nuffnang ads

ads sense

Rabu, 23 Februari 2011

Dasar Wanita..

Tinggal 24hari je lagi sebelum tiba detik kemuncak. 

Hari nie aku masuk office agak lewat (pukul 11.30pagi baru masuk. Betuah punya pekerja kan aku nie). Perjanjian dengan kak su telah aku tunaikan untuk selesaikan urusan bagi majlis perkahwinan aku kelak. Dimana pada pukul janji pukul 8.30pagi biasa lah janji orang melayu katakan 9.00pagi tiba di perkarangan rumah kak su then terus ke IKEA untuk breakfast. Kemudian terus ke Tesco untuk mencarik barangan yang di-inginkan. Alhamdulilah Offer yang ditawarkan masih ada (hari nie plak offer tuh last). Masa dianggutnya dalam 32helai. Tak sure berapa ramai yang akan datang. Sebab kalau papa atau mama buat kenduri, gerenti ramai yang akan datang. Tengok je la time my nikah hari tuh. Terkedu jugak tengok orang yang mai. Nampak sangat my parents nie ramai kawan..Huhuhuhu

Kat tesco, kami beli towel untuk diberikan pada orang marhaban nanti. Kira papa dah cakap awak-awal dia tak nak bagi duit, sejadah ataupun tasbih ataupun surah yasin. Sebab dia cakap orang masjid dah slalu dapat benda tuh. Dia dah tau anak dia nie pelik, mau lain dari yang lainkan. So dia cakap Nak bagi barang yang price agak lebih yang bleh depa guna nanti. Caya la papa I love you laa... Sampai di kaunter untuk buat pembayaran pelbagai persoalan ditanya oleh gadis cashier yang comey. "Kak, beli barang-barang nie untuk bukak hotel ke?" (Aik muka kami nie memang macam tokey hotel ke. Wah dasyat!!!).

Setelah selesai pembelian, kami terus ke Da'Curve untuk melihat akan hush puppies warehouse. As usual laa, kalau dah hati tak mau beli tuh, jangan harap la. Yang ado je la.. Nah ambik, aku grab satu kasut manakala kak su plak yang ado terus ambik dua pasang. Memang yang ado laa... Dalam kereta aku dah terasa menyesal. Sebab last year aku beli 3pair of shoes. Two pair from lewre dan satu pasang lagi dari hush puppies (yang dibuat as hantaran).

Tuh la, dasar pompuan pantang ada duit. Mau habis je. Walhal memang tak dak duit tuh. But nak buat cam mana, dah murah. I've got RM80 babe. How should i do? Beli je la kan.. Then baru nak nyesal (hakikatnya, tak nyesal kan. pompuan..pompuan kelemahan tuh terpampang).

By the way, later i will upload the picture. My phone tertinggal. Tengok laa, kalau sat gie dan aku try upload secepat mungkin ya..

Tiada ulasan:

nuffnang