nuffnang ads

ads sense

Memaparkan catatan dengan label Da'Grafic // Bebel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Da'Grafic // Bebel. Papar semua catatan

Rabu, 25 September 2013

Al-Fatihah

Masya Allah, dua hari lepas terkedu rasanya bila baca kat status facebook kengkawan aku masa sek men dulu. Status dimana one of my friend meninggal dunia akibat dipukul dek batu kat kepala. Masya Allah.

Yup, kalau korang perasan kat berita baru2 nie, salah sorang polis meninggal semasa ops c4ntas. Memang terharu betul bila dapat tau that arwah meninggal.

Arwah dulu satu sekolah dengan aku masa kat penang. Tapi aku tak pernah satu kelas dengan arwah, cuma kelas agama islam ja memang 2kelas akan bergabung. Kenal arwah macam tuh ja (tegur2 macam biasa). Tapi arwah memang budak yang baik. Cuma biasa la, budak laki kalau pompuan lalu tak kacau memang tak sah la kan. (Dulu form 1- pertengahan form 4 aku sekolah campur pompuan laki. Lepas tuh pindah sekolah ke sekolah convent alor setar)

Arwah meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak. Sorang berusia 5tahun sorang lagi baru 5bulan. Aku memang salute pada isteri arwah dimana dia nampak tabah bila dapati berita pemergian suami tersayang.

Masya Allah, bila terkenang balik kenangan masa zaman persekolahan. Sayu pula jadinya. Tak sangka ajal maut tak kira usia. Mudah2an arwah ditempatkan digolongan orang2 yang beriman. Amin



Kiri sekali adalah arwah. Ambil gambar nie dari facebook kengkawan sekolah aku.

Baris atas sekali : Arwah Saiful Nuzli, 
Baris kedua dari kiri : Tak ingat nama, Arwah Zal
Barisan bawah dari kiri : Safuan dan toriq

Jumaat, 30 Mac 2012

Balik Kampung...

Selasa lepas, aku berpeluang pulang ke kampung halaman. Kepulangan aku kali nie, bukan suka2 tapi kepulangan aku adalah tujuan nak ziarah mak mentua aku. Yup, mak mentua aku kini sakit terlantar diatas katil. Mak mentua aku memang before nie memang sakit (Darah tinggi, kencing manis. Kini Buah pinggang sebelah dah rosak plak). Tak sangka last month dia jatuh kat toilet, buat dia terus tak bleh bangun.. Sedih plak tengok, tuh pasal laa aku ambik cuti dua hari balik kampung (last minute planning)... Dia slalu tanyakan En. Y bila aku dan Si kecik nak balik kampung.. So, sebab nak penuhi pemintaan dia, kebetulan plak En. Y memang nak balik kedah sebab ada hal penting yang perlu dia selesaikan..

Masa balik kedah, memang tak sempat nak spend time pie jalan-jalan carik makan Tapi, tempat yang wajib kami pie (kalau balik kedah memang wajib laa singgah) Restorant Nasi Royale Hijau Kuning.. Pehh memang En. Y akan tanya kat mana nak pie makan.. Dan dia akan tau apa yang terlintas kat kepala bila pulang ke kampung..

Nasik Royale nie memang banyak branch kat kedah. Tapi port yang slalu kami pie kat sini laa.. Macam mana nak pie? Senang jaa, ambik exit Tol Alor Setar (S). Then dari tol lepas traffic light ke dua, belok kanan. Lepas tuh, terus sampai nampak belah kanan ada Petrol Station BP.. Kena buat U-Turn.. Tara kat Petrol Pam BP tuh memang akan nampak signboard NASI LEMAK ROYALE.. Kalau rasa sesat, korang bleh tanya orang. Gerenti orang kedah memang tau laa kat mana letaknya tempat nie..


Kita lupakan favourite food aku tuh, masa balik rumah pak ketua dapat laa aku spend time ngan anak buah aku sorang tuh (best friend adam..). Sapa lagi kalau bukan si boboyot (nama Rafiq Danish. Tapi badan memang fuhh mantap beb...). Si boboyot nie anak my youngest sister. So bila adik aku pie kerja, mama ngan pak ketua laa ditugaskan untuk menjaga si boboyot nie...

Dua budak notty yang suka buli mak tok...

Adam : Ghafiq.. best tak dok ngan mak tok dan tok abah...?
Rafiq : Uihh best. sebab mak tok slalu suka dukung kite... Tok abah plak lagi best..sebab tiap2 hari bleh tengok citer Opera Van Java...

So, sepanjang dua hari balik kedah memang tak de buat apa pun.. Hanya time petang pie tengok mak mentua (sebab tengah hari hujan)..Lepas tuh tak dan nak singgah pie mana dah.. Nie tak tau bila laa nak balik kedah lagi.. Tunggu raya laa alamatnya.. 

Sabtu, 31 Disember 2011

2011 + 1 = 2012..

31st December 2011

Besok kita semua akan melangkah ke tahun yang baru. Maka terbitlah azam baru didalam jiwa masing2.. Bagaimana pulak azam yang lepas iaitu azam tahun 2011? Sudahkah ia dipenuhi?

Kebanyakkan blogger2 kini sibuk buat wishlist bagi azam tahun baru. Macam2 wishlist yang diaorang tuliskan. Dan kebanyakkannya ingin memajukan diri masing2 menjadi manusia yang berguna. Termasuk aku jugak, aku turut punya azam pada setiap tahun. Azam dimana aku ingin menjadi manusia yang maju pada masa kelak. Alhamdulilah, azam aku sejak tahun 2008 yang telah lama tertunda kini sudah pun aku penuhi. Azam dimana aku nak kawin sebelum aku melonjak ke usia 30tahun telah terlaksana pada tahun ini.  Oh, bukan tuh je azam aku nak punyai anak sebelum usia 30tahun jugak telah aku laksanakan.. Alhamdulilah, dan thanks to En. Y sebab kotakan/ laksanakan azam aku..hehehhe

Maka tahun 2012, aku harus punyai azam yang baru.

