nuffnang ads

ads sense

Rabu, 22 September 2010

Hari Raya..Hari yang Mulia...[Part2]

Bukan sengaja aku melenggah-lenggahkan masa untuk menulis entry pasal raya..Cuma mood untuk beraya masih lagi terpahat di jiwa ini sedangkan aku dah melaksanakan tugas harian (kerja) aku dah dekat TIGA hari..

RAYA PERTAMA: 10 September 2010
Okay-okay aku tak nak cerita panjang lebar. Hari Raya aku seperti biasa, sambutan tiap-tiap tahun adalah seperti selalu dimana pada pagi raya, kami semua bersiap sedia untuk ke masjid. Lepas selesai solat, kami menanti ketibaan orang masjid bertandang di rumah. Kali ini mama masak mee abu berbanding tahun-tahun sudah mama sediakan mee bandung.

Masa untuk makan..Okay agak juling mata tengok juadah di atas meja..

Kemudian sesi bergambar (hat nie macam wajib untuk semua family kan) dan pohon restu kemaafan sesama family diadakan seperti selalu. Tahun ini, tagisan atau ayat slalu aku, syahdu shahdan tak dak..mungkin tak mo mama sedih kot..Ohh tahun nie raya agak tak best sangat sebab kesihatan mama tak berapa sihat dimana mama dilanda selsema dan batuk. Seperti biasa Mr. Y akan datang berkunjung cuma kali nie, dia macam amboii awalnya datang beraya... Slalunya dia datang masa waktu petang. Mungkin sebab datang awal dengan alasan boleh terus ke masjid untuk semayang jumaat kot. Agaknya..

Sesi kutip duit raya: Budak yang mendapat sambutan terhangat di rumah pak ketua..Kalah kak brina dia..

 
Sesi mintak maaf dan di-ikuti sesi bergambar (posing time)

Okay-okay melalut plak.. Seperti biasa pada raya pertama kami semua hanya menyambut kedatangan tetamu. Cuma aktiviti kami dilakukan pada hari seterusnya..

Pada sebelah malam, macam biasa aktiviti main bunga api dan mercun diraikan oleh kanak-kanak kecil.. (Aku hanya mampu sponsor mercun pop-pop je..)

 Gambar disedut dari : Kak Radziah


RAYA KEDUA : 11 September 2010

Sambutan raya kedua agak meriah buat kami sekeluarga. Dimana hari kedua terdapat pelbagai aktiviti.. Pukul 12 tengah-hari, sepatutnya kami sekeluarga perlu bertandang ke rumah aunty musalmah yang terletak di taman badlishah. Namun akibat ketidak stabilan kesihatan mama, aku ngan kak su ak dapat pie, cuma hantar wakil papa, farah ngan kak cik da' family..Kak su plak hantar wakil da' little Ainstein.

 Gambar disedut dari : Hazirah Mahadzir

Di sebelah petang pulak, aktiviti menyambut birthday syafiq dan firdaus diadakan.. Juadah disediakan oleh Mak teh manakala minumam disediakan oleh aku (wow nak gak credit..hahaha..oh lupa air sarsi tak salah aku kot)

Sila ignore budak kenik di belakang (agak sibuk)

Ini bukan sesi bergambar dengan NORA..
(okay yang sebelah kanan si kenik tuh (miqel) mungkin tak sabar nak tunggu his own birthday kot..)

Okay laksa...fav. semua orang.. Agak sekejap berada diatas meja bila diserbu oleh rakusan family che long..

Menjelang waktu malam pulak, kami menanti ketibaan family sebelah papa pulak..Macam reunion untuk family laa..Cuma pada tahun nie aktiviti tangkap gambar tak dilakukan. Semua agak sibuk menikmati juadah makan malam yang disediakan oleh pak tam catering. Nasik jagung pak tam agak sedap dan semua memuji akan kesedapan juadah pada malam itu..

(nak promo nie : pak tam catering terletak di area changlon..mereka menyediakan khidmat catering untuk segala jenis jamuan tak kira kenduri kawin atau cukur jambul..kalau nak cuba msg la aku..bleh bg no fone.harga agak berbaloi tak mahal laa orang kata)..

Raya Ketiga : 12 September 2010
Pada raya ketiga, plan kami semua adalah berkunjung ke rumah pak tam dan mak tam yang terletak di area changlon (kalau nak sebut biaq changlooon..)..

Plan bertolak dari rumah pukul 8pagi..tapi biasa laa janji melayu yang lain bertolak pukul 10pg. Aku ngan kak su lagi lambat pukul 12 baru bertolak..Biasa kena siapkan anak-anak kak su dulu (dialog slalu kak su laa)

Bila sampai di rumah pak tam, haihhh semua dah nak bertolak ke padang besar..agak tak sopan laa kalau aku pun nak pie sama..So kami pun dok kat rumah pak tam agak lama jugak laa. Ohh nabila tak mau ikut kak chak balik, so dia pun dok sama ngan kamu..Sesampai kami di padang besar..Hujan turun agak lebat, macam biasa bila dah sampai di padang besar hat lain dah nak bertolak. Kami mengambil keputusan nak dok lagi di padang besar. Cuma perasaan tak mau beli diselubungi akibat cuaca yang teruk (hujan lebat)..

Agak caca-merba jugak laa jadinya bila nabila dah ada ngan kami.Sebab kak chak agak risau mana nak tau kot-kot anak dia hilang (uihh tak kan laa kami kejam macam tuh kan)..So kami pun ambil keputusan untuk berangkat pulang..

Haa, yang bestnya dengan akal yang aku rasa aku miliki agak genius..Aku ambil keputusan nak ikut jalan perlis (ingatkan dekat..). Alih-alihnya perjalanan kami yang sepatutnya dalam masa sejam (kalau ikut jalan bkt kayu hitam) alih-alih jadi 3 jam..Mak datok serit woo tak mau dah jadi genius macam nie..Dari pukul 6 petang, sampai di aloq setar pukul 9malam..Mak datok nie dah boleh pie ipoh nie.. Seperti biasa nak cover malu yang teramat dari kak su, aku hanya mampu kata.."nie nak dekat nie..nie nak dekat (tapi hakikatnya mak datok 3 jam dohh).."

Pada sebelah malam pulak, aku nak cover malu dan rasa bersalah. Aku bawak kak su ngan anak-anak pie makan keoy teow iman yang terletak di Mergong...Mau senyum sampai telinga gak kak su tuh...

(promo lagi : okay kalau sapa singgah pie aloq setar..Wajib cuba makanan ini..Kedai dia betul-betul kat tepi jalan dan tertulis IMAN KEOY TEOW..Kalau dah order makanan, minumam pulak wajib order teh ais..Baru meletup..dan tertelan air liur berkali2)..

nota kecil : tak mo cerita panjang..alih2 nahaii...mau nala punya panjang kata-kata aku.. jangan marah ye.

[update : lupa nak bagi credit pada photograhper amature yang terdiri daripada : paq-paq, kak radziah, ana, farah, kak cik dan of coz AKU )

2 ulasan:

Imparfait Saint berkata...

Tahun depan dah sound din - kita balik lama sikit Kedah tahun depan. Din kata ...ok blh makan Iman & Nasi Ali. Member mmg dah tangkap syok dgn Kedah

NanAFarhanA berkata...

hahaha..habis laa semua dah tangkap syok ngan kedah..tak pa..tak paa lepas nie nana kena carik banyak tempat yang sedap utk semua pie makan...

nuffnang