nuffnang ads

ads sense

Isnin, 14 Februari 2011

Kad Perakuan Nikah Pintar

Alhamdulilah, selasa lepas aku dengan Mr. Y telah ke pejabat agama alor setar bagi melaksanakan tanggungjawap sebagai suami isteri bagi mendapatkan kad perakuan nikah pintar (KPNP).

Proses nak dapatkan kad pintar nie bukannya susah. Kita hanya perlu ke pejabat agama untuk mengambil borang KPNP. Kalau sapa yang macam kami nie tak tau nak ke pejabat agama kat alor setar tuh. Sebab masa proses pemohonan nikah dulu, borang semua bapak aku yang uruskan. Kira aku dan Mr. Y hanya perlu tanda tangan dan isikan butiran peribadi je. Lepas tuh bapak terchenta tolong hantarkan borang kami dipejabat agama. Kes sayang anak laa kan...hehehhee

Okay-okay pejabat agama kota setar senang je nak cari. Terletak di belakang Bank OCBC. Kemudian akan kelihatan bangunan Wisma Wan Mat Samad. Pejabat pemohonan nikah berada di tingkat satu. 


Apa yang perlu kita bawak semasa pemohonan nanti?
 1. Dua keping gambar yang berukuran pasport
 - Gambar pulak bukan sebarangan. Wanita perlulah berpakaian sopan dan bertudung. Manakala bagi lelaki pulak perlu bersongkok.

 
2. 1keping Salinan Sijil Nikah
- Anda perlu menyediakan photostat sijil nikah sang suami dan sang isteri. Wajib jugak sertakan yang asli.

3. Sekeping Salinan Kad Pengenalan suami / isteri yang sah.

4. Lengkapkan borang pemohonan
- Borang pemohonan nie kita dapat masa kita buat bayaran RM40 kat kaunter. Kalau boleh jangan salah isi. Kalau tak mau kena bayar sekali lagi.

5. Simpan resit pembayaran (RM40). bagi memudahkan proses pengambilan KPNP kemudian hari.

6. Proses nak dapatkan KPNP nie perlu tunggu selama 3bulan.

Kini, kami hanya perlu menunggu selama 3 bulan untuk mendapatkan KPNP kami. Oh ya, kalau ada sebarang kemusyhkilan. Sila ke laman web pejabar agama kedah.

2 ulasan:

☆♥L@dy @yU♥☆ berkata...

kena tuan punya badan buat ek...
aku ada sijil nikah yang besaq tue jer
tataw ada yg pintar bagai...
tapi lama giler smpi 3 bln ...isssyy

NanAFarhanA berkata...

dia x kisah kawin 10thn yang sudah pun bleh apply yang penting ada sijil nikah je...Pasal 3 bulan tuh aku pun ada pelik gak sbb IC pun la nie x sampai sebulan dah bleh dpt...

nuffnang