1. KERJAYA
Azam dimana aku perlu memperbaiki kehidupan aku bukan sekadar perseorangan, tapi kini kehidupan sebagai isteri dan jugak ibu. Azam dimana aku perlu utamakan kepentingan anak lebih dari diri aku. Ya, azam aku kali nie aku nak majukan diri aku lebih baik sebagai seorang pekerja. Aku nak lebih bertanggungjwab (insyallah) dan berdisplin. Tak nak dah main2 semasa betugas. Ini bagi masa depan anak aku kelak.

2. BISNESS
Apa lagi azam baru aku? Aku ingin cuba memajukan diri aku dalam bidang bisness perbikinan cupcake (insyallah). Yang nie dah mintak restu sang suami, adakah aku boleh sambungkan bisness yang almost setahun aku tinggalkan. Maka jawapan yang diberi alhamdulilah mengalakkan. Cuma aku perlu bahagikan masa demi kerjaya dan jugak keluarga. Insyallah aku akan cuba usahakan ye sayang..

3. KELUARGA
Yang ini, sepatutnya aku harus letakkan pada tangga teratas. Tapi bagi aku tanpa perkara yang atas, azam yang nie kemungkinan tak akan terlaksana.. Aku nak jadi seorang isteri yang lebih bertanggung jawab. Bukan nak kata sebelum nie aku langsung tak bertanggung jawab. Tapi sejak punya anak nie, tanggungjawab aku sudah lebih. Aku perlu bahagikan masa aku pada anak dan jugak suami.. Benda ini agak baru bagi dunia aku. So maka aku perlu berazam untuk memelihara keluarga aku supaya jadi keluarga yang bahagia (insyallah).

Bab masak plak.. Hmm, sejak kawin lagi aku berazam nak masak untuk suami. Alhamdulilah terlaksana. Cuma mungkin aku kena lebihkan azam nie supaya memperbanyakkan makanan kat atas meja makan tuh. Jangan sekadar nasik goreng je.. Kang muka suami tuh dah jadi muka nasik goreng..Haa parah ang nanti nana..hehehehe

Bab sebagai ibu pulak.. Yang nie aku berazam nak berikan fully breastfeed kat anak aku. Tapi yang nie aku perlukan kelonggaran sebab selama 3bulan aku perlu tinggalkan si adam kat mama. Ini demi keselamatan dia pada masa hadapan. Kes nie, aku akan cuba sedaya upaya untuk perah my Miss B supaya miliki susu yang cukup buat adam. Kalau tak, alamat si adam kena minum susu lembu (formula milk) sebagai mak angkat dia laa..Huhuhu.. So aku perlu kuat semagat dan banyak berdoa agar aku perolehi susu yang cukup buat si adam..

Hmmm.. Aku rasa cukup la azam aku kali nie. Aku tak nak buat azam banyak2. Takut nanti tak tertunai pulak.. Doakan agar aku laksanakan azam untuk tahun baru yang akan datang.. Amin

Khamis, 24 November 2011

Pengubat Rindu....

Wahh, almost 3weeks aku tak jumpa ngan dua budak kenik nie...Sapa lagi kalau bukan cik ain dan laila... Ohh, terasa rindu plak kat diaorang dua nie.. Ye la, masa sebelum ada si kenik aku mereka dua la tempat aku menagih kasih sayang...

Hari nie, insyallah kerinduan aku akan terubat sebab dua kenik nie nak mai rumah mama.. Ye lah cuti sekolah kan, time nie la depa nak ambik peluang mai rumah mak tok depakan... Kalau tak daddy depa tak kan benarkan depa balik kedah. Bukan apa, daddy depa of coz akan terasa rindu yang teramat.. Depa dua nie memang pandai ambik hati...

Selama aku berpantang kat kedah nie, kak su tiap-tiap hari kak su call aku, masa tuh sure depa akan tumpang sekaki nak jugak cakap ngan aku.. The best part, cik laila nie sebelum aku balik berpantang kat rumah mama. Dia lah orang yang slalu buat aku hangat hati.. Mana taknya, kalau aku mintak cium atau peluk.. Mesti dia akan buat aku sakit hati sebab bukannya nak peluk atau cium aku. Tapi dia akan peluk dan cium mama dia atau En. Y... Mana tak hangat hati (marah) kan... Lagi satu, mungkin dia nyampah kot tengok muka nie tiap-tiap hari mesti akan singgah kat rumah kak su, melepak sampai ke malam..Then baru nak balik.. (Huhuhu, alasan sebab apa aku dok lama rumah kak su sebab suami balik lambat...)

Tapi, bila dah lama tak jumpa..Baru aku dapat rasa dia betul-betul rindukan aku..(Haa cik laila..baru tau kan mak uda nie penting kalau tak dak..hehehe). Kan aku ada cakap bila kak su call depa akan tumpang sekaki nak jugak cakap ngan aku kan... Tau apa yang cik laila cakap.. "Mak Uda, i miss and love you so much"

Auwwww..terharu laa plak...Bukan takat tuh ja, terus rasa rindu dan tak sabar nak jumpa dengan depa dua.. Cik Ain tok sah cakap la..memang aku tak tau value sayang dia betul ka tak..Sebab kalau jumpa aku ja mesti cakap i love you jaa...

Hai laa anak menakan kesayangan mak uda..cepat-cepat la balik kedah..Mak uda really love and miss both of you so much...

Tengok muka depa pun dah terasa rindu..

Jumaat, 18 November 2011

Nor Ain First Concert...

Entry nie hanya sekadar untuk aku buat as a kenangan sahaja. Entry kali nie mengisahkan my favourite anak menakan sapa lagi kalau tak Norain Zahara.

