nuffnang ads

ads sense

Jumaat, 7 Januari 2011

TemuDuga!!!

Minggu nie merupakan minggu yang agak sibuk buat diri aku.. Bukan sibuk pasal kerja, kerja tetap banyak. Kalau tak banyak bukan namanya kerjakan. Tapi minggu dimana aku terpaksa menghadiri ke sesi temuduga..


Eh..eh tak bukan aku pegi temuduga, tapi aku menemuduga orang yang nak berkerja di syarikat kami. Haa faham?.. Wah, bunyi cam orang berkuasa di syarikat nie kan..Hehehe... Sebenarnya company aku akan kehilangan sorang pekerja yang kira boleh ngam dengan semua orang. Dan agak berat hati nak lepaskan dia. Dan dia merupakan junior aku. Yup junior graphic designer. Kira dah lama jugak laa dia berkerja almost 4years.

Berbalik pada temuduga tuh, kira ini merupakan my 3rd experiance handle those interview. Dan pelbagai ragam manusia aku jumpa. Bagi aku, ini merupakan pengalaman yang akan aku cuba simpankan. Mana tau, kot-kot dapat tawaran tempat lain, boleh la aku cuba gunakan pengalaman nie bagi sesi interview aku kelak (cheh rasanya tak pernah terlintas nak pindah atau berkerja di syarikat lain..Tak tau laa kalau-kalau ada orang nak offer ke..Hehehe.). Dan alhamdulilah hari nie merupakan hari terakhir sesi interview nie dijalankan.

Kali nie, merupakan pengalaman dimana kesemua para interview yang  hadir kebanyakkannya creatif-creatif dan datang dari pelbagai lapisan bidang. Kira gempak laa budak-budak muda skarang nie. Dan kebanyakkan yang hadir dari bidang Graffiti. Kat malaysia salah satu contoh bleh kita lihat di dinding sungai klang. Memang creatif laa bebudak-budak nie. Aku pun terpegun tengok hasil kerja mereka nie..


Ada laa a few candidate telah terpilih. Dan akan disummit ke bos nanti.. Harap-harap candidate yang aku dan partner aku suggestkan memenuhi syarat bos laa...Insyallah..So good luck buat para candidate yang hadir di sesi interview baru-baru nie. Dan syabas buat yang terpilih nanti..

Tiada ulasan:

nuffnang