nuffnang ads

ads sense

Isnin, 16 Ogos 2010

Semua wanita pernah mengalaminya...

Semua wanita mahu badan langsing seperti model catwalk. Pelbagai cara dilakukan untuk mengurangkan berat badan. Ada yang ambil pil-pil yang terlarang. Ada juga meminum minuman diet. Ada juga ke pusat slimming dan sanggup menghabiskan ribuan  wang demi ingin mendapat result yang memberangsangkan. Ada yang mengamalkan senaman.

Tapi adakah ianya berkesan?? Berapa ramaikah yang katakan ianya berkesan. Tapi berapa kerat yang setuju akan result yang mereka perolehi tak berkesan.

Aku jugak perempuan. Aku juga turut mencuba kesemua perkara diatas. Cakap je pil apa, minuman apa yang mampu turunkan berat badan akan aku cuba. Aku jugak pernah cuba ke slimming centre. Ya, turun berat badan aku. Tapi cuma 0.01kg je. Kadang-kadang tak jugak turun. Adakah result pengurangan berat badan sebanyak 5kg dalam tempoh 3bulan  mampu terhasil?  Dan akhirnya perasaan putus asa menguasai diri ini. Dan perkataan menyesal dimana kita telah habis sebanyak ribuan ada dalam jiwa ini.
Bukan setakat itu je, segala macam diet telah aku cuba jugak. Diet Protien, Diet Carbo semuanya aku cuba. Namun hanya sebulan je. Ini kerana badan aku tak mampu untuk bertahan. Aku masih sayangkan badan aku dimana badan aku perlukan tenaga untuk berfungsi. Bila aku lakukan diet sebegitu muka aku dah kelihatan pucat lesi. Time tuh semua datang tanya aku adakah aku sakit? Last-last memang tak lama la..

Aku cuba untuk jadi seperti adik aku, punya kawalan nafsu yang tinggi. Aku memang tabik spring sama adik aku dimana dia mampu mengurangkan berat badannya selama 3tahun tanpa mengambil makanan yang berkarbo, berminyak dan tak bergula. Dia hanya mengamalkan pemakanan buah (memang gila kan). Bukan takat tuh je dia jugak buat senaman selama 45min tiap-tiap hari.. Berat badan dia dulu 85kg (masa di form 3, dan pada form 4 dia dah mula mengamalkan diet). Kini berat badannya 45kg, ohh pernah skali berat badan dia 38kg(tak salah aku laa masa tuh dia form 5). Gilakan adik aku tuh..hehehehe


Okay nanti laa aku cerita pasal adik aku. Aku sebenarnya nak kongsi dimana aku rasa aku dah jumpa cara dimana untuk mengurangkan berat badan buat diri aku. Dah 3minggu aku cuba amalkan caea nie dimana aku mengamalkan pengambilan minuman air suam dan result yang telah aku perolehi adalah aku telah kurang sebanyak 4kg dalam masa 3minggu (sebelum puasa).

Jujur aku cakap. Aku tak diet. Aku masih mengambil makanan seperti biasa cuma rutin pemakanan harian aku telah aku tukarkan. Kini aku pentingkan kalori pemakanan bagi badan aku. Kalori dimana setiap badan manusia tak salah aku perlukan 1200 Calories/day. (Mahu cuba sila klik di sini).

Berat Badan : 65kg
Tinggi : 158cm
BMI : Mildly Overweight

Rutin yang aku maksudkan adalah dimana:
Sarapan : Low fat milk + nestum
Makan tengah hari : Nasi + Sayur (minim 2 jenis sayur + ikan / telur goreng) + teh ais + air suam + fresh fruit
Between meal : Satu cawan besar (300ml) herba life tea + 500ml air suam
Dinner : Rojak buah + 300ml herbalife tea (cawan besar)

Kadang-kadang aku cuba skip makan malam dimana aku hanya akan minum kopi kosong (5Kalori) saja dan yang penting aku akan minum air kosong sebanyak 1botol besar (1500ml).

Bukan setakat itu saja. Aku rasa sejak aku amalkan meminum air suam / kosong kini aku tak perlu rungsing akan sistem penghadaman buat badan aku. Alhamdulilah kini setiap hari (pagi dan malam) aku dah tak punya masalah untuk ke toilet.

Oh ya, Berat badan pada bulan puasa aku tak timbang lagi. Nanti ada masa aku kongsi ngan anda kay. And insyallah aku akan kongsi jugak tentang adik aku kay.

1 ulasan:

Imparfait Saint berkata...

cayalah nana...u can do it!

nuffnang