nuffnang ads

ads sense

Ahad, 5 September 2010

(Musim Kedua) Raya datang lagi

Selalunya bila dah tinggal beberapa hari je lagi nak menjelang hari raya..Perasaan tak sabar nak pulang ke kampung akan terpancul di ruang hati ini.. Bukan aku je, anak-anak perantauan macam aku mesti la punya perasaan macam nie kan...

Time nie laa kalau dengar lagu Balik Kampung, Mak aihh mau satu KL boleh dengar sora kita jaa menandakan tak sabar kita nak balik kampung kan..Kan..Kan..

Tuh dulu...tahun nie bagi aku ada sedikit kelainan dalam diri aku..Yup perasaan aku tak sama macam tahun-tahun lepas...Perasaan Hiba tetiba menyelubungi benak hati nie..Aku rasa macam nak je pause akan putaran masa..Tak mo biar masa tuh berdetik laju menandakan besok hari akan menjelang..

Okay, kenapa perasaan nie bleh muncul..Mengada nak muncul-muncul plak kan..

Aku rasa sapa yang akan menamat zaman bujang tak lama lagi..Mungkin punya perasaan nie..Atau aku je kot yang terover nak sedih..Tak boleh pisah dengan family...Ohh sahdu seketika...(Bukan sahdu tapi emo).

Kadang-kadang terasa macam "Ehh nana kenapa engkau over tahap gaban nak sedih. Sedangkan bakal laki ko tuh pun orang kedah. Tak salah, rumah dia tuh tak sampai 15min pun dari rumah hang..Kan mengada bunyinya kan...Lain laa macam adik aku nanti tuh, bakal laki dia orang johor..Nala punya sorang utara sorang selatan..Mau boleh meraung kat tepi highway gayanya (Pehh terasa macam cerita hindustant kan).."

Nanti aku try tanya adik aku, apakah perasaan beliau sama seperti aku atau dia memang tak punya perasaan langsung (tak..tak adik aku bukan patung doraemon okay)? Tapi aku akan sedaya upaya cuba mengelak dari mendegar lagu-lagu raya. Biarpun aku tahu yang aku tak mampu nak elak di office sebab skarang nie di corong-corong radio dah kedengaran lagu raya yang shadu shahdan. Yang mampu buat aku nak melalak (sila baca menangis) kat dalam toilet.

Okay la, lagi lama aku tulis, rasa cam meluat pulak ngan perasaan mengada nak emo kan...(Sedangkan entry sebelum-sebelum nie pun dah penuh ngan perasaan yang buat orang menyampah kan..hehehe).

Okay aku akan cuba untuk peluk mama ngan pak ketua pada raya pertama.. Dan aku akan cuba buat pak ketua menagis dan tak mo berpisah ngan aku (ehh mampu ke aku haa..siap hari bulan sure aku kena debik ngan pak ketua..Ye laa aku kan anak yang suka biarkan pak ketua marah..)..

So sebelum aku terlupa, Aku nak laa wish Happy Aidilfitri..Ehh silap tercakap omputih plak.. Selamat Menyambut Hari Lebaran. Kalau ada tersalah atau silap dari segi pengarangan aku nie harap kalian maafkan yee...Jangan lupa datang laa rumah pak ketua pada pagi raya pertama. Tahun nie isteri pak ketua masak mee bandung  (main blasah jee aku kan boh menu sendiri..Blom tau lagi okay menunya.). Dan rendang isteri pak ketua memang meletup..Mau meleleh air liur nie bila rasa.. Ehh tahun lepas bukan mama buat rendang sampai semua sakit perut okay..Tapi pembantu kakak aku yang buat.. So dapat dimaafkan...

Dah...dah nana melalut plak kan..So sekali lagi aku mahu ucapkan Selamat Hari raya...Kalau ingat kat orang yang tersayang di kampung tuh, korang mungkin akan pandu perlahan..Kalau rasa tak mo raya tuh..pandu lah laju yekk..Opss..Minta maaf skali lagi la yek..

nota kecil : nie mana dia entry pasal berbuka geng SPM99...

Tiada ulasan:

nuffnang