Yup, entry kali nie adalah tentang her 1st concert at her school.. The best moment bagi aku. Tak sangka anak buah aku nie dah besar. She's 5 years old. Ingat lagi masa mula-mula kak su lahirkan si norain. A day after aku dapat my vivi.. Semua kenangan tentang norain akan terlekat di minda aku. Mana taknya, dari baby sampai la dah besar aku yang besarkan dia (haa la, dulu aku dok ngan kak su...kak su nak keluar ngan abg ipar aku, sure akan suruh aku jagakan si ain nie..). Cik ain nie dah kira macam anak angkat aku laa... Sayang dia memang tak dapat aku tandingi ngan anak-anak buah yang lain (oppsss, mau anak menakan hat lain marah plak bila tau akan statement nie)...

Okay berbalik pada cerita asal. A day before her concert. Malam tuh dia ada pesan kat aku supaya aku bawah camera ke concert dia.. Guess what she's said?

"Mak Uda, tomorrow is my concert day. Don't forget to bring your big camera (DSLR) okay.".

Mak aihh.. dak kecik nie dah pandai nak demand ngan auntie dia noo.. BIG CAMERA lagi tuh.. So, hari yang dijanjikan sampai. Setibanya aku kat rumah kak su, kak su bagitau yang dia lupa nak pesan aku supaya bawak mai camera.. Aku cuma gelak ja..dan buat kejutan and told kak su about apa yang norain pesan kat aku...

Mak aihh..memang kak su pun naik terkejut bila dengar about that.. Guess what, bila dia (nor ain) tau aku dah sampai. The first question yang dia tanya kat aku was about the camera. As usual aku suka sakat dia, aku cakap yang aku lupa nak bawak the BIG CAMERA but aku bawak my small camera.. Hahaha kelakar tengok muka frustrated dia bila dapat tau aku lupa..

Tepat pukul 2.00 petang, dia over excited bila time nak bersiap. Ye lah, her first time nak make-up. Sebelum nie, asyik tengok kat youtube pasal make-up ja.. Alih-alih, masa concert Peter & Jane (P&J) dia kena make-up..Mana tak happy si kenik sorang nie..

Muka over excited nak pie concert

Yang nie pun tumpang nak make-up sama...Sibuk jaa si kecik nie..Dah la belemoih...Huhuhu

Kami keluar agak lambat, pukul 4petang baru nak bertolak. Dah la tuh time nak bertolak cuaca agak mencemburui kami. Hujan turun agak lebat..Auwww...kak su dah mula panic ye la tempat concert tuh kami tak familiar dekat area Amcorp Mall. Ada satu dewan sivil (Sorry tak ingat nama dewan tuh)...

Nasib baik, sampai kat tempat tuh tak hujan. Kira kami tak lewat sebab masih ada ramai parents yang datang. Aku cut the story, memang happening la concert P&J nie... Kira semua parents enjoy their self... Budak-budak pun tak meragam..Memang aku pun enjoy my self jugak laa... Yang perform masa tuh bebudak kindergarten yang berumur 5years & 6 years... 6 years old kira macam graduation day depa laa...

Kalau nak tahu best macam mana yang aku ceritakan... MEh aku kasi a few picture.. Hehehe tak banyak gambar yang aku ambik..

Before acara bermula

Main Stage..


Rasa-rasa mana satu nor ain zahara yek...

First P&J dari mana ntah..Lupa laa plak..hehehe

P&J from Mutiara Damansara..(Nor Ain Zahara punya group..)

2nd performance..Dansa lagu Que Sara Sara...



Before nak balik..Posing dulu...Erkk spoil laa nor ain kaki tuh...

Kak Su with Nor Ain...

Gambar dari Peter & Jane Facebook
Dah macam artist bebudak nie...

Nor ain...Yeaaaa

Nor ain again???





nota kaki : haipp aku tak sempat nak snap gambar ngan nor ain zahara..Haippp, sibuk sangat tangkap gambar orang lain jaa...

Selasa, 15 November 2011

Pentingnya kuah pada nasik

Pepatah baru aku reka nie. Yelah, memang kuah / gulai penting bagi menaikkan selera makan. Tup..tup kalau gulai kari ikan atau gulai ikan masin..Wow, naik nafsu makan terus tuh... Kalau takat makan nasik ngan kicap. Naik selera makan kita dak??

Haa sebenarnya pepatah tadi tuh ada kena mengena ngan diri aku dan kerja..Wahh ayat... Citer dia macam nie, Last saturday, as usual aku online facebook. Suddenly one of my colleague msg me kat facebook.. Wahh, terkejut aku dibuatnya. Ye lah sebelum nie mana ada budak office main msg2 ngan aku (Mungkin aku garang dan sombung kot..huhuhu)..

Guess what? Apa yang aku terkejut akan conversation between aku dengan collugue aku.. Hahaha, one of my client dah rindu akan artwork aku.. Aduhh mau mati pengsan aku dibuatnya... Ntah la mungkin bagi korang "eleh tuh pun nak kecoh ke. Biasa ja nuthin special bout that".. Tapi bagi aku, memang lain.. Sebab sebelum nie aku rasa diri tak dihargai. Kerja teruk-teruk untuk hasilkan artwork yang perfect. Tapi alih-alih tak dihargai macam tuh je.

Tapi orang cakap, kalau seseorang tuh tak dak. Baru lah ramai orang akan hargai. Betul tak?? So, that's it.. Kali nie baru aku terasa diri dihargai..Hahahahahha

Hahahahha, giler aku rasa hasil kerja aku biasa ja.. Tapi mungkin there's something yang depa dapat nilaikan kot.. Hahahahah, wahhh tetiba naik malu plak dibuatnya...Sat nak sembunyi bawah katil adam hadhri laaa...

Korang mesti ingat aku nie syok sendiri kan..Elehh, ye la tuh. Kalau betul tunjukkan la bukti? Nah bawah nie msg dimana aku chat ngan collegue aku..  Tadaa..sila baca dibawah okay...

