nuffnang ads

ads sense

Memaparkan catatan dengan label Da'Grafic // Relationship. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Da'Grafic // Relationship. Papar semua catatan

Isnin, 14 November 2011

Perpisahan yang dipinta

Wahh, title giler punya sentimental...Memang aku tak mintak untuk berpisah dengan En. Y..tapi memang terpaksa berpisah.. Okay, okay jang pikir yang bukan-bukan...kami berpisah bukan untuk selamanya tapi berpisah sebab En. Y terpaksa menjalankan tugas yang perlu dilaksanakan...

Ingat lagi, masa En. Y hantar aku balik ke rumah tok ketua (sebelum nak bersalin). Masa En. Y nak balik ke Kuala Lumpur, time tuh tak lagi emotional..Tapi bila malam menjelma, tetiba sayu plak rasa hati nie... Haa ambik kaw, tetiba air mata jatuh menitik kat pipi...Aduhhh, masa tuh aku terfikir kenapa bleh jadi terlebih emotional... Before this aku dok rumah kak su tak balik dan tinggalkan En. Y sorang diri tak plak nak menagis macam nie. Mungkin jarak memainkan peranaan jugak kot?

Selepas aku bersalin, En. Y dah ambik cuti selama 10hari (termasuk sabtu, ahad dan cuti raya qurban yang jatuh hari isnin). Pada permulaan tak plak rasa rindu.. tapi bila 3hari before dia nak berangkat ke kuala lumpur.. En. Y slalu cakap kat anak dia..

"Abah dah nak balik sabtu nie...Jangan naughty..naughty dan jangan susahkan mama dan maktok tau..jadi anak yang soleh.." Tuh laa tiap-tiap hari pesanan dia pada si kenik.... Si kenik plak macam faham, mata klipok, klipok tengok muka abah tuh...

Kalau tak dia cakap nak balik sabtu malam ahad tuh jugak..tapi mungkin sebab berat hati nak tinggalkan anak, dia buat keputusan nak balik ahad petang... Alasan, kalau dok rumah nanti boring tak tau nak buat apa.. So hari sabtu tuh dia bangun awal sangat... Aku tak mintak tolong tengokkan anak, dia dah tercegat dok sebelah katil anak...Ngadap laa muka anak tuh sambil sembang ngan anak (biarpun anak dok tidor).. Bukan takat tuh ja, bila aku buatkan susu, dia yang slalu cakap panic nak susukan anak terus volunteer diri nak menyusukan anak.. Memang lain sungguh En. Y masa nak balik tuh...

Malam sebelum En. Y nak berangkat, kes yang sama berulang kembali...tapi kali nie lagi teruk.. Wahhh, aku emotional depan-depan En. Y terus...Tak dak dah nak cover-cover comey... Aku tau En. Y pun berat hati nak tinggalkan kami dua beranak (aku dengan si kenik).. Mana taknya selama 10hari dia cuti semasa aku bersalin nie..Ini lah pertama kalinya dia datang tido dekat ngan aku... (Wahh, kalau orang tua-tua dengar mau kena aku nie..Orang pantang mana bleh tido ngan suami...mau kena halau si suami tuh). Time tuh memang terharu, sayu..semuanya ada laa.. Mana taknya dia bisik kat aku suruh jaga diri dan anak elok-elok... Wahhh...mana tak nagis woo..masa aku pantang 10hari, En. Y banyak tolong aku.. Tolong aku ikatkan bengkong (sampai rampin..gara2 nak badan bini macam mula-mula dia jumpa dulu), tolong asahkan buah pala, then sapukan kat badan aku.. tolong jagakan anak bila aku tido... tolong tukarkan lampin (boleh kira la skali dua dia tolong..huhuhu).. jadi pak guard pada aku dan si kenik tiap-tiap malam...

Aku cut the story..

