yang mampu buat aku nak melalak (sila baca menangis) kat dalam toilet.

Okay la, lagi lama aku tulis, rasa cam meluat pulak ngan perasaan mengada nak emo kan...(Sedangkan entry sebelum-sebelum nie pun dah penuh ngan perasaan yang buat orang menyampah kan..hehehe).

Okay aku akan cuba untuk peluk mama ngan pak ketua pada raya pertama.. Dan aku akan cuba buat pak ketua menagis dan tak mo berpisah ngan aku (ehh mampu ke aku haa..siap hari bulan sure aku kena debik ngan pak ketua..Ye laa aku kan anak yang suka biarkan pak ketua marah..)..

So sebelum aku terlupa, Aku nak laa wish Happy Aidilfitri..Ehh silap tercakap omputih plak.. Selamat Menyambut Hari Lebaran. Kalau ada tersalah atau silap dari segi pengarangan aku nie harap kalian maafkan yee...Jangan lupa datang laa rumah pak ketua pada pagi raya pertama. Tahun nie isteri pak ketua masak mee bandung  (main blasah jee aku kan boh menu sendiri..Blom tau lagi okay menunya.). Dan rendang isteri pak ketua memang meletup..Mau meleleh air liur nie bila rasa.. Ehh tahun lepas bukan mama buat rendang sampai semua sakit perut okay..Tapi pembantu kakak aku yang buat.. So dapat dimaafkan...

Dah...dah nana melalut plak kan..So sekali lagi aku mahu ucapkan Selamat Hari raya...Kalau ingat kat orang yang tersayang di kampung tuh, korang mungkin akan pandu perlahan..Kalau rasa tak mo raya tuh..pandu lah laju yekk..Opss..Minta maaf skali lagi la yek..

nota kecil : nie mana dia entry pasal berbuka geng SPM99...

Khamis, 2 September 2010

MEDEKA..MERDEKA..MERDEKA..

Laungan yang aku rasa kita sering dengari pabila tibanya malam 31 OGOS.. Kadang-kadang aku terfikir..apakah maksud Merdeka pada diri kita sendiri.. Okay aku faham apa maksudnya merdeka. Medeka dari jajahan.. Tapi adakah rakyat kita sudah merdeka..

Aku bukan nak mulakan agenda atau kontroversi, tapi sejak semalam terdetik dalam diri aku mengatakan rakyat kita masih belum merdeka.. KENAPA?

  gambar dari Google

1. Bila kita dengar akan lagu patrotik kita iaitu NEGARAKU. Apa yang perlu kita lakukan..?
Okay, kita duduk sambil gosip ditambah pulak gelak tawa bila kawan kita berbicara akan jenaka...Sedangkan dicorong telinga kedengaran laungan lagu NEGARAKU...Adakah ini dinamakan  MERDEKA?

 gambar dari Google

2. Adakah kita hafal lagu Patrotik kita?
Setakat lagu negaraku..Aku rasa mungkin semua dah hafal (tak tau laa plak kalau ada yang lupa.please anda perlu malu pada diri sendiri bila melihat kad pengenalan anda tertulis rakyat Malaysia). Tapi maksud aku lagu-lagu patrotik. Jalur Gemilang, Malaysia Maju..Apa lagi.. Aku mungkin tak tahu akan tajuk lagu..Tapi bila terdengar je lagu-lagu patrotik negara sendiri.. Secara automatik mulut ini turut menyanyi lagu tuh..Kolot kan...Bagi aku tak, sebab aku anak malaysia..aku berbangga akan lagu-lagu patrotik yang dihasilkan oleh penulis lagu negara kita.. Korang?

Kadang-kadang aku tak pasti..Aku malu sebelum-sebelum nie banyak kali jugak laa aku mengikuti sambutan malam hari kemerdekaan.. Aku tengok kebanyakkan anak-anak kecil kita yang tak tahu apa erti kemerdekaan, tapi masih tetap menghafal lagu-lagu patrotik..Uihh siap nyanyi kuat-kuat lagi tuh..Tapi yang manusia dewasa.. Sepi (ada la segelintir yang nyanyi..).. Anak-anak muda pulak nyanyi tapi berperangai terkinja-kinja seperti kera kepanasan..Kenapa perlu kita menari terkinja-kinja? Aku tak faham..Buntu... (*silent)

Tak ke kita terdetik sedikit rasa malu pada generasi anak-anak kita...?

Okay fine, aku kagum pada anak buah aku Norain zahara, yang baru berusia 4tahun.. Tiap-tiap malam sebelum nak tidor dia akan menghafal lagu Malaysia Maju.. Aku rasa kita sebagai rakyat Malaysia perlu la beri sedikit penghormataan pada Lagu-lagu patrotik dan aku rasa kini di setiap siaran Tv dah tak banyak lagu-lagu patrotik berkumandang seperti zaman aku muda-muda dulu..Sebelum nak magrib mesti ada je lagu patrotik tak salah aku di saluran RTM..

nota kecil : sepatutnya entry nie aku publish malam merdeka tapi apakan daya, masa tak cukup...Okay next entry aku nak cerita akan majlis berbuka bersama teman-teman SPM99 pada hari kemerdekaan..

nuffnang