nuffnang ads

ads sense

Memaparkan catatan dengan label Da'Grafic // artwork. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Da'Grafic // artwork. Papar semua catatan

Jumaat, 4 Mei 2012

Company Logo Concept

Ni laa, bila dah salah sorang dari family terjebak dalam dunia graphic.. Kebetulan adik beradik kita perlukan bantuan. Tak kan kita nak buat dek je kan.. Haruslah membantu..

Itu lah yang terjadi kat diri aku. Dimana my oldest sister nak tukar logo kedai dia.. So, atas kemahiran adik dia (eceh) maka dia pun mintak la bantuan aku..

Sedikit detail

Company - Pharmacy

Cooperate Color - Green and Orange (tuhh dia jenuh nak cari warna hijau yang kak chak nak.. Hijau lumut? Hijau pucuk pisang?)

Sampai kena emailkan color chart laa.. Sebab nak tau hijau mana yang menjadi pilihan 

Others - Kena cun melecun (nie yang payah nie..mau ketaq2 kepala lutut dengar syarat dia)

Farmasi Dailycare di taman melawati

Before this dia ada ke graphic designer agency dan mintak jasa baik mereka untuk designkan logo yang cun melecun kat agency tuh.. Okay, ada banyak choices yang depa bagi.. Aku suka design2 depa memang up-to-date..

Tapi.....

My sister tak suka.. Dia cakap hijau tak cun.. Punggah...

Terus dia call aku and mintak aku designkan kat dia.. (Haa ambik kau nana...). Dia mintak aku designkan kat dia sejak dua bulan lepas.. Ada laa a few aku design tapi biasa, aku terima kata2 yang sama gak.. "Alah nana, nak hijau sama macam kat kedai".. Adoiii Terus aku create color chart untuk warna hijau.. Mau terkejut gak kan... Main dengan graphic nama nana nie...

Design logo yang memula tuh.. kakak aku minat yang num 3 tapi..dia cakap tak boleh pakai sebab that one sesuai untuk doctor ja.. Errkk

So semalam dia tanya aku pasal logo dia... Aku terus cam erkk..arkhhh.. So terus balik rumah dan design kat dia. Memula aku bagi alasan aku? Busy...Busy.. (Hahahaha.. normal punya alasan kan..). Tapi atas nama kakak..so aku buat mana yang sempat laa

So, masa emailkan kat dia.. Mau ketaq kepala... Mulut nie dok terkumat kamit Baca doa (nampak sangat tipukan...)



Tadi kakak aku call.. dengan suara gumbira.. Dia cakap okay dah pilih.. Tapi kena edit sedikit... Dia suka 3 pattern.. Tuh dia.. pilihan dia mengikut fav. paling dia suka..

Number 1 - Cuma dia nak tukarkan batu lesung tuh kepada brush concept.. Lagi satu nak tukar font pharmacy sama macam font pharmacy number dua...


Number 2 - Nama pharmacy je tukar warna hijau lain..



Number 3 - Cun je.. Comment banyak kat num 1 dan num 2 je..


Kita tunggu la result yang akan diperolehi..Hopefully result yang my sister nak tuh memenuhi cita rasa dia...

Isnin, 28 Februari 2011

Ingat tak entry ini? Sebenarnya aku dah siapkan artwork nie dua minggu yang lepas. Cuma tak da masa nak kongsi ngan korang. So kali nie, i've just want to share with you guys my artwork. Guess what, aku dapat jugak siapkan in 2 different design... Kira client agak puas hati laa sebab dapat tengok and choose which design diaorang nak.

first design

second design

Tapi..yang bestnya, last minute jugak laa the client had change their mind. And ask me to create another diff. artwork. tapi kali nie untuk new product. Mengikut sumber, company nie nak launch product nie tak lama lagi. So i really have to create. Okay tak merungut. Sebab memang tugas aku kan.

So ambik masa may be a few hours. Tetiba je, idea datang macam air terjun je. Tak macam sebelum nie...And walla... Clienr terus confirm. Suka dengan concept and color tone.. Alhamdullilah, Happy sangat sebab tak banyak kerja & masa ambik kan. Kalau tak sure dah kaco mood aku kan..

Jumaat, 14 Januari 2011

Hypertune Volume 111

Lama tak singgah ke sini. Bukan sebab mati akal atau pun buntu akan idea. Namun seperti setiap bulan, hujung-hujung akhir bulan aku perlu beri tumpuan lebih buat kerja-kerja di kantor (sila baca pejabat).

