nuffnang ads

ads sense

Isnin, 17 Januari 2011

Update lelaju

Sekarang nie agak sibuk. Hari nie je dapat nak update blog nie.. Okay-okay meh aku nak update tentang benda yang latest telah aku siapkan

* Cincin
- Alhamdulilah hat nie Minggu lepas mama ngan papa pie tolong booking cincin pilihan aku. Yang kelakarnya papa agak curious akan size jari Mr. Y dan terjadinya satu kekeliruan dan panic. On the next day jugak aku ajak Mr. Y ke One Utama untuk check size jari dia (Sebelum nie aku just ambik cincin lama dia check the size is 18.) Dan bila check kali kedua nah Mr. Y mintak nak naikkan ke size 20 (bagi aku agak besar sedikit laa tapi Mr. Y cakap dia takut lepas kawin nanti badan dia akan dipam-pam so dia buat pilihan ambik jugak size 20... Terus call papa and guess what papa said " Tuh la tak logic jari Mr. Y lagi kecik dari jari papa??" .. So cincin untuk lelaki dah settle dan the price yang aku dapat alhamdulilah jauh lebih murah dari kedai-kedai yang lain..

* Baju Nikah
- Alhamdulilah, yang ini dah settle, dan semalam Mr. Y cakap yang baju dia dah siap dan mintak aku ambikkan dari tailor bila aku balik kedah nanti. Baju aku, inyallah my tailor cakap next week she will call me untuk fitting.. Hope fully my baju cantik dan jadi cam apa yang di-describe hari tuh...

* Kad Nikah / Kad Kawin
- Hat nie Sabtu lepas aku rasa nak pitam.. Papa request nak one more kad jemputan for my Nikah...Papa cakap kena ada kad jugak sebab nak jemput lebih kurang 100 people untuk hadir for my nikah day nanti. Yang nie sure papa nak jemput kawan-kawan papa punya...So hari nie terpaksa laa aku mengerah otak nie untuk design simple card.

* Door Gift
- Aku suka akan door gift yang mama belikan. Memang ikut tema yang aku nak..Hehehe.. Oh ya Rabu lepas mama, mak teh dan Kak Chik pie Nilai. and they got the door gift dengan harga yang sungguh reasonable. Semalam mama call dan mintak aku pie rumah kak chik to pick-up the things mak aihhh ada 7kotak (500pcs). Mr. Y dah garu kepala dan dia angkat satu kotak pun dah terasa mau nak tercabut pundi kencing. Agak berat jugak laa terus muka panic bila tengok muka aku. Cam mana laa aku nak angkat kotak-kotak nie naik bas dengan sorang diri rabu nanti. Mr Y suggest untuk bawak balik dua kotak je dulu...Mintak papa tunggu awai kat stesen shahab pagi tuh..

* Extra Kain
- Minggu lepas mama pie rumah kak su, mama punggah almari and find out kain lace yang my cousin (jasmina) bagi dulu tuh. Nyaris aku terlupa pasal kain tuh, sebab memang masa aku dapat kain tuh dari ana aku memang aku nak buat baju untuk reception...Nasib mama ingatkan dan usaha carikan. Dan Mama suruh aku buat baju for my reception nanti jugak. So later aku akan ada 3 pasang baju laa nampak gayanya...

* Songket
- Rasa nak nagis pun ada. Nak salahkan diri pun ada.. Cerita dia macam nie, mama dah bagi green light untuk aku untuk belikan songket yang telah siap. So semalam pie laa masjid india nak carikkan songket warna idaman aku (kalau yang tak tau, sila baca disini.). Kesemua kedai kat situ cakap warna yang aku nak sold out. Dah dekat sebulan stok tak sampai lagi. Aduhh, kalau aku tau dua bulan lepas aku pie masjid india aku booking terus pun tak pa..Arghhh, okay nana jangan tension sat gie semua benda tak jadi. So Mr. Y suggest kami akan ke masjid india lagi dua minggu. Kalau warna tuh tak dak jugak. Kami dah buat pilihan warna yang kedua.  

Rasanya yang nie dulu kot yang bleh di-update pasal hal kawin aku..Aku akan cuba cari masa untuk update benda-benda lain.

Tiada ulasan:

nuffnang