Alhamdulilah, aktiviti ini mendapat sambutan yang agak meriah dimanaianya akan disambungkan pada tahun depan. Didapati pada tahun depan terdapat beberapa ahli baru nampak gayanya nak join sama main ngan kami..Wah, kira-kira macam tambah lagi empat orang ekk..Wah, tahun depan nampak gayanya macam meriah laa bunyinya..Dan kami semua akan digelar seperti "Pok Cik kaya"..Hehehe
Aktiviti kali nie diadakan dirumah kak cik (sapa dapat duit time tuh, so kena la buat kat rumah depa, Itu adalah perjanjian game ini) yang terletak di setiawangsa. Bila aktiviti terakhir maka nampak gayanya sambutan memang lah agak meriah. Kira semuanya hadir pada kali ini. Okay, mungkin sebab nak cabut undi untuk tahun depan gak kot, tuh pasal semua tungkus lumus hadirkan diri..Hehehe
Seperti yang sebelum-sebelum ini pernah aku ceritakan, jamuan kali ini turut diadakan seperti biasa iaitu Jamuan diadakan secara POT-LUCK.
Makanan terdiri daripada
1 . Main Course - Mee Rebus (Sponsor by kak cik)
2. Daging Masak Kicap - Aipp ini dah larik konsep. Okay dimaafkan sebab ingatkan nak buat makan tengah-hari kan... (sponsor by mak kak radziah)
3. Ketupat - Sponsor by Mak teh
4. Apom - Sponsor by kak chak (Hat nie sampai lambat, janji nak bawak nugget..Alih-alih nugget masih ketul batu didalam fridge...Haipp)
5. Domino's Pizza - Sponsor by Ana (Okay yang nie berpunca sebab nugget tak muncul-muncul. So terpaksa laa order Pizza for Kids..)
6. Air Biru - Hat Nie aku tak tau nama air apa..Yang aku tau, air tuh warna Biru..(Sponsor by kak Cik)
7. Dessert - Sponsor by Kak Su
8. Popia Fish Stick - Sponsor by kak noredah (Hat nie sajian yang dinanti-nantikan oleh semua orang..Kira macam fourite food semua orang laa..)
Uihh, mana aku punya makanan..Okay kali nie aku tak sponsor apa..Aku cuma sponsor Air Liur ja..hahaha...Kejam kan..Memang!!!
Okay malas nak cerita lagi aku rasa aku nak share a few picture ngan korang. Gambar disedut dari facebook Kak Cik... Sila la jamu mata okay..HEhehe
Juadah-Juadah yang disajikan..Yummy
Ini angle baru nampak Jelas, bila makanan diserbu oleh Para Tetamu yang kelaparan..
Jelas kelihatan family kami agak kecoh..Hahaha
Bincang Sapa nak dulu..Nampaknya semuanya berpuas hati laa..
Okay, Ini bukan tuan Rumah..Alah malu-malu plak si kecik nie..Haippp..
Haa..Ini baru anak tuan Rumah...Owhh ini bukan aktiviti nak sambutan Hari Jadi brina okay.. (Senyuman Nanny Mcphee Mak Uda yang Tercomey gitu)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan