nuffnang ads

ads sense

Khamis, 10 Februari 2011

Sick...

Lepas kawin kita akan sakit ke? Ntah la, ramai yang cakap macam tuh. Mungkin stress ke, lepas tuh dah kena pie kerja plak kan. Kemungkinan besar la kan??

Dan kini, aku plak mengalami. Batuk yang berpanjangan. Naik lemas plak dibuatnya. Tak salah aku dah empat hari aku dok batuk-batuk. Masih tak hilang lagi. Dan kini, virus nie plak dah terjangkit kat Mr. Y. Haiyaa sayang, sorry to say bukan sengaja orang nak spread this virus kat awak. Tak pa orang tua-tua cakap sehidup semati..Hehehehe

Bukan takat batuk je, gusi aku bertambah-tambah sakit. Tanya farah kenapa aku rasa macam nak tercabut je semua gigi nie. Farah cakap kemungkinan masa aku pie cuci gigi hari tuh, dentist tuh silap buat dan tersentuh salah satu urat di gusi aku. Memang perit bila time nak makan.

Oh ya, smalam masa nak balik, sayu plak bila Mr. Y cakap yang Kakak ipar aku ada pesan something kat Mr. Y. Dia suruh Mr. Y jaga aku baik-baik. Kena ada tanggung jawap dah lepas nie. Biar pun kami masih tak dok sebumbung. Tapi tetap kena ada tanggungjawap as a husband. Sama-sama kena bertoleransi dan kalau gaduh tuh perlu bawak berbincang.

Insyallah hat pasal berbincang tuh dari time couple lagi kami still berbincang  bila gaduh. Kira kalau tak puas hati tuh, terus bersemuka je, payah nak simpan-simpan nanti makan hati. Dan kalau kita simpan gak akan buat hubungan kita renggang (hat nie aku ada baca kat salah satu majalah mana ntah lupa laa).

Terima kasih insyallah aku akan cuba jadi Isteri yang terbaik untuk Mr. Y. 

Tiada ulasan:

nuffnang