Alhamdulilah, magazine tahun ini sudah selesai dan sudah dikemaskini untuk ke pasaran. Ya, agak lewat bulan ini. Aku faham pengemar majalah kami sudah agak sangsi dengan hasil kerja kami. Alasan kerana bulan lepas terlebih banyak bulan madu (sila baca cuti).

Keluaran kali nie, agak gempaq dimana baby (sila baca project car) kami sudah meningkat dewasa. Yup, it was our final project in 2010. Anda tak kan kecewa dengan keluaran bulan ini. Pelbagai event turut dimuatkan di dalam keluaran bulan ini. Oh ya, bagi Pengemar KLIM dan Formula Drift, ya anda mungkin turut tak sabar nak tunggu kan.... Kalau mahu cerita selanjutnya, sila dapati majalah kami di pasaran. Pasti anda tidak kecewa.

Nanti la kalau ada lebihan masa, aku nak kongsi macam-macam cerita. Dah lama kan tak cerita bout grafiq.. Rasa macam rindu plak nak cerita..Haipp... So tunggu la next entry plak..

 Volume 111

Isnin, 22 November 2010

Brek yang perit...

Tengah mengemaskini Komputer di office. Membuang apa yang tak perlu lagi..Dan alih-alih terjumpa ini...

Artwork yang sudah berusia 2 tahun. Hmm artwork nie merupakan artwork yang telah direject (okay, untuk aku telah menghabiskan masa selama 5bulan melayan kerenah artwork nie. Alih-alih direject dengan mentah-mentahnya..peritkan..bila ditukar sana sini. Tetapi ditolak dengan alasan yang tak munasabah..Haishhh)..

Ahhh, perlukah aku buang terus artwork ini dari hidup aku...Adakah aku perlu simpan artwork ini sebagai pot-folio aku buat masa akan datang??

Susahnya nak buat keputusan...

Selasa, 16 November 2010

Princess Party Card!!!

dah lama aku tak buat invitation card..Tak salah aku, last time aku buat 3 years ago..agak lama kan..terasa teringin plak nak carik project untuk create card..Ntah laa bila agaknya dapat those project..Ada sapa-sapa mahu bagi project untuk aku kah????


Yang ini merupakan my 1st birthday invitation card untuk anak buah aku, Alya Sabrina sempena her birthday party.. Penghasilan yang aku lakukan adalah dengan menggunakan Photoshop 100%. Kerana pada masa itu, aku tak punya software yang lain.

Theme for the party was about DISNEY PRINCESS. So, dengan itu aku cuba carik gambar dengan bantuan dan kerjasama encik google maka terhasillah invitation card diatas..

Khamis, 14 Oktober 2010

Lembu COMEL yang dilenjan

Nana, Urgent??

Aku ingat urgent tahap dewa kaa apa..Aku ingat Urgent which akan masuk magazine for NEXT issue..

Bila dah siap, alih2 baru aku dapat tahu yang ini bukannya nak masuk magazine (mungkin) tapi untuk charity magazine..W.T.F (okay nana jangan maki..tak baik untuk kesihatan!!)

Mau je dimaki hamun, bila tenaga nie dikerah seperti lembu yang "COMEL" dicucuk hidungnya..Ingat kerja aku hanya cuma makan gaji je mampu dilenjang seperti itu....Tak salah aku dah banyak kali aku tertipu dengan alasan yang bagi aku budak 4tahun pun tahu beza mana betul mana tipu..Kalau tak nak bayar just fine your own GRAFIQ.. Nie nak free bagi alasan CHARITY..APA nie???



Okay fine (dalam emo yang agak marah)... Bila dah siap, i just send in small size..Haram ditanya pelbagai soalan yang cam aku rasa nak hempuk je ngan kusi nazak office nie..Hello, blom confirm apahal nak bagi in big size.. Kata nak tengok idea only..So aku bagi in small sixe utk tunjuk the concept laa..SALAH kah AKU???

Damd, memang terasa cam aku tak reti buat kerja kaa..Hello aku dah kerja 7years okay...Aku tahu laa apa yang aku buat..Better bagi in small size kalau dia tak terima aku peduli apa (biarpun kata tak nak alih2 printkan jugak kan..cam aku x penah kena..alasan maut laa katakan..)..