Jumaat, 18 Februari 2011

Kembali ke Dunia Realiti

Biar pun dah kembali ke dunia realiti dekat dua minggu. Dunia dimana aku perlu kerahkan otak yang comel aku. Kini, aku ditugaskan untuk design a new concept bagi costumer yang baru. Biar pun dekat setahun mereka telah deal ngan aku. But bagi aku agak baru dimana mereka inginkan kepakaran (wah ayat..puji memuji nie) aku dalam untuk designkan artwork untuk company mereka (ish putar belit plak ayat aku nie..haipp)

Pada mulanya, mereka nak aku designkan artwork last month. Tapi atas sebab-sebab (okay nak kawin aku cakap) marketing aku dah janji yang bulan nie akan aku lebihkan masa buat mereka. Okay aku ambik peluang nie..

Gelisah dan kuatir jugak la aku nie..Takut-takut design aku nie direject (alah macam tak pernah kena reject kan..Mengada-ngada). Sebab diaorang ada puji one of the magazine kat malaysia bagi service baik punya kat depa (haippp...dont' dirty minded okay). So atas permintaan tuh, marketing aku nak aku bagi service baik punya kat depa.. Service dimana mereka mahukan aku design dua atau tiga bentuk design bagi mereka untuk pilih..

Haaaa..apa dua atau tiga design????  Aduhhh...nie masalah aku..Aku rasa aku mampu design satu artwork "yang best" je. Kalau mintak lebih-lebih..ayoo-yooo karawalley (harap maaf tak de maksud dalam kamus) laa diri aku nie.. Dah laa, first time aku berkerja dengan depa..Haipp demanding plak nampak..Apa laa nana, prinsip diri hang kan "customer is always right". So apa mau complain lagi haaa...

So, tadi aku baru siapkan satu artwork.. Dan kepala otak aku dah mula jam / stuck kat dalam hutan. Ishh nak ke tunjuk artwork aku nie..Alah malu laa... lain kali laa aku update pasal nie. Insyallah aku try cuba upload artwork (skali dua) nanti kay... Nak pie minum sat..Mana tau minum nescafe sat gie bleh dapat ilham..

Jumaat, 4 Februari 2011

2days?? 1 days??

Nampak je computer dok bukak, terus ambik kesempatan nak update this blog..Uihhh memang dasar tak bleh nak berengang ngan korang kan..Cheh...hehehhe..

Bila ditanya pasal perasaan. Adakah aku nervous? Hmmm ntah la susah nak describe. Dasar tak punya perasaan kan..Hehehehe. Tunggu la time kat masjid sure dup-dap kan...

Any news from me? Agak pening kepala jugak la bila nak buat majlis time CNY... Bukan apa, semua kedai kat sini tutup..Haiyaa tadi nak pie beli masking tape pun dok garu-garu kepala nak carik kat mana..Nasib laa ada satu kedai runcit nie bukak..Mau tunggu lagi, serang laa nampak gayanya. Lepas tuh tadi jugak baru siapkan hantaran. Cuma tinggal 3hantaran je lagi nak kena susun. Insyallah besok pagi harap-harap settle la semuanya... Nie nak kena call zura & rina mintak tolong dari depa laa nampak gayanya..hahaha (they're my kolej frends..) Oh ya, Mama pun dah arahkan mintak besok pagi-pagi semua kena bergotong royong bersihkan rumah. Angkut carpet dari atas rumah bawak turun ke tingkat bawah.. Lepas tuh susunkan (Standard la kalau time ada apa-apa event sure tugas nie akan diserahkan pada pihak lelaki yang perkasa..Nasib tak mintak angkat sofa, mau putus usus perut..).

Agak panic jugak, bila nafsu makan dok menguasai diri nie..Wahh panic dimana takut baju tak muat nanti..Huhuhu Okay, tak salahkan diri sendiri kerana kedah merupakan tempat dimana kami disini gelarkan Syurga makanan.. So apa lagi yang kita mau..Makan laa..Huk aloh...

Dah..dah mau tido dah pukul 4pagi nie..Bakal Pengantin wajib jaga kesihatan right..So.. kalau ada masa lagi i will update a good news lagi kay..Daaa

Masa 1st time dating..

2008

2009

Latest Picture Both of Us

Jumaat, 7 Januari 2011

TemuDuga!!!

Minggu nie merupakan minggu yang agak sibuk buat diri aku.. Bukan sibuk pasal kerja, kerja tetap banyak. Kalau tak banyak bukan namanya kerjakan. Tapi minggu dimana aku terpaksa menghadiri ke sesi temuduga..


Eh..eh tak bukan aku pegi temuduga, tapi aku menemuduga orang yang nak berkerja di syarikat kami. Haa faham?.. Wah, bunyi cam orang berkuasa di syarikat nie kan..Hehehe... Sebenarnya company aku akan kehilangan sorang pekerja yang kira boleh ngam dengan semua orang. Dan agak berat hati nak lepaskan dia. Dan dia merupakan junior aku. Yup junior graphic designer. Kira dah lama jugak laa dia berkerja almost 4years.

Berbalik pada temuduga tuh, kira ini merupakan my 3rd experiance handle those interview. Dan pelbagai ragam manusia aku jumpa. Bagi aku, ini merupakan pengalaman yang akan aku cuba simpankan. Mana tau, kot-kot dapat tawaran tempat lain, boleh la aku cuba gunakan pengalaman nie bagi sesi interview aku kelak (cheh rasanya tak pernah terlintas nak pindah atau berkerja di syarikat lain..Tak tau laa kalau-kalau ada orang nak offer ke..Hehehe.). Dan alhamdulilah hari nie merupakan hari terakhir sesi interview nie dijalankan.

Kali nie, merupakan pengalaman dimana kesemua para interview yang  hadir kebanyakkannya creatif-creatif dan datang dari pelbagai lapisan bidang. Kira gempak laa budak-budak muda skarang nie. Dan kebanyakkan yang hadir dari bidang Graffiti. Kat malaysia salah satu contoh bleh kita lihat di dinding sungai klang. Memang creatif laa bebudak-budak nie. Aku pun terpegun tengok hasil kerja mereka nie..


Ada laa a few candidate telah terpilih. Dan akan disummit ke bos nanti.. Harap-harap candidate yang aku dan partner aku suggestkan memenuhi syarat bos laa...Insyallah..So good luck buat para candidate yang hadir di sesi interview baru-baru nie. Dan syabas buat yang terpilih nanti..

