nuffnang ads

ads sense

Selasa, 15 Februari 2011

At Last


Sejak bulan lepas aku dah mulakan operasi untuk mencari kertas kajang bagi kad kawin kami nanti. Aku ada terbaca banyak blog B2B dimana mereka ke Jalan Brunei. Dimana kat sana terdapat pelbagai jenis kedai Printing yang menawarkan pelbagai jenis kad-kad kawin serta pelbagai jenis kertas dari pelbagai jenis size / berat. Dan bagi aku memang wow..Murah jugak laa (Kena pandai nego)..

Bagi aku dimana kad kawin aku buat sendiri. Memang agak berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Dan seperti yang aku cakapkan. Kena pandai tawar. Kalau boleh  sebelum korang nak ke sana, better korang ke mana-mana kedai alat tulis dulu dan semak harga kertas jenis apa yang nak korang miliki. Dan kemudian korang boleh mintak tawar.. (Bunyi cam pengalaman je kan..hehehehe).

Nak kesana memang senang. Kalau dari Petaling jaya, Balai Polis Bukit Aman sebelah kiri manakala Penjara Pudu disebelah kanan. Akan jumpa traffic light dan belok ke kanan. Kemudian terus sampai disebelah kiri ada satu Petrol station tak salah aku shell. Then traffic light belok kiri..Situ laa jalan Brunei. 

Oh ya, sebelum aku lupa, aku nak pesan pada hari ahad kedai-kedai kat situ semuanya tutup. Sebab aku pernah ke situ hari ahad. Kalau boleh pergi hari sabtu sebelah pagi sebab kebanyakkan kedai kat situ bukak setengah hari. 

So, kini aku tengah dalam proses untuk mencetak kad kawin aku. Aduhhh nampak gayanya, malam nie aku tak tido malam laa...kena jaga printer...Huhuhu

Tiada ulasan:

nuffnang