STOP it nana...nanti terlebih emo plak..Okay fine Aku stop kat sini.. FULLSTOP!!!

Rabu, 13 Oktober 2010

Volume 108 has arrive!!!


Yahoo..magazine dah keluar..Anda boleh miliki Magazine terbaru di pasaran..Okay, tahu mengaku salah, bulan nie agak kelam-kabut akibat cuti raya yang diambil agak lama..Tapi alhamdulilah, bos bagi kelonggaran dimana our deadline dilanjutkan..So next month, our team kenalah bertungkus lumus mengejar deadline seperti sediakala..Auchhh..

Okay, this issue aku diberi tugas untuk menyiapkan dua feature car. Okay laa..dari tak de langsung.Otak nie jemu jugak asyik ngadap artwork yang macam hapa jee..

This is the 1st feature car yang diberikan oleh aku untuk issue kali ini..Agak teruja jugak bila melihat kereta ini..So, tak sampai beberapa jam, terus the idea melonjak-lonjak di benak fikiran nie..Maka, ini la yang terhasil..

Yang ini pulak merupakan feature car yang kedua dan diberikan pada hari yang sama..Okay, yang ini dihasilkan pada ke-esokkan harinya..Kereta ini tak memberi impak yang kuat bagi diri aku, mungkin gambar-gambar yang aku terima agak kurang garam bagi diri aku..Oleh itu, hasil yang dilaksanakan tak banyak beza dari yang sebelum ini...

Pemilihan color, macam sama kan? Yup memang sama..Pada mulanya nak pakai warna Putih tapi bagi aku macam ishh terlampau kosong..Bila melihat pada tajuk article "ROYAL HIGNESS" dan tanpa segan silu, aku pun pilih warna kuning..Pada mulanya tak perasan tapi bila dah keluarkan mock-up baru perasan. Editor plak tak kata apa..Just go-a-head je laa...

So, anda jangan lupa kay, just grab one copy kat kedai buku..Bulan nie anda pasti tak kecewa apa yang disediakan oleh kami...And, ohhh our new project car has begin..Kereta 335i...So, apa lagi..Belilahh..hehehe

Isnin, 20 September 2010

Rezeki Bulan Ramdhan

Alhamdulilah..masuk-masuk je kerja pagi tadi. Tup-tup aku dapat a good news from my marketing... Alhamdulilah artwork aku yang telah aku create bulan lepas (dan dah dipublishkan di magazine) telah mendapat sambutan hangat...Wahh ayat tak bleh blah...

Okay, a good news yang aku rasa happy sangat-sangat adalah, that company sanggup bayar aku for the artwork..Mak datok terkedu..nie laa kot dinamanya rezeki. Dia punya orang atasan approve to take the artwork as brochure for company depa..



And now aku dapat lagi satu project dari company yang sama..But product lain plak..Kali nie pasal Wiper plak...Hukhhh kena pikir fresh idea laa plak...

nota kecil : hari nie my first day masuk kerja lepas 10hari bercuti... so harap-harap otak nie dapat keluarkan a new fresh idea laa..hopefully...

Rabu, 25 Ogos 2010

[Artwork] Symbol of Quality

2010 | MICHIBA ADVERTISEMENT | HYPERTUNE MAGAZINE


Ini merupakan artwork buat kali yang ke-tiga telah aku design untuk client ini. Tak salah aku setiap tahun aku diberi tanggungjawap untuk design every single concept.

Kali ini, artwork nie mengambil masa selama 3hari. Dimana pada hari pertama aku dikehendaki mencari material for the artwork. Di-ikuti hari ke-dua baru aku memikirkan akan concept. Bagi aku kali ini, concept yang ingin aku ketengahkan agak berlainan berbanding artwork sebelum ini.

(tak salah aku artwork sebelum ini aku ada publish di entry sebelum-sebelum nie.. Kalau nak tengok just click category advertisement.terima kasih)

Bagi penggunaan warna pulak, aku telah memilih earth color  manakala line merah pulak aku gunakan mengikut warna corporatenya. Aku sengaja pilih warna merah bagi menaikkan lagi minat pembaca pada product ini.

Alhamdulilah, client nie agak berpuas-hati dan telah approve the concept.  Cuma ada lah sedikit pertukaran dimana terdapat mistake dari segi ejaan pada nama product. Kini artwork ini dapat di-publish di magazine hypertune issue 107. Yeaa..