Isnin, 3 Januari 2011

MELANGKAH KE TAHUN SATU..

Wah tittle, macam nak masuk darjah satu je kan..Bukan, tapi genapnya aku dengan Mr. Y bertunang SATU Tahun pada 2th Januari 2011..

Ye, permulaan baru dalam dunia kehidupan kami berdua..

Kali nie, azam aku lain dari yang lain..Tinggal sejenak azam nak sambung belajar (azam 4tahun yang sudah tuh)...Tinggal kan sejenak azam mahu bina kejayaan...Tinggal sejenak azam mahu tingkatkan kemajuaan hidup...

Kali nie, aku ingin mencorakkan sedikit kelainan..Ye, kelainan dimana aku ingin berazam nak meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang dapur... Bukan nak tukar position job ke bidang Chef..Tapi ke dunia Nak Jadi Isteri yang arif (alah senang cakap azam nak bagi buncitkan perut Mr. Y..kan)..

So, lepas nie aku dah tak nak jenguk blog pasal hal-hal peribadi orang lain. Tapi aku akan cuba menghabiskan masa untuk mengumpul akan seberapa banyak resepi. Cheh, dah bunyi cam nak bina hobi baru kan..Caya laa..

Harap-harap ramai laa yang akan bantu aku nanti ye... So sebelum terlambat aku nak ucapkan Selamat Tahun 2011 buat kengkawan lama atau baru aku...

Selasa, 19 Oktober 2010

Berhubung dengan SKYPE

Dahulu, aku rasa teramat laa sombong bila orang semua dok promote guna "skype". malah dengan sombong dan bongkaknya diri aku, aku asyik nak jugak pertahankan akan pengunaan YM amat bagus bagi menghantar barang atau file kat client.YM mudah dan user friendly..Macam-macam laaa aku dok cakap bagi mempertahankan diri agar tidak terjebak dengan kata-kata orang lain..

Tapi hari nie, aku dengan malu yang amat sangat (okay mengaku jugak)... Aku mengaku aku kini sudah mula suka akan benda alah ini...Saat ini, aku dah cuba untuk suka warna biru...(apa motif??)
sila ke laman sesawang Skype

Ye skype dimana aku rasa dah ramai para pencinta (orang yang sedang bercinta) dok guna untuk berhubung dengan pasangan depa..

Macam mana aku boleh hapuskan malu aku ini??? Punca dari one of my client tanya if aku ada tak guna khidmat ini..Dengan sombong aku mengatakan tak guna..

So she ask me to download..Aku dengan what?? (tak laa aku kata what kat dia..uihhh client tuh mau kena pelengkup sat gie parah).. Okay dengan rela hati yang berat nie..aku pun ok je laa..

Register dulu, then baru download the software..

Tunggu...Tunggu (ambik masa utk download dalam 6minit ikut pada kelajuan RAM pc anda)

Tadaa!! Nala dah download maka aku dengan terkedu bila my client try to send the file..tak sampai a few sec dah dapat (okay the file dalam 10M.b, agak berat okay)

Maka sejak saat tadi hati aku telah cair pada khidmat skype..Auchhh..parah..

Okay, skype nie lebih kurang cam YM jugak..Bleh Chatting ngan chenta hati, family atau member. Tak mo chatting atau malas nak type anda jugak boleh guna video calling tapi make sure computer anda punya VIDEO CAMERA..

Aku rasa, aku boleh guna skype nie sebab aku tak perlu call client to discribe pasal artwork. Aku boleh guna khidmat nie dah macam face to face biarpun client aku tuh dok ada kat belah selatan atau utara.. Senang kan??


Selain dari tuh, ada juga a few features..

Yang aku suka, ada khidmat Screen Sharing, dah macam share folder plak?? hmm yang nie blom try lagi..Ohh ya, kalau anda rasa2 handphone tertinggal kat rumah, anda boleh jugak guna khidmat SMS yang disediakan..tapi yang ini akan dicaj dengan bayaran 10euro kalau convert in Malaysia Currency RM43..

So aku dah tak sabar nak guna SKYPE nie....tetiba dah rasa cam jakun pun ada kan..

Khamis, 30 September 2010

Memudahkan Kerja semua WANITA!!!

Kalau cakap pasal make-up..I'm totally out from this topic..Okay maksud aku..Aku hanya tahu basic make-up which only lipstic, apply foundation and eye liner..Than kalau rajin just pun some mascara..That's it...

That's it???? Yup, aku akan terus lari bila sapa2 cakap pasal make-up yang bagi aku yang boleh sampai tahap professional..

Aku pasti korang dah dapat imagine macam mana aku kan..KAN..

Tapi bila aku terpandang one of this video...WOW..the first words yang terkuar dari mulut aku...Teruja..Terpukau..and this what i want in my life...





TERUJA KAN..TERPUKAU kan...Ini laa yang aku nak sangat-sangat..which aku tak perlu risau bila nak apply eyeshadow yang bagi aku memang payah doh..

Okay, lepas nie aku nak ke GUARDIAN grab the Beutilicious Instant Eye Shadow (ehh ye ke kat guardian or kat watson)...Siap masa driving pun bleh apply..WOW menakjubkan..

Khamis, 16 September 2010

ONE NATION ONE MALAYSIA


Tanggal 16 September merupakan tarikh dimana nama Malaya Union dibubarkan dan ditukar ke Malaysia. Okay tak nak cerita pasal sejarah. Jom aku nak share some video yang aku rasa memang sesuai untuk rakyat malaysia.

Isnin, 6 September 2010

Akidah yang Terpesong???

Bila aku bukak je facebook aku, kebanyakkan status yang tertera menyatakan hasrat kecewa rakyat malaysia pada iklan raya dari pihak media prima atau lebih dikenali sebagai TV3.

Aku pun agak pelik akan status dari rakan-rakan aku? Aku ngan agak buzy-body try search for the video and..Ohh ini ke video yang semua ceritakan..

