nuffnang ads

ads sense

Rabu, 4 Ogos 2010

Raya datang Lagi...

Kebanyakkan blog aku baca semuanya membuktikan bertapa happynya mereka mahu menyambut ketibaan bulan ramadhan. Merata-rata menceritakan bertapa meriahnya mereka nak sambut bulan ramadhan maksud aku dari segi persiapan sebelum menyambut raya aidilfitri..

Wahh bertapa hebatnya mereka membeli belah..Jeles ke aku? Nahh tak de pun.. Aku pun nak cerita gak la persediaan aku untuk raya tahun nie. (Mak datuk puasa minggu depan dah nak cerita pasal raya). Sebelum korang nak baca buka kan minda dan lapangkan dada..

Persediaan Raya dan puasa aku tahun ini :

1. Penjimatan Duit Raya yang paling Kronik.
Duit raya aku rasa aku mahu bagi kat family aku sorang 50sen je la tahun nie compare last year sorang 10ringgit.. Buat yang bukan dari family aku, aku bagi sorang 5sen..Baru adil..Segala surat menyurat untuk up duit raya tidak akan dilayan.

2. Persediaan Baju Raya
Kebiasaan aku slalu sediakan baju kurung sebanyak 3pasang untuk 3hari. Namun tahun nie pulak aku dah beli 5 helai kain. Tapi aku rasa aku tak mo buat untuk raya tahun nie.. Aku mahu simpan untuk tahun depan je... Tahun nie aku rasa aku akan pinjam je baju kurung dari kakak-kakak dan mak aku (Mimpi kot badan dalam family kami pelbagai size dari XS hinggalah XL (tuh aku kot)).. Aku ada 3 orang kakak so aku dah jimat 3 pasang baju untuk 3 hari... Jimat dari segi pembelian dan penempahan jugak kan..Kalau mengikut alasan diatas macam tak bleh pakai alahh lantak laa..kalau baju x cukup size baju kedah mama kan banyak pakai je laa..Wahhh meletup plak rasa pakai baju kedah ngan kain batik pada pagi raya memang tak pernah dibuat orangkan..So dah tak pernah dibuat orang apa lagi aku cuba buat mana tau kot-kot boleh meletup trend baju tuh kan....Hahahha

3. Pembelian Kuih Raya
Seperti tahun lepas, aku akan buat sendiri kuih raya. Malah akan dibantu oleh bibik kak su.

4. Pengangkutan untuk pulang ke kampung
Seperti tahun lepas, aku akan kongsi kereta dengan Mr. Y dimana paa tahun lepas kami sama-sama kongsi sorang bayar tol sorang plak bayar untuk minyak. Aku rasa tahun nie aku cuba ikut style mata pussy cat dalam cerita shrek and mana nak tau kan kalau-kalau termakan saman..Hahaha kalau tak makan saman aku cuba ngan ayat "Awak tak sayang saya ke" Tuh mesti gerenti 120% dia akan membayar kesemua kos perjalanan pulang ke kampung..

5. Sebulan Berpuasa
Tahun sebelum nie, aku tak pernah berkira pasal hal makanan. Apa nak makan aku beli dari kuih hinggalah nasik sampai pernah kes pembaziran berlaku.Tapi pada tahun nie aku bertekan akan membeli makanan dari bazaar ramadhan satu kuih dan lauk hanya semata sahaja dak seperti biasa makan di kedai mamak. Tapi kali nie aku akan bawak bekal minuman air kosong dari rumah.Kalau rasa nak minum air manis bawak je milo 3 in 1 dari rumah. Kalau rasa-rasa nak jimat apa lagi pegi je rumah kakak-kakakku and buat muka simpati tapi jaminan 120% telinga akan terasa panas akibat panah yang terima apabila dimarahi..Tak pa buat je muka tebal, macam tak biasa kan..

Ahh...aku tau bunyi macam seperti kes haji bakhil..Kalau berkesan aku rasa aku akan cuba kekalkan buat selama 5tahun..tak pun buat selama-lamanya....Muhahahhaa

nota kecil : Habis la aku lepas nie sahih kena lesing ngan anak-anak buah akunya...

Tiada ulasan:

nuffnang