Buat pertama kali, aku terasa tersentap bila orang persoalankan pasal HALAL dan HARAM... Aku terasa macam aku kurang didikan agama dari mama ngan papa aku je... Bukan setakat tuh je, tapi ini dimasukkan tentang kandungan aku. Soalan yang diajukan seperti aku nie seorang mama yang kejam pada anak...
Sebak didada nie...
Kisah dia bermula dari aku sering kunjungi ke kedai Vegetarian Food yang terletak berdekatan dengan pejabat aku... Semenjak aku bungkus makanan dari kedai tersebut. Aku seakan-akan disisihkan oleh KAUM atau BANGSA yang seagama dengan aku...
Sebelum aku menjadi pengunjung setia kedai tersebut, aku telah tanya pada ramai orang termasuk lah ahli keluarga aku. Teka apa jawapan yang aku perolehi. Mereka katakan kita boleh makan sebab makanan yang dimasak tak menggunakan bahan dari binatang termasuk lah babi...
Atas sebab tersebut, aku tanpa was-was telah menjadi pengunjung setia kedai vegetarian tersebut. Namun, tadi selepas aku beli makanan dari kedai tersebut. Salah sorang dari officemate aku persoalkan akan HALAL dan HARAM aku makan dari kedai tersebut.
Aku pun cakaplah apa yang telah aku tahu. Dan yang mengejutkan aku mereka cakap kedai tersebut masak menggunakan ALCOHOL. Bukan setakat tuh je diajukan pulak soalan yang pedih pada aku.
"Kita nie kalau mengandung, kalau boleh makan makanan yang diselawat."
Aduh, masa tuh terasa macam hinanya aku pada anak aku. Jahat sangatkah atau hina sangatkah keluarga aku sampai tak dak agama langsung.
Lepas kerja, aku terus ke rumah kak su sebab jiwa tak tenteram (malah Mr. Y ambik kunci rumah aku sama). So aku pun terus ajukan soalan yang sama pada kak su akan kebersihan dan kesahihan tentang vegetarian food nie...
tambahan aku ada mintak pertolongan dari encik google jugak, kebanyakkan yang aku perolehi menyatakan Vegetarian food is halal. Tak sure plak akan kesahihan tentang alcohol tuh.
Buat sapa-sapa yang arif akan kesahihan Vegetarian Food nie, Aku perlukan bantuan korang. adakah vegetarian food nie Halal atau haram. Betulke mereka masak gunakan Alcohol???
3 ulasan:
nana kalo benda tue x masuk daging etc yg x boley makan dan ang yakin halal insyaAllah sejahil2 kiter pow masih taw apa yg boley or tidak untuk di makan....kat mesia boley taw logo halal kat jepun ni kena tnya dia masak letak apa....sini lagik la susah nk cari makanan halal selagi dia x bercampur ngan benda terlarang makan la dgn yakin....x payah dengar ckp org....buat sakit haty ang jer...dah la preggy mmg haty akan cepat terasa...be strong oke :))
Salam.
Seeloknya kita makanlah makanan yg dibuat oleh tangan orang Islam..Halalan Toyyiban.Ini pendapat saya lah..
erm...ada jgk dgr yg restoren veggie ni msk pkai alcohol @ wine, sbg penambah perasa...wallahualam la kak
Catat Ulasan