First impression aku, amat menarik dan lain dari yang lain.. Tapi aku tak faham kenapa ramai sangat orang menyatakan iklan itu sudah terpesong..

Okay, fine aku try fikir dari sudut negatif dimana apa yang ingin mereka sampaikan dari segi terpesong tuh adalah...
1. Dari segi logik dimana penggunaan beca diumpamakan sebagai kereta santa claus. Atok tua dianggap sebagai santa claus beragama islam???
2. Agama -  Penggunaan bunga lotus melambangkan penganut cina dan pelita diatas bunga bagi agama hindu...

Lepas tuh aku cuba pulak fikir dari segi maksud yang ingin disampaikan (positif thinking) oleh director advertisement nie plak..
1. Beca - Malaysia memang terkenal dengan pengangkutan Beca. Dan masih terdapat jugak setengah-setengah negeri yang masih mengekalkan tradisi ini. Contoh di Penang dan Melaka.
Apa yang ingin disampaikan - Beca itu mewakili TV3 dimana TV3 merupakan saluran penyiaran yang menyediakan pelbagai bentuk hiburan atau berita bagi kemudahan rakyat malaysia yang berada di kampung atau bandar.

2. Penggunaan Bunga Lotus, Pelita dan Ketupat (Agama) - Bermaksud Malaysia mempunyai 3 agama atau 3 bangsa, iaitu Bunga Lotus melambangkan bagi agama Buddha yang dianut oleh bangsa Cina, Pelita pulak melambangkan Agama Hindu bagi bangsa India dan Ketupat pulak melambangkan agama islam yang dianut oleh orang Melayu (orang islam).
Apa yang ingin disampaikan - TV3 menyediakan pelbagai jenis saluran atau hiburan bagi semua bangsa.

3. Tempat Perlancongan - Sebenarnya Iklan ini menyatakan bahawa malaysia punya banyak tempat-tempat menarik dimana kita boleh melancong. Contoh Bangunan Condong yang terletak di Teluk Intan, Kuala Lumpur of coz semua tahu merupakan ibu negara bagi Malaysia..
Apa yang ingin disampaikan - TV3 sering mengadakan Jom Heboh dimana mereka telah merentas ke serata Malaysia dari utara hinggalah ke Sabah, Sarawak.

4. Manusia - Tua, Muda. Laki perempuan. Kanak-Kanak dan orang dewasa.
Apa yang ingin disampaikan - Tak kira tua atau muda. Semua generasi turut menyaksikan saluran TV3.

So bagi aku, kenapa kita selaku rakyat malaysia perlu pandang pada satu objektif sahaja. Cuba kita bukak sedikit ruang minda kita dan fikir sedikit kebaikan apa yang ingin disampaikan. jangan terlampau fikir akan negatif sahaja. Bagi aku, motif diri aku, kalau berfikiran negatif kita tak akan maju kehadapan. Dan cuba kita terima akan sesuatu perkara yang baru, mungkin apa yang ingin disampaikan punya logik dan motif yang baik buat kita..Ini adalah pandangan atau pespektif aku bagi iklan tv3 yang penuh kontroversi..

nota kecil : Aku bukan nak bikin kontroversi tapi ini adalah pandangan aku sahaja... (Aku cuba untuk publish video disini..Tapi tak dapat..Besok aku cuba lain)

Ahad, 22 Ogos 2010

I'm in love with STARBUCKS

Aku rasa macam memalukan pun ada kalau aku cakap yang semalam aku first second  time minum ice blanded starbucks...Ouchhh (*tutup muka ngan bantal)


Macam mana tetiba terasa nak minum starbucks ice blanded..? Erkk (masih dalam keadaan memalukan)

Actually, 18th August 2010 was my birthday (Happy Birthday Nana.)..So dengan hormatnya aku ingatkan yang my 3rd sister dah terlupa akan my birthday. Sebab slalunya pagi-pagi she's the first one yang akan call, and di-ikuti oleh nyanyian sumbang anak-anaknya(sapa lagi kalau bukan little Ainstein and si kenik laila). Maka masa bukak puasa aku ngan slamba tak malu terus tanya kak su..

Aku : " Kak su, have you forget something?..Erkkk tahu tak hari nie hari apa"
kak su : "Tahu..it's you birthday kan"

Maka ngan muka tak bersalah sengih seakan kerang busuk agaknya..Dan masa tuh nak je tanya, mana hadiah maka mulut agak rasa macam dah kena glue dek gam gajah. Terus lidah kelu bahasa..

The next day, lepas berbuka kak su plan nak ke tesco (alah nak buat surprise la nie..nak tebus kesalahan tak wish birthday aku kan..tapi kenapa ke tesco). So bergegaslah si kenik dua ekor orang tuh termasuk aku..Lepas je ke tesco kak su minta aku ke sunway damansara and she said that she want to go to starbucks nak belikan air and donut for little kids..(Yup, aku tau kat da'curve pun ada starbucks tapi ngan si kenik and dengan beg plastik tesco yang aku rasa dalam 10 beg tak termampu kami nak bawak ke starbucks tesco).

Sampai je kat starbucks, kak su cakap, okay kak su nak beli Java Chip Frappuccino Blended , tapi kecik punya la ekk kat nana..hehehe..Dah orang nak belikan tak kan nak menolak kan.

Maka pada hari itu jugak la secara rasmi aku, Nana Farhana akan menjadi starbucks addicted. Alasan : Erkk tak de alasan tapi aku memang suka chocolate chips dari dulu..hehehe

Oh ya, I've just found the receipe how to make the Starbucks Java Float. Bleh laa nanti kalau ada masa i would like to try..Mana tau lepas nie aku dah bleh bukak franchise ke..hahaha berangan..

Ingredients:
4 tablespoon chocolate syrup
1 tablespoon chocolate chips
2 cups club soda or sparkling water, chilled
4 scoops coffee ice cream

Cooking Directions:
In each of 2 tall glasses, stir together 2 Tbsp. of chocolate syrup and 1 cup club soda. Place 2 scoops of ice cream in each glass and serve immediately.

