Setiba aku dikampung, mama teruja nak tunjuk aku bilik pengantin farah dimana mama dah beli new furniture for the room (okay fine..bilik aku hanyak curtain dan cadar yang baru..)... Malah yang paling mama teruja nak tunjuk cadar yang nak digunakan nanti. Which she had bought from beijing dekat 4tahun yang lepas laa dan mama telah simpan untuk menunaikan hasrat nak tembak dua burung (sila baca perkahwinan dua beradik). Maka termakbul la hasrat mama tuh...Baikkan
Bila nak menjelang hari perkahwinan nie, baru aku terasa dekat sangat ngan parents aku. Especially mama.. Wahh nak pie shopping tuh mesti nak ajak aku nie..Ye la sampai dah plan apa nak dibuat bila aku balik nie. Walhal, sebelum nie kalau nak keluar sure ajak papa. Aku plak akan disuruh jaga rumah..Hehehe. Sampaikan nak jumpa dengan kawan-kawan pun tak sempat. Hehehe tak tau la, aku rasa lepas nie aku akan rindu detik nie. Dan baru aku rasa, macam mana perasaan bila nak persiapan dibuat dengan mak. Walhal dulu, sampai nagis-nagis cakap mama tak perdulikan aku dan terkilan masa tunang dulu..Sebab semuanya aku beli dengan kak su...Huhuhu..(Malu pun ada).
Sepanjang percutian aku, kesemua kelengkapan atau bahagian yang perlu aku lakukan dah pun siap. Dari makanan sampai la ke curtain bilik pengantin. Semua dah siap di tempah. Alhamdulilah.. Cuma tinggal benda-benda kecik je tak siap lagi.. Tak pa, aku dah pun apply cuti 3 hari awal sebelum kenduri nanti. Insyallah harap apa yang dirancang termakbul la.. Amin.
nota kecil : Tinggal lagi 10hari nie..Tick..Tock...Tick..Tock...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan