nuffnang ads

ads sense

Sabtu, 11 Disember 2010

Balik Kampung..Ohh!!!

Hari yang amat memenatkan, bila sampai kat kampung halaman pada pukul 7.30pagi ( berpunca terlebih lama mengambil masa tido, lebih kurang dua jam di R&R). Bertolak dari kuala lumpur lewat pukul 12malam. Ini kerana aku perlu berpatah balik akibat sijil kusus kawin tertinggal. Sat gie tak pasal-pasal balik kedah free ja..Oh bukan takat tuh je. AKu dan Mr. Y balik dari kerja agak lambat dalam lingkungan jam 9malam.

Perjalanan yang amat menyeronokkan bila dihadiri oleh mama serta barang-barangan yang dah separuh penuh disumbat oleh kami didalam kereta...Oh ya, mama turut menyediakan makanan untuk kami. Haip, mama macam dah tau-tau anak dan bakal menantu dia tak sempat nak menjamah makan malam lagi...

Seperti biasa, bila tiba musim nak balik kampung, R&R yang biasa kami akan kunjungi adalah di perhentian Tapah (R&R yang terletak hala dari kl ke kedah, saja yang okay). Ntah, bagi kami, kami lebih suka makan disini berbanding tempat lain mungkin kerana citarasa makanan disini bersesuaian dengan tekak kami. Gerai yang slalu kami kunjungi adalah kedai keoy teow sup/nasik goreng ayam (ayoo lupa itu nama kedai laa...). Tapi satu-satunya kedai cina (siap ada logo halal okay) disitu. Kalau singgah pada waktu pagi sila order keoy teow sup. Bila time malam, juadah nasik goreng ayam memang meletup. Tak caya tengok je la orang beratur dah tau...

Dah, dah kurangkan sikit promote gerai makanan...Tapi, kunjungan kami kali ini, amat memberi impact yang kecewa. Impact dimana mama dah sediakan bihun kat kami. So kunjungan kami utk makan kat kedai idaman kami  kena post-pone ke waktu dan masa yang lain laa (bila laa nak balik lagi..huhuhu).

Berbalik kisah perjalanan, nampak gayanya suasana lebuh-raya  tidak la sesak. Hanya boleh kelihatan kebanyakkan kenderaan terdiri daripada trailer dan bus.

Seperti yang aku ceritakan, kami mengambil masa yang agak lama kerana, Mr. Y kelihatan seperti ngantok sangat serta aku turut rasa bimbang bila kelihatan mulutnya dah seperti sang naga.. Okay, sayang it's time to rest ur body first. Mama pun nampak gelisah bila aku dah ngomel-ngomel yang Mr. Y nampak cam ngantuk dan mama berpendapat untuk singgah ke stesen perhentian simpang pulai.

Dan, waa lahhh, semuanya terbongkang keletihan dan sedar jam dah menunjukkan waktu tepat pukul 5pagi. Time tuh, dia dah panic sebab janji nak rest sejam je..Tapi ini dah dua jam..kan..tak pa yang bawak kereta elok-elok yang penting kita selamat sampai.

So, dalam perjalanan buat pertama kalinya aku break the record. Tak tido langsung. Cuma sampai tang sungai dua, mata nie dah  terasa letih sangat. Dan haa..time tuh tak sedar yang aku dah tido..Nasib baik mama ada..Mama tolong temankan Mr. Y...tak tau laa apa depa dua dok sembang..Tak pa, untuk mengeratkan lagi hubungan bakal menantu dan bakal mak mertua. Kan...

Owh ya, sesampai kat rumah, kelihatan nasik lemak abang tersedia empat bungkus kat atas meja. Okay hat nie dah agak, mama dah pesan kat papa suruh pie beli sarapan untuk kami. Yess..nie yang buat lebih sayang kat papa nie, tau-tau jaa anak nak pulang kan (ayat tak bleh blah kan).

Alamak, ingatkan nak laa snap picture akan rupa nasik lemak abang tuh. Tapi sorry ya, main dengan lapar nala sumbat habis. Nanti laa, besok kalau papa baik hati aku try pujuk papa belikan nasik abang lagi ek.. hehehehe


So, okay la dah ngantok nie..Insyallah besok aku try cuba untuk ceritakan akan kisah perkahwinan sahabat baik aku nie Odie dan pasangan dia Umie... Selamat Pengantin Baru buat sesiapa yang akan melangsungkan perkahwinan diaorang pada hari ini dan Besok yaa...

Tiada ulasan:

nuffnang