nuffnang ads

ads sense

Isnin, 6 September 2010

Akidah yang Terpesong???

Bila aku bukak je facebook aku, kebanyakkan status yang tertera menyatakan hasrat kecewa rakyat malaysia pada iklan raya dari pihak media prima atau lebih dikenali sebagai TV3.

Aku pun agak pelik akan status dari rakan-rakan aku? Aku ngan agak buzy-body try search for the video and..Ohh ini ke video yang semua ceritakan..

First impression aku, amat menarik dan lain dari yang lain.. Tapi aku tak faham kenapa ramai sangat orang menyatakan iklan itu sudah terpesong..

Okay, fine aku try fikir dari sudut negatif dimana apa yang ingin mereka sampaikan dari segi terpesong tuh adalah...
1. Dari segi logik dimana penggunaan beca diumpamakan sebagai kereta santa claus. Atok tua dianggap sebagai santa claus beragama islam???
2. Agama -  Penggunaan bunga lotus melambangkan penganut cina dan pelita diatas bunga bagi agama hindu...

Lepas tuh aku cuba pulak fikir dari segi maksud yang ingin disampaikan (positif thinking) oleh director advertisement nie plak..
1. Beca - Malaysia memang terkenal dengan pengangkutan Beca. Dan masih terdapat jugak setengah-setengah negeri yang masih mengekalkan tradisi ini. Contoh di Penang dan Melaka.
Apa yang ingin disampaikan - Beca itu mewakili TV3 dimana TV3 merupakan saluran penyiaran yang menyediakan pelbagai bentuk hiburan atau berita bagi kemudahan rakyat malaysia yang berada di kampung atau bandar.

2. Penggunaan Bunga Lotus, Pelita dan Ketupat (Agama) - Bermaksud Malaysia mempunyai 3 agama atau 3 bangsa, iaitu Bunga Lotus melambangkan bagi agama Buddha yang dianut oleh bangsa Cina, Pelita pulak melambangkan Agama Hindu bagi bangsa India dan Ketupat pulak melambangkan agama islam yang dianut oleh orang Melayu (orang islam).
Apa yang ingin disampaikan - TV3 menyediakan pelbagai jenis saluran atau hiburan bagi semua bangsa.

3. Tempat Perlancongan - Sebenarnya Iklan ini menyatakan bahawa malaysia punya banyak tempat-tempat menarik dimana kita boleh melancong. Contoh Bangunan Condong yang terletak di Teluk Intan, Kuala Lumpur of coz semua tahu merupakan ibu negara bagi Malaysia..
Apa yang ingin disampaikan - TV3 sering mengadakan Jom Heboh dimana mereka telah merentas ke serata Malaysia dari utara hinggalah ke Sabah, Sarawak.

4. Manusia - Tua, Muda. Laki perempuan. Kanak-Kanak dan orang dewasa.
Apa yang ingin disampaikan - Tak kira tua atau muda. Semua generasi turut menyaksikan saluran TV3.

So bagi aku, kenapa kita selaku rakyat malaysia perlu pandang pada satu objektif sahaja. Cuba kita bukak sedikit ruang minda kita dan fikir sedikit kebaikan apa yang ingin disampaikan. jangan terlampau fikir akan negatif sahaja. Bagi aku, motif diri aku, kalau berfikiran negatif kita tak akan maju kehadapan. Dan cuba kita terima akan sesuatu perkara yang baru, mungkin apa yang ingin disampaikan punya logik dan motif yang baik buat kita..Ini adalah pandangan atau pespektif aku bagi iklan tv3 yang penuh kontroversi..

nota kecil : Aku bukan nak bikin kontroversi tapi ini adalah pandangan aku sahaja... (Aku cuba untuk publish video disini..Tapi tak dapat..Besok aku cuba lain)

1 ulasan:

Imparfait Saint berkata...

Saya setuju dgn Cik Farhana. Inilah cousin ku yg cintakan keamanan. I lap u (means i love u)

nuffnang