Selasa, 20 April 2010

#001- Untitled

auuwww, baru ada masa nak update belog nie... Okay agak sibuk sejak minggu lepas lagi. Bukan sengaja menyibukkan diri tapi memang sibuk okay..

Okay hari nie aku dapat siapkan satu artwork from new client... Auww mengambil masa yang agak lama.. Peh dalam 3hari dohh.. Dengan alasan. Sehari mencari material for the artwork. Sehari lagi plak elektrik di office nie terpaksa diputuskan demi menjaga keselamatan kami sebagai pekerja kalau dak sahih kami semua mati rentung doh.. Akibat terpaksa menutup bekalan elektrik - penggunaan elektrik yang berlebihan.. Sehari lagi baru dapat siapkan artwork nie...

So mahu publish my artwork yang baru siap cuma tunggu approval from the client.. (doakan the artwork will be approved. Kalau dak, haiyaa mau perah lagi laa otak nie..)

2010 | REV ENTERPRISE | SHIFT MAGAZINE

Isnin, 5 April 2010

LAGENDA BUDAK SETAN..

Aku pasti sesiapa yang seusia dengan aku, pasti tahu akan novel-novel tulisan dari saudara Ahadiat Akashah. Kesemua hasil tulisan novel beliau memang mendapat sambutan hangat pada zaman aku dulu. Aku tahu bila dengar je ada keluaran novel yang terbaru mesti kesemua gadis remaja (okay bukan setakat perempuan je, laki pun ada yang beli tau..) mesti begegas ke Popular Bookstore (masa tuh tak da lagi MPH) untuk memiliki novel-novel keluaran beliau.

Contoh novel yang pernah aku miliki sehingga kini, Pilot Cafe, Hikayat Cinderella, Sekuntum Bunga Sekeping Kad dan Seraut Wajah, Lagenda Budak Setan. Ada jugak laa yang aku pinjam dari kawan-kawan or library.

Memang tak nafikan kalau baca je novel-novel beliau, kalau tak keluar air mata memang tak sah la.. Aku nie sampai skrang kalau baca lagi novel-novel beliau. Sure tangkap leleh la dan akan menghayati cerita tuh atau imagine hidup aku macam dalam cerita (haa tuh pasal aku slalu baca time nak tidor..hehehe). Memang dasatkan, biasa favourite kalau bab anggan2 tuh kan..

Guess what, salah satu novel Ahadiat Akashah, akan diadaptasi ke layar perak (filem). Filem Lagenda Budak Setan akan ditayang pada tahun nie 2010 pada Jun 3hb. Barisan Pelakon : Farid Kamil, Lisa Suriati, Que Haidar, Raja Farah, Fazura. Meh aku kongsi sikit sinopsis cerita nie (diambil dari Sinema Malaysia)

Kasyah bersama rakan sekumpulannya, Sapi, Man dan Cin Cai merupakan pelajar nakal yang sering membuat onar dan terkenal kerana sering dikenakan tindakan disiplin. Mereka juga melabelkan kumpulan mereka sebagai anti perempuan. Namun, sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar baru, Ayu. Ayu telah benar – benar menambat hati dan perasaan Kasyah, membuat dia jatuh cinta. Ayu mencabar Kasyah untuk berubah dan sebagai syarat untuk dia menerima Kasyah. Episod baru hidup Kasyah pun bermula. 

Tiba masanya Kasyah perlu melakukan tugasan kajian tesisnya ke pedalaman. Kasyah berpisah sementara dengan Ayu. Azmi yang pernah mengecewakan Ayu, kini muncul kembali menagih cinta dari Ayu. Azmi hampa bilamana Ayu menolak permintaannya itu. Melalui ibu Ayu, Mak Leha, Azmi merencanakan sesuatu untuk membolehkannya bernikah dengan Ayu. Melalui perancangan Azmi, Mak Leha berpura sakit jantung dan tidak boleh kerisauan. Ayu yang serba salah terpaksa menerima Azmi dalam hidupnya, kerana bimbangkan keadaan ibunya. Ayu berkahwin dengan Azmi. Kasyah kecewa. Kebahagian yang diharapkan tidak menjelma. 

Azmi kembali kepada tabiat lamanya yang pemabuk, panas baran, kaki perempuan dan sering membelasah Ayu. Suatu malam, mereka berdua bergaduh besar. Ayu yang dipukul bertindak melarikan diri dengan kereta. Ketika memandu dalam keadaan trauma dan emosi, Ayu hilang kawalan lalu kemalangan. Ayu cedera parah. Mukanya hancur. Azmi menuntut maaf tapi Ayu sebaliknya menuntu cerai dan minta wajah yang baru. Episod baru hidup Ayu pun bermula. Ayu yang kini berwajah baru tampil sebagai Emilia. Ayu ingin memulakan hidup baru dan melupakan episod dukanya. 

Ayu / Emilia, menubuhkan syarikat melalui wang simpanan dan pampas an dari Azmi. Melalui kawannya, Suzana, Kasyah dijejaki dan dipelawa untuk bekerja dengan syarikat Emilia. Kasyah yang pada mulanya tidak menyangka apa – apa, mula mengesyaki sesuatu setelah baru bekerja. Melalui Suzana juga Kasyah mengetahui segalanya tentang Ayu / Emilia. Hubungan mereka kembali bertaut. Azmi yang sakit hati cuba mengagalkan hubungan itu kembali. Azmi sekali lagi meminta bantuan Mak Leha untuk memujuk Ayu / Emilia. Semasa di rumah Emilia, Azmi telah memukul Emilia dihadapan Mak Leha sehingga milia terjatuh dan tidak sedarkan diri. Emilia cedera parah di kepala dan hilang ingatan. Berbagai cara dilakukan oleh Kasyah dan Mak Leha untuk memulihakn ingatan namun belum berhasil. Emilia yang senakin pulih, akhirnya mengahwini Kasyah. Kebahagian yang diharapkan Kasyah tidak kekal lama. Ayu / Emilia meninggal dunia ketika melahirkan anak....

