nuffnang ads

ads sense

Rabu, 16 Februari 2011

Hari Kekasih Sedunia...

Biar pun lambat dua hari..Tapi nak jugak kongsi..

Kalau sebut tarikh 14 Febuary. Apa yang korang fikirkan..??? Kan..

Bagi aku tarikh nie memang agak keramat. Gila berhantu bagi semua yang punya "title" BERCINTA.. Dan agak berhantu jugak bagi sapa yang tak punya "Title" tersebut... (sendiri mau ingat laa)

Yup tarikh dimana semua orang dok canang pasal Hari Kekasih... Time tarikh tuh jugak la, Penuh FB aku akan status orang dok wish Happy Valentine's Day...

Tak kisah laa korang sambut dengan sapa..Bagi aku, tarikh nie tak salah kalau (orang yang beragama macam aku - rasa2 agak kontroversi tak statement nie) nak sambut. Tak semestinya perlu sambut dengan pasangan kita saja. Tak kan kekasih hati hanya pasangan kita ja..No..No..

Sila bukak minda skit.. Cuba kita sambut V-day nie dengan Family Terchinta...Tak pun dengan parents kita..Wah Romantik kan..

Tapi aku tau, tak best laa kalau celebrate ngan apa parents.. apa barang (bahasa orang muda). Sambut laa ngan couple TERCHENTA... baru HAPPENING... Happening, happening jugak Cuma berpada-pada laa nak sambut pun. Jangan sampai mengadaikan maruah sampai atas tutup bawah nala terbukak... Haippp...

Bukan aku nak bagi ceramah apa yang salah apa yang betul. Tapi aku nak kongsi pasal aku dengan Mr. Y.. Semenjak 5tahun aku kawan dengan Mr. Y. Buat pertama kalinya sejarah dalam hidup aku dia msg aku dan wish HAPPY Valentine's Day..

*Mood - Buang tebiat ka hapa orang tua nie

(Terus balas SMS Mr. Y)

Aku :  Kenapa dengan awak nie? Awak demam ke? Hahaha..selama orang kenal dia tak pernah pun kita celebrate V-day nie... 
Mr. Y : Tak demam laa... Batuk skit je... Lagi pun saja nak wish kat dia..
Aku : Bukan masa mula-mula kawan / couple ada orang tuh dah pesan awal-awal lagi tak mo sambut benda alah nie.. Siap bagi ceramah secara percuma lagi kat kita...
Mr. Y : Laa nie dah bleh sebab dah jadi isteri...

* Bagus punya alasan laa sang suami nie bagi.. Cheh tak bleh pakai langsung...

Tiada ulasan:

nuffnang