Khamis, 1 Julai 2010

#003- Untitled

Publish : Hypertune, Shift & Xtreme Kars

Publish : Hypertune & Shift

Setelah kali kedua aku ditugaskan untuk menghasilkan artwork dari company diatas. Kali ini, buat kali ketiga mereka telah memberi kepercayaan yang amat tinggi bagi aku untuk menhasilkan artwork.. Terahu jugak bila diberi tugas yang amat berat.

Tapi kali nie amat berbeza dimana hasil kerja aku perlu menerima kelulusan dari pihak singapore. Artwork dah dihasilkan cuma tunggu approval sepenuhnya..

Insyallah aku akan publish pada entri yang seterusnya..

Selasa, 18 Mei 2010

#002- Untitled

2010 | M7 CONGRATULATION ADVERTISEMENT  | M7 BOOKLET
- Pada mulanya, aku create artwork nie dengan design yang agak lain dimana aku mahu inginkan secara classic.
- Di-ubah mengikut citarasa editor. Dan terhasillah artwork dibawah.

2010 | WING HIN MOTORSPORT ADVERTISEMENT | HYPERTUNE MAGAZINE

Selasa, 20 April 2010

#001- Untitled

auuwww, baru ada masa nak update belog nie... Okay agak sibuk sejak minggu lepas lagi. Bukan sengaja menyibukkan diri tapi memang sibuk okay..

Okay hari nie aku dapat siapkan satu artwork from new client... Auww mengambil masa yang agak lama.. Peh dalam 3hari dohh.. Dengan alasan. Sehari mencari material for the artwork. Sehari lagi plak elektrik di office nie terpaksa diputuskan demi menjaga keselamatan kami sebagai pekerja kalau dak sahih kami semua mati rentung doh.. Akibat terpaksa menutup bekalan elektrik - penggunaan elektrik yang berlebihan.. Sehari lagi baru dapat siapkan artwork nie...

So mahu publish my artwork yang baru siap cuma tunggu approval from the client.. (doakan the artwork will be approved. Kalau dak, haiyaa mau perah lagi laa otak nie..)

2010 | REV ENTERPRISE | SHIFT MAGAZINE

Selasa, 30 Mac 2010

Berita menarik menanti aku

Huk..Aku Ingatkan minggu nie dan/sempat laa untuk aku rehat dari aktiviti baking. Alih-alih tadi petang aku call kak su, and she told me that(before that kak su ada tinggalkan missed call) Jusco nak order lagi cupcakes yang sama on this saturday.. Huk..betul ke..? atau aku tak percaya cinta cerita yang aku dengar nie..

Happy pun ada. Suka pun ada..Syok sendiri lagi la ada..Alhamdulilah rezeki nak kawin kot..Amin.. Yang tak best depa nak hujung minggu nie..Owhh, kena call kak chik sat lagi nak tanya how many cupcakes that has been ordered from them. Owhh, yang pasti kali nie depa (diaorang) tak nak bunga jenis fondant. Tapi depa nak jenis buttercream.. Okay aku kena belajaq benda baru lagi..Sukanya..tambah lagi laa knowledge dalam bidang baking..

Huk, Minggu depan pun ada lagi order for wedding.Tapi tak banyak only 16pcs kot..Okay kena check balik..Kang tak pasal-pasal kalut lagi.. Kali nie the customer nak jenis Branded Stuff. Contoh : Handbag, High Heels. Huk cabaran buat aku lagi skali nie. Kena buat figuring plak tuh. Tak pa cuba, dah namanya cabaran. Nana kan suka benda-benda mencabarnie kan..Hehehe. Okay, nanti dah siap aku update kay. Now aku nak share gambar which ahad lepas aku dah siap deco and dah siap hantar dan dah masuk dalam perut depa kot.. Ohh, yang order tuh dari Jusco Cheras sebanyak 150bijik..


Lagi 50bijik of teddy's tak sempat nak snap picture. Sebab ada kisah yang memang buat aku nak balik badan nie kat dinding..Huk...Benci.. Nanti aku cerita kay..Sekarang kena quit sebab ada artwork baru masuk. See you later..Daa..

