nuffnang ads

ads sense

Isnin, 5 Julai 2010

Anak mak dah Gatai mau kawin

Pejam celik pejam celik, dah masuk 7bulan aku bergelar tunangan orang. Happy kan...

Okay, ramai yang tanya aku pasal preparation.. Erkk jawapan yang mudah aku jawap... Blom ada apa preparation..

Hukk.. tak ke terkejut semua orang kan.. Mau dapat penyakit Pankreas Attack kalau dengar jawapan cam tuh kan...Dan tanpa segan silu, Tersenyum tersipu malu dengan penuh keayuanlah (kononnya) boleh plak mau diajukan pulak dengan soalan yang aku rasa agak mencabar tahap kesabaran jugak laa..Okay soalannya : Bila nak lansungkan majlis?

Alasan : Bukan aku tak mo prepare awal-awal, dah buat listing cuma. Banyak listing aku, perlu di-edit semula akibat segelintir benda yang menggangu. Arghhh...



Majlis Yang dinanti-nantikan
Arghhhh...Date pun tengah pening nak pilih nie. Okay pening pasal Mr. Y susah nak dapat cuti. So kena pilih tarikh dimana kami berdua memang cuti.Bukan setakat cuti sehari atau dua. Better cuti yang agak panjang. Contoh : Hari Raya, X'mas, Merdeka.. Kemudian di-ikuti dengan family 2-belah pihak.

Perbincangan / Kata sepakat Buat Bakal Pengantin
Okay, yang ini pun masalah. Boleh mencetus perang dunia ke 10 agaknya. Betul orang kata, kalau tahap kesabaran tak kuat. Memang hubungan masa tunang bleh putus. Aku admit dimana benda yang remeh (Contoh : hantaran) pun bleh gadoh.. Sorang mau bagi 5-7, yang sorang plak nak 7-9 (alasan uihh mana adil sebelah pihak tak payah pikir nak carik banyak barang).

Perbelanjaan / Penjimataan
Pemilihan barang yang aku rasa aku ngan Mr Y agak cerewet. Okay bukan cerewet dari segi wang ringgit.. Tapi cerewet dari segi pemilihan barang.(ehh ye ke nieee..bleh caya ke?)
Contoh : kasut - Mr. Y suka akan barang tuh tapi agak tak memadai harga yang ditawarkan. dengan selamba mulut si gadis ini mengatakan alah ambik je la..setakat harga tuh pun mau berkira ke..

Tapi bila turn si gadis ini pulak - erkk cun laa barang tuh..tapi tak nak laa ambik lagi. kita tunggu la time sales..hehehe bleh dapat murah skit kan..

Persoalan
Sering tertanya atau kuatir pada Mr. Y. Dia mampu ke kumpul duit sebanyak yang dibincangkan...Tapi jawapan yang sering aku dengari. "Alah jangan risau laa..saya laki saya tau la tugas saya..Tugas awak tuh dok diam-diam".

Dipersalahkan / Memang salah
Sering dituduh materialistik. Sedangkan belanja yang dimintak tak mencekau 10k pun. Kalau aku mintak 50k mau orang tuduh perempuan kaki kikiskan..

Bila aku beli cincin dikata plak cincin terlampau mahal. Hakikatnya diskaun tak mau-mau bleh mencekau 100%. Alasan aku materialistik sebab buatan Habib doh.. Kalau dari habibah mesti orang tak mengatakan.. Lepas nie cari pakcik kong laa plak untuk nikah tak pun cari Wow chan laa plak..

Lagi satu bila aku tanya akan harga emas pada masa kini. Mak aihh semuanya memarahi dan menunding aku mahu menyeksa si Mr. Y beli emas. Doh bila aku beli white gold kata tak de value now when i want to turn to gold kata aku menyeksa plak.. Doh, ini satu penyeksaan buat hidup aku dohh... Okay fine nana jom kita gie tepi sungai kita carik bijih timah mana tau kot-kot masih wujud lagi..Sg. Mana ekk.. Sg korok bleh tak? atau Sg. Buloh masih ada bijih timah ke? Bijih hidung aku tau banyak kay...

Hakikatnya, baru kini aku percaya akan kata-kata kawan atau orang terdekat aku. Dimana pengurusan hal nak mendirikan rumah tangga bukan nya perkara yang mudah..Payah beb. Bukan kita mau buat party birthday..Kalau buat party birthday setakat seminggu tuh bisa diatur. Itu pun diaturkan tak semestinya bleh beres..Mesti akan caca-merba gak jadinya..

Betul kata mereka. Kita akan buntu bila nak fikirkan apa benda yang perlu kita lakukan. Adakah kita perlu pikirkan hal hantaran dahulu, atau andaman atau baju pengantin.. Ahhh..aku betul-betul naik buntu. Apakah perkara yang penting yang perlu aku utamakan dulu???

nota kecil : berangan mau kawin cam anak raja tapi naik kuda dari kl ke alor setar. pas tuh dapat full coverage dari wartawan cnn.. wow melampau tuh berangan.. tak ke semput dek kuda tuh belari memikul si gadis yang seberat mungkin kalau tak jaga pemakanan akan mencekau 80kg..nasib si anak teruna keding bagaikan burung flamingonye kaki (opss terkutuk plak. tak pe tak dosa lagi kan). kalau tak..haiiipp..

Tiada ulasan:

nuffnang