Hari ahad (Semalam laa), dia suruh bapak aku hantar dia pukul 10pagi. Tapi apakan daya, kekecohan berlaku kat dalam family aku. Dimana adik aku kena tahan kat hospital..So dia postpone perjalanan dia ke waktu tengah hari.. Time tuh la dia belek sungguh anak dia... Sat-sat dukung anak..sat-sat belek anak... Pukul 1.00tgh hari mood dia nampak macam berubah. Nampak Macam moody je.. Mata nie dah macam nak nagis..Tapi biasa laa nak jugak cover comey...

Bila papa cakap jom ja (tanda nak hantar laa)..terus dia sua tangan untuk aku salam..tak sempat aku nak angkat muka. Dia terus tarik tangan dia suruh aku masuk dalam..Aku cakap aku nak hantar dia kat depan gate..Dengan nada agak tegas suruh gak aku masuk...Aku tengok dari pintu rumah. Dia tak toleh dah belakang... Melulu terus jaa naik kereta... Waa lagi sebak woo gaya macam nie..

Adik aku cakap, sebab kenapa lelaki buat macam tuh??? Sebab depa tak nak tunjuk depa tengah sedih... Kalau depa toleh, sure air mata akan turun punya... Yeke? Mungkin kot sebab lelaki pun manusia. Cuma yang bezakan lelaki dengan perempuan adalah ego depa jaa.. Tuh pendapat aku laa...tak tau la kot2 ada pendapat lain kaa...

Agak-agak korang penah tak alami situasi macam aku nie?


Really miss you sayang... (Last picture before dia nak balik KL)

Khamis, 10 November 2011

Kisah Dogeng Kehidupan...

Dulu aku selalu berangan nak miliki keluarga sendiri (Giler punya gedik kan aku time remaja dulu..hahahha).. Berangan punya la dasyat nak punya suami yang baik dan pandai jaga hati aku..Kaya,Jutawan (Haippp mengada-gadanya. Nak hidup mewah jaa) Yang paling penting aku slalu berangan aku nak punya anak sendiri..

Pelbagai jenis lelaki telah aku kenali.. Semua masih aku ingati dimana semua nie berikan aku satu kesabaran. Dari situ buatkan aku jadi lebih matang bagi mengenali lelaki.. Sehingga la aku tak sedar dimana jodoh aku adalah kawan (lelaki) yang sanggup tunggu aku bertahun..Yup that's En. Y.. Semua tuh memori terindah aku dengan En. Y..

Dari salah bagi number fone kat IRC. Kami berkawan as a best friend. Lepas tuh terbukak pintu hati nak bagi dia dekati couple laa kami..Hubungan kami semakin serius dia terus jumpa keluarga (merisik sendiri tau..dasyat giler laki aku nie..tak pakai dah orang tengah)... Kami bertunang. Kemudian kami di ijab-kabulkan. Jalan hidup kami nie, telah mengambil masa agak lama. Tak salah dekat 10tahun tau aku kenal dengan En. Y..Lama kan, tapi couple tak lama hahahhaha lebih kurang 3tahun je...

Then, aku telah mengandungkan si kenik..Dan Alhamdulilah pada 3hb November 2011, si kenik tak sabar nak tengok dunia, pada pukul 10.05malam sikenik selamat dilahirkan...

Wow..bila dikenangkan balik.. Ini lah jalan hidup aku..Dan alhamdulilah, impian aku nak miliki family yang aku idamkan ditunaikan oleh Yang Maha Esa. Amin. Bila aku dengan En. Y borak akan kisah hidup kami..memang kelakar pun ada..Dan tak pernah sangka dia la jodoh kita.. Aku punya laa carik sampai ke serata malaysia..Alih-alih orangnya sebelah kita jaa..Kan...

Bagi aku, yang penting kita perlu ada kesabaran... Aku tak pernah terfikir yang lelaki yang aku tak pernah punya perasaan adalah jodoh aku..Yup lelaki yang kita tak pernah terlintas dia lah jodoh kita (kes nie depend pada individu laa)..

Bagi aku kita jangan gopoh gapah atau terlalu ikut perasaan takut kita tak laku..Nope, insyallah allah telah berikan kepada kita pasangan yang sebaik-baiknya.. Cuma kita perlu sabar dan akur akan kisah hidup kita.. So, buat korang yang rasa jodoh lambat tuh, don't worry Allah dah tentukan jodoh kita...

Owh ya, nanti kalau aku sempat aku akan cerita detik-detik panic buat kali kedua..Hahahaha...

Introducing Si kenik - Muhammad Adam Hadhri B. Mohd Yusof
Time Mengandung..
Time Kawin

Masa Tunang...

A Few day Before En. Y merisik secara cowboy...
Masa Couple

Selasa, 12 April 2011

1weeks become formal wife...

Giler punya statement kan..Sedangkan aku dah kawin pun dah dekat 2bulan 7hari.. Sebenarnya, 7hari nie, baru aku terasa tanggungjawap as a wife... Sebelum nie, kami masih terasa didunia bujang...Hahahaha

Nak kata berat, alhamdulilah aku masih dapat tanggung lagi kat bahu comey aku nie...Ye la, rasanya sebab aku blom lagi dapat masak untuk en hubby sebab ada alasan dapur blom ada lagi (dah ada, cuma we leave it kat kampung). Cuma bagi aku yang membezakan aku masa bujang dulu adalah i had to wake early (6.30a.m) untuk kejutkan En Hubby (wahh gelaran baru nampak).... Lepas tuh, dah ada rumah sendiri nie, baru terasa nak kemas rumah. Sedangkan masa zaman bujang dulu nak kemas bilik pun dah malas (dasar pemalas tak mo ngakukan).

Pada mulanya, sebelum kawin aku slalu dok ngomel-ngomel kat en hubby aku mampu ke jaga anak orang nie... Boleh ke aku jadi isteri yang bagus (pelikkan tak pakai ayat solehah)untuk dia... Tapi, bila dah bersama dok sebumbung nie, semua keraguan aku alhamdulilah dapat diatasi. Apa yang aku tak mampu lakukan, kami sama-sama buat... (Salah satu kegelisahan masa sebelum kawin, takut suami tak mo buat kerja rumah...). Contoh mengangkat kotak-kotak dari kereta ke tingkat 3.. Memang dia tak bagi aku angkat berat langsung (nak melampau laa aku lepas niekan)...

Pengajaran yang aku dapat selepas ber-rumah tangga nie, kita perlu sama-sama bertolak ansur. Banyak bersabar sebab bila dah dok serumah, lagi mendalam laa isi hati dia kita akan tau... Dan percayalah, perbincangan perlu ada bagi nak kuatkan lagi hubungan kita...

nota kecil : ishhh bila laa aku nak update pasal kawin ni kan...Tak sabar nak story nie...Tunggu laaa yee..hehehehe

Khamis, 17 Februari 2011

Rezeki Selepas Kawin

Lari kejap dari topic pasal kawin. Lepas sehari kami kawin. Aku dapat hadiah yang penuh berharga.. Rasanya hadiah nie tak ternilai bagi aku mahupun Mr. Y...

Hadiah yang aku maksudkan adalah Mr. Y baru dapat offer a new job. Alhamdulilah, Parents aku N My sibling semua cakap "rezeki" kawin.. nie ke namanya rezeki kawin?? Mudah..mudahan la...

Kerja nie tak salah aku, Mr. Y apply masa sebelum kami tunang lagi. Lama kan...And suddenly wow dapat offer.. Memang kena admit yang nie namanya rezeki kawin laa kan... (Okay..okay aku dah admit..). Sebelum hari perkahwinan kami, Mr. Y ada dapat call yang dia kena gie ambik exam + interview. Lepas selang beberapa minggu diaorang call balik suruh buat medical check-up. Aku dengan teruja sanggup ambik half-day nak temankan sang terchenta tuh. Tapi pihak atasan cakap blom confirm dapat atau tak lagi, biarpun dah buat check-up. (That time bila dengar pasal hal nie perasaan kecewa tetap ada..). Alih-alih walla, selang sehari kami kawin Mr. Y call aku and tell me about the news. Gila masa tuh rasa macam nak menari tango je (sengal)..