Apa kesudahan cerita Kasya dan siapa pula katrina dalam hidup kasya. Jom semua kita gegarkan pawagam nanti. Hahaha (saja buat susupen kan...)

Harapan aku cuma satu, hope filem nie setanding ngan novel (tak menghampakan). All the best for this movie..

Meh layan promo cerita nie.



nota kecil : akan pujuk Mr. Y gie tengok laa cerita nie..hehehe

Selasa, 30 Mac 2010

Berita menarik menanti aku

Huk..Aku Ingatkan minggu nie dan/sempat laa untuk aku rehat dari aktiviti baking. Alih-alih tadi petang aku call kak su, and she told me that(before that kak su ada tinggalkan missed call) Jusco nak order lagi cupcakes yang sama on this saturday.. Huk..betul ke..? atau aku tak percaya cinta cerita yang aku dengar nie..

Happy pun ada. Suka pun ada..Syok sendiri lagi la ada..Alhamdulilah rezeki nak kawin kot..Amin.. Yang tak best depa nak hujung minggu nie..Owhh, kena call kak chik sat lagi nak tanya how many cupcakes that has been ordered from them. Owhh, yang pasti kali nie depa (diaorang) tak nak bunga jenis fondant. Tapi depa nak jenis buttercream.. Okay aku kena belajaq benda baru lagi..Sukanya..tambah lagi laa knowledge dalam bidang baking..

Huk, Minggu depan pun ada lagi order for wedding.Tapi tak banyak only 16pcs kot..Okay kena check balik..Kang tak pasal-pasal kalut lagi.. Kali nie the customer nak jenis Branded Stuff. Contoh : Handbag, High Heels. Huk cabaran buat aku lagi skali nie. Kena buat figuring plak tuh. Tak pa cuba, dah namanya cabaran. Nana kan suka benda-benda mencabarnie kan..Hehehe. Okay, nanti dah siap aku update kay. Now aku nak share gambar which ahad lepas aku dah siap deco and dah siap hantar dan dah masuk dalam perut depa kot.. Ohh, yang order tuh dari Jusco Cheras sebanyak 150bijik..


Lagi 50bijik of teddy's tak sempat nak snap picture. Sebab ada kisah yang memang buat aku nak balik badan nie kat dinding..Huk...Benci.. Nanti aku cerita kay..Sekarang kena quit sebab ada artwork baru masuk. See you later..Daa..

Owh nak update pasal kerja grafiq plak..
2010 | GISMO & BLACKJAX ADVERTISEMENT | HYPERTUNE MAGAZINE

Jumaat, 26 Mac 2010

Emo bukan Elmo..

Arghhh..dah tulis dengan panjang lebar the new entry yang membuat perasaan suka-suka (bukan syok sendiri)...Alih-alih bleh plak disconnect bila aku click the button of "Publish POST"...Waaa, Kalau  entry tuh re-save aku tak kisah plus tak la membuat havoc di sini..Ini tidak.. Dia langsung hilang dari pandangan..

The entry langsung tak de wey..Wahhh... Mahu nagis woo...aku dah habiskan pagi aku dengan menaip entry yang punya rasa suka..Alih-alih bleh plak dengan suka suki hilang begitu tanpa kata Bye-bye..

Damn..terus EMO a.k.a EMOTIONAL... tunggu la bila mood nak menaip datang..Then aku karang balik the entry...Waaa... *sob..sob..

Rabu, 24 Mac 2010

NanA and the Two Bears

Wow..Bulan Mac, merupakan bulan yang agak sibuk. Sibuk dengan kerja full-time grafiq plus part-time pembuat cupcakes yang kurang berjaya gitu.

Minggu lepas aku telah join one of my sister's classes. Okay, aku bukan datang untuk belajar atau menuntut ilmu. Tapi, aku datang selaku Kak chik Assistant (mycuppycupcake). Wow, dah naik pangkat woo..hahahaha. Berangan dohh aku nie....Aku cuma jadi assistant dimana aku perlu membantu kak chik menyediakan all the stuff which she want to use for her classes. Contoh : penyediaan pekakas untuk deco, fondant untuk hiasan, butter cream for piping, boxes and papan for cakes..Wow kalau mau listing kat sini, mau penuh satu page nie... Owhh, Actually the classes is about how to make/bake/deco Teddy bear cake.

Macam mana tetiba kak chik bleh choose aku as her assistant..Haa tak sangka kan. Aku nie pun cuma join bidang nie pun tak sampai a year. Dengan kepercayaan yang diberikan oleh kak chik which aku dah penah deco sebanyak almost 4 cakes and mendapat pujian yang membuat aku telah kembang sebesar gajah (whoops terpuji diri plak..haishhh..Now dah kuncup skit).Tuh pasal kak chik panggil aku. Lagi pun the student datang lebih dari 5orang..Okay 7orang... so kak chik minta aku tolong. Mana tau kot-kot tak menang tangan nak handle. Aku bleh lah jadi back stabber back-up kak chik. Tolong jawap serta tolong menjadi mak sibuk..

Alhamdulilah sambutan mengalakkan yang datang memang seramai 7orang. Pada awalnya, aku agak kekok sebab yang datang merupakan pakar-pakar pembuat kek. Terasa diri nie agak kerdil teramat lah sangat2 (nampak sangat penggunaan tatabahasa salah). Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar. Cuma mungkin aku baru dalam bidang nie. Terkial-kial jugak la nak buat kerja-kerja decoration nie. Hope next classes aku akan cuba yang terbaek untuk menjadi assistant yang berjaya(chewahh..insyallah)
Teddy nie merupakan my second teddy yang telah aku create. Agak simple kan...? Tanpa tunjuk ajar my sifu sure takkan jadinya.. 

 Tadaa.. See.. Aku merupakan Tukang lipat kotak dan tukang pembancuh buttercream yang belum berjaya..Yeaa

nota kecil : terasa seronok bila dah terjun dalam bidang nie. Aku dapat mengasah otak dan minda aku nie..

nuffnang