Masa yang dinanti-nantikan akhirnya telah pun dikotakan. Penantian dimana aku mahu saksikan/tonton filem Lagenda Budak Setan telah pun ditunaikan (Sepatutnya aku kena post this entry last-last week..tapi atas sebab malas, telah aku tunda pada hari ini laa). Sebenarnya aku pegi dua minggu lepas, hari sabtu. Ya janji nak gie hari ahad atas dasar tak sabar punya pasal malah didesak oleh Mr. Y mahu tengok wayang pada malam tuh gak. Alasan - dah lama tak dating dalam panggung wayang (opsss jangan salah pikir kay).. Akhirnya aku mencadangkan nak tengok Lagenda Budak Setan (yang sebenarnya 3bulan lepas dah bagi tau nak tengok cerita nie kan).
Akhirnya kami mencuba nasib pergi ke cathay cineplex, mutiara damansara. Ye la aku baca banya review bagitahu that the ticket semuanya sold out. Tak pa kami cuba nasib. Sampai je, wow tak sangka tayangan Lagenda Budak Setan pukul 10.15malam ada 2 panggung. Dan wow, sold out kedua-duanya lagi..Okay kami ambik kata putus nak tengok mid-night. Nasib kami agak baik, masih belum penuh.
Selepas 2 jam aku menunggu dengan penuh kesabaran dan tibalah waktu yang dinanti-nantikan. Mak aihh masuk je pawagam terkejut aku tengok bila dipenuhi dengan ramai orang. Yup sampai ke kerusi depan turut dipenuhi. Agak ramai yang mahu support atau mahu tonton cerita arahan arahan Sharad Sharan, nama baru yang baru dibidang perfileman. Tapi hasil kerjanya agak setanding dengan Khabir Bhatia. Aku suka akan sinematografinya didalam filem yang mahu ditonjolkan. Lain dan memberi tarikkan yang menarik buat filem nie..
Sebelum mulanya tayangan aku dah berpesan pada Mr. Y bahawa aku perlukan tissue. Sebab kemungkinan besar aku akan menagis teruk. Almaklumla time baca novel pun aku turut srott srett..Nie kan pula tengok filem. Garenti habis la malam nie.
Aku malas nak review pasal cerita nie (just baca disini laa) atau kat sini pun bleh gak...
Aku malas nak review pasal cerita nie (just baca disini laa) atau kat sini pun bleh gak...
Memang tepat tekaan aku. Aku memang merupakan heroin air mata. Dimana pada pertengahan jalan cerita aku dah mula sebak bila kasya perlu tinggalkan ayu demi untuk dia selesaikan tugasan/ assigmentnya walaupun hatinya berat untuk melepaskannya. Ditambah pula bila ayu dipaksa oleh ibunya supaya berkahwin dengan azmi.Terus terasa sayu diri nie... Dan last air mata turun bila ending dia...Auwwww
Bagi pandangan aku -
Bagi pandangan aku -
1. Best - Scenery, Lokasi Percintaan di atas bukit, kedai bunga dan taman..
2. Best - Que Haidar memang patut pegang Watak azmi dan lakonannya menusuk kalbu aku dan buat aku memang benci teramat sama azmi..
3. Tak Best - Bila watak ayu ditukarkan oleh pelakon yang tak seayu Lisa Surihani.
4. Tak Best - Camera fault (Kelihatan dikaca mata hitam kasya kelibat cameraman)
Kesan Buat Orang Ramai
1. Cincin - Trend menulis nama di Cincin
2. Rayban Spectical - Cermin mata kilat-kilat
3. Rambut Kasya - Habis laa lepas nie sure para gadis akan mengikat rambut sang teruna dengan gaya dendanan...
nota kecil : bila tengok cerita nie kelihatan begitu mesranya Farid Kamil dan Lisa Surihani..Adakah mereka BERCINTA???
Tiada ulasan:
Catat Ulasan