Owh nak update pasal kerja grafiq plak..
2010 | GISMO & BLACKJAX ADVERTISEMENT | HYPERTUNE MAGAZINE

Rabu, 17 Mac 2010

TOMS MOTORSPORT artwork

Advertisement nie merupakan my first artwork which i've created for the client.  Last 3days ago, my marketing asked me to create the new artwork plus some fresh concept for the client.

The artwork has been design. Meh aku mahu share ngan korang. But don't know yet the concept accepted or not.

2008 | TOM'S MOTORSPORT ADVERTISEMENT | HYPERTUNE MAGAZINE

My first artwork and has been published at their website..

2010 | TOM'S MOTORSPORT ADVERTISEMENT | HYPERTUNE MAGAZINE

Khamis, 28 Januari 2010

Dua Kisah yang berlainan...

Agak lama aku tak update belog ini biarpun baru seminggu aku tak update kan...

Aku ingin kongsi dua kisah cerita yang berlainan. Pertama tentang kehidupan aku (ecehh ayat skemanya)..Kedua pulak pasal kerja aku..

Okay kisah pertama...

Setelah sebulan aku tak mengasah bakat aku. Tiba-tiba dua hari lepas aku telah menerima satu panggilan telifon yang agak memeranjatkan diri aku jugak laa...Dimana aku telah menerima tempahan sebanyak 100bijik cupcake. Wow...yang paling aku happy. This customer merupakan first customer aku masa dulu. And now she come back to order the cupcakes..Yeaaahaaa, alhamdulilah....(berguling-guling macam cerita hindustant menandakan aku terlalu happy...hahaha). Dengan selamatnya, aku telah menghantar cupcake tuh pada puan order. Dan dia mahu order untuk Febuary nanti. Insyallah..mungkin rezeki nak kawin kot gamaknya kan.. :)

Semalam, kak cik call. Dia cakap ada orang nak order cupcake lagi. But only 9pcs including figuring. Haishhh.. Aku bab-bab figuring nie memang aku akui yang aku memang benggap sikit. Ye la, dah lama tak asah bakat dalam bidang menguli "plastersin" nie. Aku rasa last aku menguli plastersin nie masa aku umur 8tahun kot. Wallawei, dah 20tahun lamanya aku tak sentuh benda alah tuh. And now, aku terpaksa sentuh akan kemahiran menguli nie. But bukan menggunakan plastersin tapi menggunakan fondant. Semalam, aku ke rumah kak cik untuk belajar buat figuring. Alhamdulilah dengan penuh kesabaran kak cik dia telah berjaya mengajar adik dia yang benggap nie.. Thank you kak cik... Jumaat nie nana akan buat THE BEST Cupcake for the customer nanti. Insyallah...

Okay, tutup bab baking-baking nie...(psstt nanti aku post gambar cupcake yang aku buat kay...)

Now aku nak share pulak kisah kedua, dimana aku telah diarah untuk menghasilkan artwork (okay itu memang bidang aku). Bawah nie merupakan hasil kerja yang telah diapprove oleh client-client aku.

2010 | MUGEN ADVITORIAL | HYPERTUNE MAGAZINE 
Advertisement ini direka bagi sebuah company tempatan. Dimana product yang ingin dijual merupakan product dari negara japan iaitu Mugen.

2010 | BMC ADVERTISEMENT | HYPERTUNE MAGAZINE
Advertisement ini direka bagi sebuah company tempatan. Dimana product yang ingin dijual merupakan product dari negara luar iaitu Italy. Sources dari brouches BMC Air filter.
2010 | MICHIBA ADVERTISEMENT | HYPERTUNE MAGAZINE
The layout was created for a local company which their promoting the car accessories.

nota kecil : aku harus berusaha demi mengumpul wang..

Rabu, 20 Januari 2010

The Philosophy of Sound

2009 | VIVA HIFI ADVERTISEMENT | HYPERTUNE MAGAZINE
This advertisement was created for a local audio company who was promoting their new audio product.



Jumaat, 8 Januari 2010

Nafas lega...Fuihhh

At last, aku dapat bernafas dengan panjangnya...

Kali nie aku malas nak celoteh panjang2. Cuma ingin berkongsi akan kerja yang dilakukan aku sejak semalam.

Okay, Inilah hasil yang telah diterap oleh aku. Okay fine kali nie aku tak banyak mengeluarkan idea dengan alasan gambar yang aku terima sudah cukup cantik. Ini memudahkan kerja aku dengan tidak payah bersusah payah mengeditkan gambar. Alhamdulilah, editor aku telah "approve" hasil aku. 1st time tak payah nak ubah apa2.Amin


Ini merupakan gambar pemenang tempat ke-3 Miss Hypertune 09/10. Dimana aku ditugaskan untuk mengedit gambar yang diberikan.