Mudah-mudahan lepas nie rezeki kami akan bertambah lagi. Insyallah.. But, lepas nie aku nak jumpa Mr. Y pun dah susah sikit laa..sebab kerja yang dia dapat tuh kena ikut waktu SHIFT.. Tak pe la sayang. Yang penting awak happy with the new job. Dan yang penting banyak Benefit untuk diri saya (memang pentingkan diri sendiri bunyinya).. Hehehe

Dan semalam, dia baru hantar notice kat tempat kerja lama. Dan bos dia tak bagi dia berhenti. Ye la, pekerja yang disayangi laa katakan. Mana taknya sampai motor pun bagi pinjam.. Kan bunyi macam pekerja yang disayangikan... Mr. Y cerita yang bos dia tanya "kenapa mau berhenti.. gaji tak cukup ke?". Dia dah macam berbelah bahagi nak berhenti ke tak.. But Mr. Y dah buat keputusan lama dah. Masa dapat offer tuh aku ada cakap kat dia fikir masak2 (dalam hati aku dok doa supaya dia berhenti..Memang skali lagi pentingkan diri sendiri). Dia tetap dengan keputusan nak berhenti dan nak teruskan a new life. (wahh aku tak caya pasal motif baru dia - kerja demi masa depan isteri & anak - hat nie blom lagi ok...). Memang lain giler Mr. Y dari apa yang aku kenal.

So sayang, macam yang sebelum nie orang cakapkan. Orang akan doakan yang terbaik untuk kita. Insyallah lepas nie kita dah jarang nak gaduh lagi sebab awak kan kerja ikut shift, jarang la nak jumpa (tak pa sabtu ahad kan ada, bleh gaduh)... Dan jangan lupa, tanggungjawab awak pada orang ye..

Khamis, 10 Februari 2011

Sick...

Lepas kawin kita akan sakit ke? Ntah la, ramai yang cakap macam tuh. Mungkin stress ke, lepas tuh dah kena pie kerja plak kan. Kemungkinan besar la kan??

Dan kini, aku plak mengalami. Batuk yang berpanjangan. Naik lemas plak dibuatnya. Tak salah aku dah empat hari aku dok batuk-batuk. Masih tak hilang lagi. Dan kini, virus nie plak dah terjangkit kat Mr. Y. Haiyaa sayang, sorry to say bukan sengaja orang nak spread this virus kat awak. Tak pa orang tua-tua cakap sehidup semati..Hehehehe

Bukan takat batuk je, gusi aku bertambah-tambah sakit. Tanya farah kenapa aku rasa macam nak tercabut je semua gigi nie. Farah cakap kemungkinan masa aku pie cuci gigi hari tuh, dentist tuh silap buat dan tersentuh salah satu urat di gusi aku. Memang perit bila time nak makan.

Oh ya, smalam masa nak balik, sayu plak bila Mr. Y cakap yang Kakak ipar aku ada pesan something kat Mr. Y. Dia suruh Mr. Y jaga aku baik-baik. Kena ada tanggung jawap dah lepas nie. Biar pun kami masih tak dok sebumbung. Tapi tetap kena ada tanggungjawap as a husband. Sama-sama kena bertoleransi dan kalau gaduh tuh perlu bawak berbincang.

Insyallah hat pasal berbincang tuh dari time couple lagi kami still berbincang  bila gaduh. Kira kalau tak puas hati tuh, terus bersemuka je, payah nak simpan-simpan nanti makan hati. Dan kalau kita simpan gak akan buat hubungan kita renggang (hat nie aku ada baca kat salah satu majalah mana ntah lupa laa).

Terima kasih insyallah aku akan cuba jadi Isteri yang terbaik untuk Mr. Y. 

nuffnang