nuffnang ads

ads sense

Jumaat, 10 Disember 2010

Walimatul-Urus

bila melihat tarikh di calendar, tertiba terdetik di minda ini "haishhh kenapa laa wujudnya calandar nie...Buat manusia terasa hati gundah gulana jaa, kerja makin tak terurus"....

Okay fine..aku bukan nak bebel atau mengomel akan kewujudan calendar tapi aku mengomel dimana aku masih kebuntuan. Buntu dimana aku perlu mencarik waktu terluang bagi menyiapkan KAD KAWIN aku..Haishhh cakap pasal kawin lagi..Nie yang borink nie kan..kan

Tapi betul, dalam bulan nie aku rasa amat tercabar dimana aku hanya ada 3 bulan je lagi untuk melakarkan concept kad kawin aku..Okay buang kan satu bulan untuk PRINTER...Okay buang kan lagi satu bulan untuk kami sekeluarga sebarkan Warkah atau Berita yang amat mengembirakan ini..

So mari adik-adik kita mulakan subjek matematik kita pada hari ini..Tiga bulan ditolakkan satu bulan untuk printer tinggal dua bulan untuk lagi kan..Dua bulan ditolakkan dengan satu bulan untuk penyebaranan..Maka jawapannya

APA satu bulan...Aduhhh...(Tepuk dahi yang lebar ini. Debushh)..

So, perlukah aku PANIK...perlu kah aku meminta bantuan DOREAMON...Perlukah aku meminta simpati mama ngan papa untuk ke kedai untuk memilih kad pilihan hati... Perlukah aku menjerit di KLCC..

Ya, aku perlu melontarkan menyumbunyikan  diri di dalam stor office ini. TAk..tak boleh nanti kesian sama bakal pengantin lelaki, bila tibanya masjil yang dinanti-nantikan..TEtiba pengantin perempuan tak muncul akibat muka monyot tak comey sebab stress..

Ahhh, okay kali ini perlu bantuan pada abang hensem Gugle...Mana tau kot-kot dapat ilham..

Fuh, banyak gak kad-kad yang bleh dijadikan contoh (tetiba mood cool dah merasut didalam jiwa nie)..Okay jom aku nak share ngan korang..Aku tau korang semua lebih arif dari aku pasal size-size paper nie..

Tapi buat para bakal pengantin yang mahu cuba creativiti anda. Yeap aku mengalu-alukan..Mana tau lepas nie korang dah bleh tukar position job ke bidang GRAFIQ..Kan...

Okay..okay stop the crap... Jom kita tengok bleh buat pelbagai card dengan mengunakan  paper yang berukuran A4 nie. Yang pertama ni, kita boleh bahagikan size A4 kepada empat bahagian.. Kira memang menjimatkan kos la..Kalau nak lebih cantik, pakai paper yang bersize 100gm..Lebih tinggi gm, lebih bagus... Please, kalau rasa nak jimat tuh, jangan laa photocopy kad anda..Jujur kita nak kawin hanya skali..So kalau boleh kita gunakan saja jasa baik encik PRINTER di rumah anda tuh..

Okay berbalik pada ketebalan paper tadi tuh, korang tahukan paper tebal tuh yang kita buat cover for assigment masa kolej tuh...Kalau nak lebih jimat boleh beli size yang besar. Tak salah ada yang size sebesar A4x6 (alah sebesar kad manila tuh laa)... Tak silap kat carrefore dalam RM1 lebih je (jangan marah kalau silap harga..tak pasti..nanti aku pie survey..).

Yang kedua nie pulak. Paper berukuran A4 dibahagikan kepada dua bahagian. Lepas tuh didalamnya hanya menggunakan paper A4 yang bersize 800gm. Modal bagi kad ini, anda hanyalah pada 2 jenis paper, riben dan brooch...

Yang ini pulak, kalau rasa punya lebih modal...Anda harus memilih kad bersize ini...Peta boleh dilakarkan untuk satu daerah atau negeri..Maka para tetamu tak akan risau untuk sesat.. Malah anda juga dapat menyenaraikan satu keluarga, Abah, Mama, Pak Long, Pak Lang, Pak Su, Mak Ngah, Adik beradik..Semua laa..Sebab Ruang bagi text dapat disi dengan sepenuhnya...

So tepuk data tanya la kocek atau dompet anda...Pilihan terletak di tanggan anda... Aku? Tunggu laa nanti-nanti aku cerita akan kad bila dah siap (haa tak tau laa bila dapat mengisi waktu aku untuk melakarkan kad..Aduhhh Migrain dah mai

Tiada ulasan:

nuffnang