nuffnang ads

ads sense

Khamis, 17 Februari 2011

Rezeki Selepas Kawin

Lari kejap dari topic pasal kawin. Lepas sehari kami kawin. Aku dapat hadiah yang penuh berharga.. Rasanya hadiah nie tak ternilai bagi aku mahupun Mr. Y...

Hadiah yang aku maksudkan adalah Mr. Y baru dapat offer a new job. Alhamdulilah, Parents aku N My sibling semua cakap "rezeki" kawin.. nie ke namanya rezeki kawin?? Mudah..mudahan la...

Kerja nie tak salah aku, Mr. Y apply masa sebelum kami tunang lagi. Lama kan...And suddenly wow dapat offer.. Memang kena admit yang nie namanya rezeki kawin laa kan... (Okay..okay aku dah admit..). Sebelum hari perkahwinan kami, Mr. Y ada dapat call yang dia kena gie ambik exam + interview. Lepas selang beberapa minggu diaorang call balik suruh buat medical check-up. Aku dengan teruja sanggup ambik half-day nak temankan sang terchenta tuh. Tapi pihak atasan cakap blom confirm dapat atau tak lagi, biarpun dah buat check-up. (That time bila dengar pasal hal nie perasaan kecewa tetap ada..). Alih-alih walla, selang sehari kami kawin Mr. Y call aku and tell me about the news. Gila masa tuh rasa macam nak menari tango je (sengal)..

Mudah-mudahan lepas nie rezeki kami akan bertambah lagi. Insyallah.. But, lepas nie aku nak jumpa Mr. Y pun dah susah sikit laa..sebab kerja yang dia dapat tuh kena ikut waktu SHIFT.. Tak pe la sayang. Yang penting awak happy with the new job. Dan yang penting banyak Benefit untuk diri saya (memang pentingkan diri sendiri bunyinya).. Hehehe

Dan semalam, dia baru hantar notice kat tempat kerja lama. Dan bos dia tak bagi dia berhenti. Ye la, pekerja yang disayangi laa katakan. Mana taknya sampai motor pun bagi pinjam.. Kan bunyi macam pekerja yang disayangikan... Mr. Y cerita yang bos dia tanya "kenapa mau berhenti.. gaji tak cukup ke?". Dia dah macam berbelah bahagi nak berhenti ke tak.. But Mr. Y dah buat keputusan lama dah. Masa dapat offer tuh aku ada cakap kat dia fikir masak2 (dalam hati aku dok doa supaya dia berhenti..Memang skali lagi pentingkan diri sendiri). Dia tetap dengan keputusan nak berhenti dan nak teruskan a new life. (wahh aku tak caya pasal motif baru dia - kerja demi masa depan isteri & anak - hat nie blom lagi ok...). Memang lain giler Mr. Y dari apa yang aku kenal.

So sayang, macam yang sebelum nie orang cakapkan. Orang akan doakan yang terbaik untuk kita. Insyallah lepas nie kita dah jarang nak gaduh lagi sebab awak kan kerja ikut shift, jarang la nak jumpa (tak pa sabtu ahad kan ada, bleh gaduh)... Dan jangan lupa, tanggungjawab awak pada orang ye..

Tiada ulasan:

nuffnang