nuffnang ads

ads sense

Isnin, 8 November 2010

Kota Setar dilanda Banjir

Bila dengar hujan lebat di sekitar utara tanpa henti..Dah boleh agak kawasan mana akan banjir. Kalau tak kawasan yang rendah atau kawasan yang berhampiran dengan sungai pasti akan banjir. Tapi banjir kali nie tak kira tempat-tempat tuh memang agak dasyat dia mai serang dimana kawasan yang tak sepatutnya banjir dah diselubungi air bah (sila baca : banjir) .Kawasan yang aku maksudkan adalah bandar kota setar...


Salah satu rumah mangsa banjir adalah rumah mak mentua kak chak (terletak di anak bukit) dan rumah pak tam (terletak kat changlun). Yang paling terkejut rumah mak Mr. Y pun terkena. Pada mulanya aku agak percaya akan kata-kata Mr. Y sebab selalu kalau musim tengkujuh kawasan rumah dia tak kan banjir. Namun masuk hari ke-tiga (tak salah aku laa) mak aihhh panik gak Mr. Y bila aku dapat berita dari kawan-kawan, depa kata pekan aloq setar dah jadi pulau. Bila dengar berita nie, terus aku call mama takut-takut kawasan rumah mama akan terjebak sama.. Alhamdulilah kawasan rumah aku agak jauh dari lautan ataupun sungai mungkin salah satu alasan mama, kawasan rumah kami agak tinggi sikit..Memang agak dasyat la banjir nie. Yang paling teruk aku dengaq kat kawasan Taman Uda..Kesian kat family kawan-kawan aku ngan jugak kawan-kawan aku..Tak pa ini namanya dugaan..Sabaq noo..

Kalau aku cerita panjang lebar ampa mesti tak faham kan...Okay fine, jom aku nak share gambar-gambar dari kawan-kawan aku yang dok kat kedah..

Jalan Telur Wanjah, Alor Setar. Nie kat kawasan sekolah convent lama (sekolah aku)

Depan Stadium. Jalan dari KFC/ Hotel Sri Malaysia...

Taman Uda Alor Setar

Stesen Minyak Esso kat Taman Uda

 Rumah Menteri besaq kedah..Macam mana dia nak tolong, rumah dia pun masuk ayaq..Ada tak orang tolong dia. Habaq mai sat???
Depa kata hat nie yang buat aloq setaq banjir..Sebab air bah tak bleh nak keluaq kat celah tuh..

 kat area jitra (disedut di kedah la nie)

Nak tunjuk kawasan istana kedah..Tapi terlupa membe mana ntah yang post gambar..Nanti la kalau jumpa aku boh. Tak janji kay..

Hat nie plak ada video kalau rasa-rasa cam nak tengok paras mana air kat kedah kan...Mai tengok nie...


nota kecil : Salah satu sebab mengapa kedah banjir adalah air yang dilepaskan oleh negara jiran disempadan..

Tiada ulasan:

nuffnang