nuffnang ads

ads sense

Selasa, 21 Disember 2010

Tradisi Melayu

Gambar diperolehi dari bantuan en. Google

Dah berbulan-bulan aku mencari persalinan semasa majlis perkahwinan aku nanti...Kebanyakkannya menghampakan. Agak cerewet aku nie kan. Nak songket yang susah carik. Songket yang aku inginkan adalah songket berwarna merah cili. Kebanyakkan butik pengantin ada cuma warna maroon...

Dah penat ke hulur ke hilir akhirnya aku mintak jasa baik Mak andam aku tolong carikkan. Dia cakap kat kedah tak ada lagi songket warna yang aku nak kan nie. Bukan tak ada laa..tapi memang sukar untuk dicarik.

Haippp...dah tak dak warna tuh try la choose other color tuh pun susah ke..Nope tak bleh, aku betul-betul nak ini warna sebab warna nie agak klasik bagi aku. Alasan yang paling munasabah, warna nie paling sesuai untuk aku dan Mr. Y (payah kalau pasangan kita tak berkulit cerah). Kira macam boleh mengimbau kembali kisah lama mama dan papa laa kononnya (sedangkan songket mama dulu pun dah tak da warna merah..dah jadi warna coklat).

Mama pernah la tegur, dan cuba mengubah perspektif aku nie. Mama cuba memujuk hati nie untuk memilih koleksi baju lace (modern design). Dengan sifat egois dan kedegilan yang aku tak tau mewarisi dari siapa, aku masih tekad akan pendirian nie. Mama cakap laa nie memang susah nak carik songket lama. Yang ada cumalah songket dari pakistan. Aku tak kisah songket tuh asal dari mana. Bagi aku songket merupakan tradisi melayu yang perlu aku warisi. tuh la aku, nak jugak ada kemelayuan dalam perkahwinan nie..Payah kan?


Tadi tangan nie dok gatai nak jugak google akan songket idaman hati. Dan guess what hasil pencarian ditemui.. Dan aku telah dihantar ke pekarangan laman web Dina Halim..

Terpegun, dan memukar mata nie tengok akan hasil baju-baju beliau...(Of cos pada mulanya terpegun dengan songket idaman aku kan).

So apa tunggu lagi..Have to take an action dulu laa nampak gayanya... (Perlu ada back-up takut my mak andam tak terdaya mencarikan..)

Tiada ulasan:

nuffnang