nuffnang ads

ads sense

Khamis, 10 Jun 2010

Ole-Ole Bola

Detik-detik yang mencemaskan buat diri aku...Detik dimana BESOK MULANYA WORLD CUP..ARghhh tolong.. Kebanyakkan ramai yang kini dok suka hati boh entry cerita tak sabar menanti detik-detik World Cup.. Aku plak???

Uihh..Nak kata aku gila akan sukan Bola..No..No..No..aku bukan fanatik tahap gaban okay..

Kalau suruh aku menjerit melalak..aku akan gelak terbahak-bahak dan tanpa insurans mulut nie akan berkata ata tak ke gila orang tuh menjerit bukannya dia yang scorekan bola..haishhh...

Teringat lagi aku semasa masih menuntut. Dimana masa menjelangnya piala dunia aku perlu / wajib temankan Tok Ketua menyaksikan Piala Dunia.. Bunyi macam aku nie peminat bola kan.. Memang - memang aku nie bukan setakat peminat..malah tempat peneman setia tok ketua.. Tiap kali ada game siang-siang hari mesti pak ketua pesan "Nana, pukul 3pagi sat gie jangan lupa kejutkan papa ek..ada game Italy lawan Spayol..boleh la nana temankan papa skali naa"

Aku nie umpama seperti anak lelaki papa (Haa la sejak kecik lagi dok bagi main jip askar apa kes)..Lepas dikejutkan, aku cuma mampu temankan papa tak sampai 15minit lepas tuh gedebushh tidor seakan ikan dugong terdampar kat kerusi sofa.. Habis je games aku masih terdampar kat kerusi sofa sampai ke-esokkan harinya..Bila mama tanya apa result semalam..Aku ngan senyum yang manis kalah senyum kambing lalu berkata keputusan semalam ada ditangan papa..(So paham-paham la aku tak tengok pun kan)

Kali nie, bila munculnya World Cup aku rasa boleh menarik nafas yang lega..Oh tidak.. Keadaan cemas masih menghantui diri aku dimana,  Mr. Y awal-awal lagi dah bagitahu supaya week-end nanti aku harus temankan dia gie tengk bola.. Tak kisah game start lewat malam pun, aku harus temankan dia.. Ak ah bukan dia tak de kawan, cuma dia mau (hobi) seksa aku supaya temankan dia..


Adakah aku nie dilahirkan sebagai peneman sewaktu Piala Dunia..  Oh Tidak... So buat yang tak sabar nak saksikan World Cup nanti, pastikan anda punya stamina yang kuat untuk berjaga diwaktu malam..Dan jangan lupa ambik MC selama sebulan kay. Ye la nanti tak yah risau untuk bangun pagi untuk ke pejabat kan..Dan anda juga boleh punya rehat yang secukupnya...Buat doktor-doktor anda jangan risau kalau-kalau minggu depan anda punya ramai patient yang mahu MC...Anda pasti tahu DEMAN BOLA sudah tiba..

nota kecil : Kalau Team Perancis baru terasa segar bugar mata nie..

2 ulasan:

Adimuz berkata...

Salam...

Pompuan suka bola sebab apa ek?

NanAFarhanA berkata...

mungkin sebab pemain-pemainnya hensem (plus) pekasa/macho..

nuffnang