Dapatkan keluaran baru di pasaran. Anda pasti tak menyesal kerana isi kandungan kali ini agak menarik. Yeaa...

Macam nie la tiap2 bulan bila selesai kerja atau deadline. Anda mungkin agak terkejut kalau tengok gambar dibawah nie..hehehe buat yang ada sakit jantung atau pankreas baik pakai cermin mata hitam. Bleh kurangkan skit penyakit sakit mata anda nanti (heh nana apa kena sakit mata dengan penyakit sakit jantung haa)... Okay tarik nafas panjang2...

Yaa mari tonton drama minggu ini...



gambar yang malas nak edit..hehehe

nota kecil : next entiry aku akan publish sedikit sebanyak hasil kerja aku bagi tahun 2009. Insyallah.. Tunggu yek..

Rabu, 16 Disember 2009

T.H.A.N.K Y.O.U

Bulan nie merupakan musim dimana ramai orang mahu menamatkan zaman bujang. Yaa musim dimana sahabat-sahabatku berkata musim mengawan..

Bila kita pergi kenduri kahwin mesti kita akan dapat buah tangan atau door gift yang dihadiahkan oleh keluarga pengantin buat tetamu. Yaa, setiap door gift mesti disertakan kad terima kasih/ thank you tag. 
Dibawah merupakan Thank You card yang telah aku design.

ini merupakan tag yang kedua yang telah aku design.

Size :  70mm x 30mm
Text : Can be edited
Color : Full Color offset
Final Print : 100pcs (min), 500(max)

Availability : Available
ini merupakan design tag yang pertama yang telah aku designkan, dimana aku telah design buat Zahfiraneka sempena masjid perkahwinannya. Dia telah memilih warna hitam putih sempena tema perkahwinannya. Sila Klik di sini.. untuk melihat hasilnya.


Concept : Damask
Size :  38mm x 38mm
Color : Black and Magenta
Final Print : Printed by customer

Availability : Available



Concept : Vintage
Size :  55mm x 30mm
Color : Black and Fuchsia Pink
Available : Still Available

Jumaat, 6 November 2009

Akhirnya...Semuanya Berakhir...

YEAA....sorakkan kegembiraan dari aku..

Aku baru je selesai siapkan banner yang 2 hari lepas aku penah buat kekecohan kan...

Alhamdulilah, idea yang telah aku serapkan ke banner diterima dengan sepenuhnya (ye laa dah lambatkan..mestila kena accept).

Kali nie concept aku, memang aku rasa tak best sangat la..janji ada concept yang kena-mengena dengan MISS HYPERTUNE.

Okay, aku tak nak cerita banyak2... so aku nak tunjukkan la banner yang dah aku siapkan..


nie salah satu banner yang telah aku siapkan.. yang lain pattern sama, cuma size je lain...

Nota kecil : Aku benar-benar nak tahu akan comment korang terhadap hasil karya aku nie.Sekian Terima kasih... haa sebelum terlupa..tommorow night, don't forget to come..you can chill out with lots of babes..Yeaa FREE ENTRY also..

here the maps of Mist Club, where you can go...

Rabu, 28 Oktober 2009

Robot Penyelamat Dunia..

Kali nie aku cuma nak kongsi artwork yang aku baru selesai create. Alhamdulilah this time my client tak manyak songgeh (kerenah) terus approve.

Before this the concept my marketing has discuss with the client. And they agree with it. Lepas dah dapat concept, then baru i receive the things. Masalah yang aku hadapi. Aku tak de apa2 material. I need to search it. Seharian gak la nak cari material. Lepas dapat, terus bikin & the artwork took 2 hours (kan aku cakap 2 hours. tapi bila nak kira keseluruhannya ambik masa 2hari laa).

Concept : Robot Security System
Tools : Psd. (Photoshop) + Ai.(Illustrator)
Time : 2hours.
Model : Robot Hand.
Advertise : Backcover for Hypertune Magazine

nota kecik :  lepas nie aku tak nak pakai words p.s cam tak best plak. So i want to change it to "nota kecik". hahaha pelik2 ehh ko nie nana..

nuffnang