nuffnang ads

ads sense

Jumaat, 30 Disember 2011

Gelagat Si Kecik Semasa Usia Sebulan...

Lama betul tak update blog nie...Bukan malas nak update, tapi disebabkan laptop kat rumah rosak.. Itu sebabnya aku tak kesampaian nak update this blog.. Kini, dapat aku kemaskini blog nie disebabkan my beloved En. Y pinjamkan laptop BIL untuk aku..Huhuhu...

Hari nie merupakan hari ke 58 usia adam hadhri...Kejap je anak mama membesar... Kini macam2 gelagat si adam hadhri sudah tunjuk.. Contoh, bila nampak je orang lalu sebelah cot dia, sure akan ditegurnya.. Itu tandanya "Hey, please carry me up.. Adam dah borink dok dalam nie"... Orang yang dia pantang nampak was my father.. Kalau dia nampak pak ketua, haa mata dan kepala akan berpusing2 tengok pak ketua.. Kalau tak dilayan..Haa padah laa mama dia. Sure dia akan nagis..Huhuhu..

Day 49 - Tengok bertapa suka dia bersembang ngan tok abah dia....

Day 45 - First time tegur dan ajak orang bersembang..

Contoh lain perilaku dia berubah adalah kini dia semakin peka dengan music.. Kalau aku ON je lagu from his toys, dari nagis terus diam... Lepas tuh mulut dok terkumat kamit dok agah mainan dia..Huhuhu Ni memudahkan mama kalau tak larat nak main dengan dia...
46
Day  46 - Peneman setia Adam Hadhri...

Last but not least, cara tagisan dia laa nie pun dah lain.. Dulu menagis aku bleh relex lagi. Dulu tonasi tagisan dia macam orang nak start engine keta.. Ada bunyi kechik..kechik.. But not now, still ada lagi sound engine.. Tapi ending macam orang nak paksa isi perut keluaq..

Memang melalak habis sampai muka merah padam. Bukan tinggal lama, sat ja tak sampai seminit.. Tapi melalak macam kena tinggal berjam2...Huihh parah nie..Haa ambik kaw nana. Laa baru tau macam mana nak jaga baby..Huhuhu..

Kes dia melalak cuma ada dua benda je.. Satu kalau dia lapar, nagis memang macam kena pukul siap ada sedu sedan.. Kedua kalau pampers dia dah penuh. Lagi satu dia akan nagis bila tukar pampers je..Sampai semua orang lari tengok apa dah jadi..Haipp anak mama nie, buat malu mama jaa.. Mesti mak tok ngan tok abah ingat mama tak pandai2 nak tukar your diapers kan...

Day 55 - Kes Mama silap bagi pakai mitten tapi terpakaikan Booties kat tangan..hehehehhe

Bagi aku, semua benda diatas tak menjadi masalah buat aku.. Tapi membuatkan aku lebih dekat dengan si kecik. Aku suka semua moment nie.. Buat hati bertambah happy je.. Mudah2an anak mama jadi budak yang berguna dan beriman.. Yang penting jangan susahkan orang dilain hari kay sayang... Amin..

Tiada ulasan:

nuffnang